Bayangkan, anda sedang seronok memandu dan tiba-tiba, BAM! Kereta anda dilanggar dari belakang, dan anda tak pasti apa yang perlu dilakukan. Cemas, bukan? Jangan panik dahulu!
Apa yang perlu anda tahu jika terlibat dalam kemalangan?
Apabila bercakap tentang kemalangan, perkara pertama yang biasanya terlintas di fikiran kita ialah insurans. Beberapa perkara penting yang perlu anda tahu tentang insurans kereta anda termasuklah:
- Cara untuk memulakan tuntutan
- Menghubungi syarikat insurans anda
- Proses membaiki kereta anda
- Langkah seterusnya
1. Bagaimana untuk memulakan tuntutan?
Merujuk kepada situasi di atas, perkara pertama yang perlu anda lakukan selepas terlibat dalam kemalangan adalah untuk:
- Mengambil gambar kerosakan pada kereta
- Mencatat lokasi dan waktu kemalangan berlaku
- Mendapatkan maklumat individu lain yang terlibat (seperti nombor plat kenderaan, nombor telefon, model dan nombor pendaftaran kenderaan mereka)
Setelah anda mengumpul semua maklumat yang diperlukan, anda wajib membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam jikalau anda ingin memulakan proses tuntutan insurans. Kebiasaannya, ramai yang lebih suka “selesaikan sendiri” untuk mengelakkan proses yang mungkin mengambil masa yang lama dengan pihak insurans.
Jika anda boleh menyelesaikan kos kerosakan tanpa membuat tuntutan insurans, anda boleh berbincang dengan pihak-pihak yang terlibat dan selesaikannya dengan membayar kerosakan tersebut secara peribadi. Jika tidak, anda perlu teruskan ke langkah seterusnya iaitu membuat tuntutan dengan pihak insurans.
2. Hubungi insurer anda
Setelah anda melengkapkan semua maklumat yang diperlukan, hubungi syarikat insurans anda secepat mungkin. Pihak insurans akan membimbing anda dari A hingga Z untuk memulakan proses tuntutan. Secara amnya, mereka akan meminta anda menyediakan dokumen-dokumen berikut:
- Salinan asli laporan polis
- Salinan hasil siasatan polis
- Borang laporan kemalangan kereta
- Borang tuntutan insurans
- Salinan IC (MyKad) pemandu dan pemegang polisi
Untuk makluman, NCD ialah diskaun yang diberikan kepada pemandu yang tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut, dan ia boleh meningkat setiap tahun. Diskaun ini boleh mencapai sehingga 55% daripada insurans kereta anda. Namun, jika anda membuat tuntutan, NCD ini akan dikira semula dari awal.
Perlu diingat juga, NCD hanya akan berkurang dari insurans pihak yang bersalah. Jadi, jika anda melanggar sesuatu secara tidak sengaja, NCD anda akan berkurang jikalau anda membuat tuntutan. Tetapi, jika anda dilanggar oleh orang lain, NCD mereka yang akan terjejas.
Namun, perlu diingat bahawa proses tuntutan insurans tidak berlaku serta-merta. Proses ini mungkin akan mengambil masa beberapa hari atau bahkan minggu untuk diselesaikan, bergantung kepada syarikat insurans.
3. Baiki kereta anda
Sudah tentu, anda perlu menghantar kereta anda untuk dibaiki. Biasanya pihak yang bersalah akan mencadangkan bengkel yang mereka percayai. Namun, anda boleh mencari bengkel lain untuk mendapatkan harga yang lebih baik. Memandangkan kereta anda masih baru dan di bawah waranti, adalah lebih baik jika anda menghantarnya ke pusat servis rasmi untuk memastikan kualiti pembaikan terjamin.
4. Apakah langkah seterusnya?
Sekarang anda sudah dilengkapi dengan tips untuk menguruskan kemalangan kereta, satu perkara penting yang perlu diingat adalah membuat keputusan kewangan yang bijak, terutamanya apabila memperbaharui insurans dan cukai jalan.
Walaupun insurans kereta anda mungkin dibeli melalui pengedar kereta atau oleh ibu bapa anda, adalah tanggungjawab anda untuk membayar insurans dan cukai jalan pada masa depan. Dengan banyak pilihan di pasaran, lebih baik untuk membandingkan harga dan manfaat daripada memperbaharui secara automatik dengan syarikat yang sama.
Mesti anda tertanya-tanya, “macam mana nak buat perbandingan?” Dengan PolicyStreet, anda bukan sahaja boleh membandingkan harga, malah memastikan anda mendapat tawaran terbaik untuk insurans dan perlindungan kenderaan anda!
Mereka juga akan mengadakan jualan kilat pada 26 November, dari 11 pagi hingga 1 petang, di mana anda boleh menikmati diskaun 90% untuk cukai jalan, dengan discount sehingga RM400 bagi setiap kenderaan. Kalau insurans dan cukai jalan anda akan luput dalam dua bulan akan datang, anda boleh beli insurans kereta dan cukai jalan lebih awal di car.policystreet.com untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik!
Jadi, pastikan anda ingat tips-tips ini semasa berada di jalan raya. Buatlah pilihan kewangan yang bijak apabila melibatkan insurans agar anda sentiasa dilindungi dan mendapatkan nilai terbaik untuk wang anda.