Memupuk Nilai Wang: Memahami Perbezaan Antara Kehendak dan Keperluan

Ditauliahkan oleh Eastspring Investments, tinjauan Asia Money Parenting dikendalikan di kalangan 10,000 ibu bapa di seluruh negara Asia untuk mengetahui bagaimana ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak mereka tentang perihal kewangan. Ia mendedahkan 5 persona keibubapaan berdasarkan: sejauh mana penglibatan ibu bapa, kepentingan wang yang diterapkan oleh ibu bapa, dan tahap pengetahuan kewangan ibu bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Persona “Nurturer” percaya bahawa mengajar anak tentang wang adalah tanggungjawab penting sebagai seorang ibu bapa. Malah, tiada persona ibu bapa lain yang amat mementingkan pendidikan kewangan.

Nurturer yakin bahawa membekalkan panduan dan nasihat jelas amat penting, malah adalah penting untuk ajar anak mereka tentang nilai sebenar wang, seperti memahami perbezaan keinginan dan keperluan.

Kepentingan Pendidikan Kewangan

Bagaimana Mereka Ajar Tentang Kepentingan Wang

Nurturer amat berdisiplin tentang kewangan mereka sendiri, dan mempunyai matlamat kewangan jelas. Mereka merancang dengan teliti, tetap dengan bajet dan mengendali perbelanjaan mereka dengan baik. Nutrurer bangga dengan diri mereka yang berhemat dan mampu kawal diri.

Mereka cuba terap disiplin dan falsafah kewangan yang sama dalam anak mereka. Satu cara mereka lakukan ini adalah dengan membekalkan anak mereka tabung untuk galakkan mereka menabung. Nurturer lebih cenderung untuk melakukan ini berbanding ibu bapa persona lain di seluruh Asia.

Nurturer membimbing tabiat perbelanjaan anak mereka secara aktif dengan menyampaikan disiplin dan pengetahuan kewangan yang kuat. Mereka gemar membiarkan anak mereka belajar melalui pengalaman harian, namun mereka berpendapat bahawa panduan jelas penting jika anak mereka ingin belajar untuk menyimpan, merancang peruntukan dan menambahkan wang dengan betul.

Nurturer bekerja sebagai sebuah kumpulan, kerana mereka percaya itu adalah maksud keibubapaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka percaya panduan yang konsisten dan jelas dapat memastikan mereka memberi nasihat berkualiti sama kepada anak mereka. Nurturer kemungkinan besar akan berkata, “Kerjasama ibu bapa penting dalam mengajar seorang anak tentang pengurusan kewangan”.

Matlamat Pendidikan Kewangan Mereka

Nurturer akan lakukan apa sahaja bagi memastikan anak mereka mendapat pengetahuan pengurusan kewangan dan belajar cara mengembangkan wang. Mereka juga berusaha untuk berikan anak mereka permulaan terbaik dalam hidup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk membantu mereka, Nurturer memaksimumkan pendapatan anak mereka dan membina “sarang burung” keluarga. Nurturer lebih cenderung berbanding ibu bapa lain untuk memiliki harta sebagai pelaburan, saham untuk anak mereka dan memiliki polisi Insurans Hayat – selain rumah sendiri, akaun simpanan, dana amanah dan bon.

Ya, Nurturer canggih dalam pengurusan kewangan, dan mereka ingin anak-anak mengikuti langkah mereka!

Anak-anak Nurturer juga lebih cenderung untuk mendapat duit dari sumber lain: ibu bapa, keluarga, dan juga pelaburan yang dibuat untuk mereka oleh ibu bapa.

Mungkin ini adalah penyebab kenapa anak-anak Nurturer kurang cenderung untuk menjana duit melalui kerja sambilan berbanding anak-anak lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejayaan Pendidikan Kewangan Mereka

Selepas semua usaha ini, adakah Nurturer rasa mereka telah mengajar anak-anak pendidikan kewangan yang terbaik? Adakah anak mereka belajar menguruskan wang dan mendapat permulaan seperti yang mereka harapkan?

Separuh daripada ibu bapa Nurturer merasakan mereka telah menjalankan tugas yang baik. Separuh lagi merasakan mereka telah lakukan yang terbaik, namun tidak pasti jika ia mencukupi.

Kebanyakan Nurturer percaya anak mereka sudah menyimpan kebanyakan wang mereka dan hanya berbelanja sedikit sahaja, jadi mereka berpuas hati bahawa usaha pendidikan kewangan mereka berjaya.

Sejauh Mana Mereka Tahu Tentang Wang

Ibu bapa Nurturer percaya bahawa mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran kewangan untuk menjadi guru yang efektif. Mereka menilai kemahiran kewangan mereka sendiri lebih tinggi berbanding ibu bapa lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, mereka kurang berminat untuk menimba lebih banyak pengetahuan kewangan, namun mereka inginkan kepastian tentang teknik pengajaran pendidikan kewangan mereka.

Nurturer benar-benar ingin tahu apa teknik paling berjaya untuk mengajar anak mereka tentang pengurusan kewangan.

Mereka ingin tahu apa ibu bapa lain lakukan, dan mereka berharap program TV atau aplikasi dapat membantu anak mereka dan mempertingkatkan pengetahuan mereka, dan kemahiran mengurus wang. Mereka juga ingin tahu jika ada program tambahan untuk anak mereka atau bengkel yang mereka boleh sertai.

Pendidikan kewangan adalah perihal serius kepada Nurturer.

Jika anda Nurturer yang ingin tahu bagaimana ibu bapa lain mendidik anak mereka tentang kewangan, layari laman #MoneyParenting kami atau langgan surat berita kami untuk terus mengetahui kandungan terkini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Anis Hanini