Kerana “Ego jantan”, jangka hayat lelaki semakin menurun di Malaysia

Lelaki disarankan untuk mendapat perkhidmatan kesihatan jika mengesyaki simtom-simtom penyakit berbahaya, janganlah risau, kerana kemudahan perkhidmatan kesihatan di Malaysia amat mesra lelaki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata jangka hayat lelaki di Malaysia semakin menurun kerana keengganan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Hal ini sangat membimbangkan kerana sikap tidak peduli dan menafikan hal kesihatan adalah lebih “macho”. Menurut kajian, golongan lelaki di Malaysia kini terdedah dengan pelbagai risiko kesihatan dan penyakit termasuk jangka hayat lebih pendek iaitu 72.6 tahun berbanding 77.2 tahun bagi wanita.

“Budaya kaum lelaki yang lebih selesa membincangkan hal kesihatan mereka bersama kawan dan bukannya doctor sangat merbahaya” menurut Datuk Dr Azman selepas mewakili Menteri Kesihatan merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Lelaki Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia pada Selasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengumumkan tarikh 19 November setiap tahun diumumkan sebagai Hari Lelaki Sedunia dan mesej bagi sambutan tahun ini ialah ‘Lelaki: Hargailah Kesihatan Anda, Lakukan Pemeriksaan Kesihatan di Klinik Kesihatan Yang Berhampiran’ untuk menangani penyakit pembunuh lelaki di Malaysia seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki disarankan untuk mendapat perkhidmatan kesihatan jika mengesyaki simtom- simtom penyakit berbahaya, janganlah risau, kerana kemudahan perkhidmatan kesihatan di Malaysia amat mesra lelaki.

Rencana dipetik daripada Astro Awani

Penulis

Michelle Goh