Kepuasan Seks Makin Menurun? Cuba Teknik Ini Hangatkan Kembali Hubungan Suami Isteri!

Memang benar kata orang, perkahwinan bukan hanya berkaitan seks saja, tetapi kepuasan seks antara pasangan yang berkahwin mestilah diambil berat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang benar kata orang, perkahwinan bukan hanya berkaitan seks saja, tetapi ia menghalalkan seks itu. Jadi kepuasan seks antara pasangan yang berkahwin mestilah antara perkara yang perlu diambil berat.

Jika ia tidak penting, maka tidak akan terjadilah isu keruntuhan rumah tangga akibat suami terutamanya atau isteri tidak dilayan keperluan seksnya dengan baik.

Jangan ingat tiada perkara seumpama ini berlaku ya, memang ada dan wujud individu yang memandang serius kepuasan dalam hal-hal begini sehingga ada yang mengatakan mereka ini tiada benda lain boleh difikir hanya seks, seks dan seks.

Kepuasan seks boleh dihangatkan kembali dengan teknik ini

Ramai yang mengakui, semakin lama melayari bahtera perkahwinan, ada yang mengalami masalah berkaitan seks.

Ada yang semakin malas kerana merasakan ia tidak sehebat ketika baru berkahwin dulu. Bukan saja lelaki, malah wanita juga ada merungut mengenai perkara ini.

Dimanakah silapnya? Adakah salah pasangan itu sendiri atau salah orang lain? Apa yang pasti untuk menyelesaikan hal ini, bukanlah hanya satu pihak saja.

Pihak suami dan isteri perlu berbincang hati ke hati apa sebenarnya permasalah yang membelenggu mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hangatkan aksi ranjang anda dengan dua cara ini

Menurut laporan Hello Doktor, ada dua cara untuk anda hangatkan kembali aksi seks anda bersama pasangan. Yang mana ia mungkin boleh meningkatkan kepuasan seks anda berdua. Belum cuba belum tahu kan?

Anda boleh cuba teknik cosplay dan roleplay

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat anda yang mungkin belum tahu, kedua-dua perkara ini adalah satu aspek dalam hubungan intim yang boleh dicuba oleh setiap pasangan di luar sana.

Berikut adalah pengertian 2 perkara ini:

#1. Cosplay

Cosplay merupakan gabungan perkataan ‘costume’ dan ‘play’ dalam bahasa Inggeris dan ia pasti sudah memberikan gambaran kepada maksudnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia adalah satu usaha untuk anda atau pasangan menggunakan sebarang kostum ketika melakukan projek asmara agar ia menjadi lebih hangat.

#2. Roleplay

Roleplay pula adalah gabungan perkataan ‘role’ dan ‘play’ dalam bahasa Inggeris dan ia juga sudah memberi maksud penuh kepada pengertiannya.

Ia adalah satu usaha untuk anda dan pasangan berlakon menjadi seseorang atau sesuatu ketika hubungan seksual agar ia menjadi lebih sensasi.

Tidak dapat kita nafikan kadangkala seks itu boleh menjadi bosan lebih-lebih lagi jika ia dilakukan dengan posisi, lokasi dan situasi yang sama sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, apa kata kalian cuba tambahkan ‘garam’ sedikit agar adunan aktiviti seksual di kamar tidur menjadi lebih hangat dan sensasi? Caranya adalah semudah menggabungkan kedua-dua aspek ini!

Sebagai contoh, anda dan pasangan mungkin boleh mengenakan kostum yang seksi untuk menggoda orang tersayang sebelum mengajaknya ke ranjang.

Kemudian, cuba berlakon menjadi seseorang atau sesuatu yang berbeza dengan diri anda untuk menonjolkan sisi lain diri yang belum pernah ditonton pasangan.

Kemudian bercandalah sepuas-puasnya dalam usaha mencapai klimaks yang terbaik! Tidak salah mencuba demi kepuasan bersama dan keharmonian rumah tangga anda?

Malu? Tolak tepi anda kan bersama pasangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya ramai yang malu untuk mencuba. Ada yang kata takut pasangan kata buang tabiat pula. Tidak pernah selama ini mengenakan costume, hanya berbaju kelawar saja.

Tiba -tiba mahu mengenakan costume pula. Jangan takut mencuba, anda belum tahu kesannya jika anda tak cuba kan?

Mana tahu pasangan anda terigau-igau mahukan anda lepas ini, sebab ramai yang sudah cuba dan hasilnya sangat positif.

Jadi takkan anda mahu lepaskan peluang hangatkan kembali aksi ranjang bersama pasangan kan? Rasa sayang pula, dulu ketika baru kahwin, semuanya indah belaka, tetapi kini setelah bertahun sendu dan suram pula.

Cubalah hangatkan kembali hubungan di ranjang yang mana mungkin secara tidak langsung ia boleh memperbaiki hubungan yang lain pula nanti!

Mungkin selalu sangat bergaduh ketika ini, tidak mustahil selepas anda mencuba teknik ini jarang bergaduh, tetapi ‘benda’ lain pula yang jadi rutin wajib anda dan pasangan nanti.

Tidak salahkan mencuba suatu yang baik demi kebahagian rumah tangga? Tak rugi pun!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: hellodoktor

Baca juga:

6 Posisi Seks Terbaik Yang Buat Wanita Kelihatan Makin Seksi Dan Menarik

Penulis

Lala Annuar