6 Kelebihan Kereta Mainan Pada Anak Lelaki, Ibu Ayah Kena Terus Sokong Minat Mereka

Anak lelaki memang biasanya terlalu obses dengan kereta mainan, namun di sebalik minat mereka itu terkandung kelebihan yang dapat membantu perkembangan si kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali pergi kedai runcit atau kedai yang jual alat permainan tentu anak bujang ibu akan memilih kereta mainan seperti lori, bas, trak, motor, kapal terbang dan lain-lain.

Biasanya budak lelaki sekitar umur dua hingga tiga tahun lebih suka mainan kereta berbanding alat mainan yang lain. Tapi, mengapa agaknya ya?

Tentu persoalan ini bermain di fikiran, ibu kan? Sampai kadang-kadang penuh satu kotak mainan kereta si kecil itu yang ibu beli.

Itu tak termasuk dengan mainan yang ada tertanggal tayar dan sebagainya. Alahai anak ibu, mesti kena beli yang barulah tu.

Hal ini kerana, pada zaman ini si kecil akan merasakan itu adalah mainan yang paling best di abad ini. 

Sampai kadang-kadang baju mereka juga kena ada kartun lambang kenderaan barulah dia akan pakai tiap hari.

Anak lelaki obses dengan kereta mainan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda terfikir mengapa anak lelaki lebih obses dengan mainan seperti kereta dan kenderaan?

Menurut kajian yang dilakukan oleh para saintis pada 2014, mereka mendapati kecenderungan anak lelaki terhadap mainan tersebut berpunca dari hormon testosteron.

Sekiranya mereka memberi lebih banyak masa untuk bermain permainan berpusing ini maka lebih tinggi hormon itu dapat dihasilkan.

Walaubagaimanapun, ibu usahlah terlalu fikir mengapa hal ini boleh berlaku kerana ia sebenarnya memiliki banyak manfaat dan kelebihan kepada perkembangan si kecil anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah kelebihan yang tersembunyi di sebalik minat si kecil itu.

#1. Mengembangkan kemahiran kognitif dan fizikal anak

Pertamanya, dengan permainan yang beroda dan berpusing ini ia dapat melatih kebolehan motor halus dan kasar si kecil anda.

Ini kerana mereka boleh menggerakkan sesuatu objek dengan baik dan bermain sepenuh perasannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah dengan bermain permainan ini juga mereka dapat membandingkan arah objek dan kelajuannya.

Sekaligus latihan daripada alat mainan itu mampu meningkatkan minda, fizikal dan kongnitif anak pada masa yang sama.

#2. Menerokai kreativiti dan fizik

Biasanya anak yang obses dengan kereta mainan juga sukakan kepantasan. Ini kerana mereka akan mencari cara bergerak yang lebih pantas dan laju.

Bahkan, mereka juga akan membina landasan dan tempat yang sesuai untuk menolak kereta seterusnya mengubahsuai kereta mengikut idaman mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Fahami konsep ruang

Selain itu, dengan bermain kereta mereka lebih memahami ruang tiga dimensi iaitu bagaimana cara belajar letakkan barang ke dalam trak, cara menerbangkan kapal terbang dan bagaimana meletakkan kereta api di landasannya.

Meskipun anak tidak menyedari tingkah laku mereka namun minda mereka sedang berjalan untuk terima semua maklumat ini sambil tangan terus bergerak untuk bermain permainan tersebut.

#4. Membina kosa kata dengan baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan bermain kereta mainan ini, ia juga dapat mengembangkan kosa kata anak misalnya mereka akan bertanyakan tentang roda, tayar, sayap kenderaan, enjin, rantai motor dan sebagainya.

Bila anda memberitahu setiap alat yang digunakan dalam sesuatu kenderaan itu tentu dia kan ingat dan sering bertanyakan kepada ibu dan ayahnya.

Ingat otak anak ini ibarat span yang mudah menyerap apa saja maklumat dengan baik. Jadi masa inilah yang bagus untuk didik dan ajar mereka.

#5. Rasa ingin tahu yang tinggi

Lumrah anak kecil menyimpan hobi dan minat tersendiri terhadap sesuatu perkara atau benda tertentu yang menjadi kesukaan mereka.

Bukan hanya pada kenderaan seperti kereta dan sebagainya tapi ada juga yang obses dengan kucing, anak patung, dinasour, bola dan lain-lain.

Jadi sebagai ibu bapa anda boleh tanamkan minat anda itu dengan cara yang lain tapi tetap pada ke arah yang sama seperti menonton video kenderaan, membaca buku tentang kenderaan, buku bergambar dengan gambar kereta dan sebagainya. Sekaligus dapat terus memupuk minat mereka itu sampai bila-bila.

#6. Kemahiran sosial makin baik

Dengan mainan juga dapat membantu kemahiran sosial anak seperi mudah berkawan, membuat bunyi dan pandai bermain sambil bergembira dengan teman-temannya.

Malah anda boleh curi-curi dengar perbualan anak dengan rakan-rakannya tentang minat mereka itu.

Justeru, biarlah anak kecil anda bermain sepuasanya kerana ini adalah masanya untuk dia mengembangkan kemahiran dirinya tidak kira dari apa sudut sekalipun.

Bahkan, menjadi fitrah anak kecil untuk riang bermain jadi biarkan saja mereka seronok bermain sambil anda perhatikan dari jauh atau mungkin boleh luangkan sedikit masa untuk bermain bersamanya.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Sirap Limau 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.commainan-untuk-bayi-3-bulan