Kisah Sayu Kerinduan Seorang Ibu Apabila Anak-Anak Semakin Membesar, Sudah Bersediakah Anda?

Pernahkah anda bayangkan kehidupan selepas anak-anak anda meningkat dewasa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berapa ramai antara kita yang merasakan anak-anak sedang membesar dengan pantas? Pada suatu ketika dulu, si manja itu sibuk bermain dengan Lego — kini dia sudah melalui zaman persekolahan pula.  Kerinduan seorang ibu membuatkan ibu cuba bertahan, namun ibu tahu yang masa tidak boleh dikawal.

Pernah tak terlintas di fikiran anda, terlalu banyak memori “kali terakhir” yang dilalui si kecil itu sepanjang zaman kanak-kanak, yang pastinya turut dilalui si ibu.

Kali terakhir menyusukan anak, kali terakhir membaca buku bersamanya, tidur bersamanya dan banyak lagi yang pastinya menjadi kenangan bila si anak meningkat dewasa.

Kerinduan Seorang Ibu Apabila Anak Sudah Dewasa

Viral di Twitter baru-baru ini, perkongsian gadis @yumnabaharuddin mengenai kerinduan seorang ibu, iaitu ibunya sendiri yang telah membuatkan ramai yang tersentuh dengan luahan hati tersebut. Lihat perkongsiannya di bawah: 

“My mom wrote this yesterday, it put tears in my eyes…overflowing at this very moment. I love you the most Ummi” – @yumnabaharuddin

Nukilan ibunya telah mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya terkesan dengan mesej yang cuba disampaikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastinya ramai yang teringatkan ibu bapa masing-masing yang semakin tua dimamah usia, yang merindukan gelagat anak-anak semasa kecil. 

Secara tiba-tiba, ibu hanya melihat bahawa ada sesuatu telah berubah tanpa disedari. Anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang kini tidak lagi membuat sepah di laman rumah, atau menjerit kegirangan apabila pulang dari sekolah.

Kerinduan Seorang Ibu: Tanggungjawab Sebagai Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak-anak meningkat dewasa, ada yang mula sibuk dengan keluarga sendiri, sibuk dengan kerjaya malah mulai jarang meluangkan masa bersama ibu.

Walaupun ibu tidak mengatakan apa-apa, namun anak-anak perlu sedar tentang hakikat ini yang ibu bapa masih merindukan kehadiran anak-anak setiap masa dan ketika.

Sementara ibu masih mampu berbicara, teruskan menggalas tanggungjawab anda sebagai anak dan lakukan beberapa perkara ini bagi menemani ibu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pulang ke rumah ibu bapa apabila ada masa terluang, terutamanya pada hari-hari istimewa. Jangan terlalu utamakan kerjaya kerana ibu tiada gantinya.
  • Bawa pulang buah tangan, atau bunga yang digemari ibu. Tunjukkan kepadanya yang anda masih mengingatinya dan anda berterima kasih atas setiap jasanya.
  • Ucapkan kata sayang dan terima kasih kepadanya atas segala pengorbanan sepanjang membesarkan anda dan adik beradik anda.
  • Berusaha memenuhi keperluannya, walaupun sekadar membaiki kipas yang rosak di rumah. Sebaiknya jangan pula menangguh-nangguh permintaan ibu untuk mendapatkan bantuan anda.
  • Bawa ibu pergi berjalan-jalan atau bercuti ke destinasi menarik. Apabila usia ibu meningkat, mereka mungkin sudah tidak mampu untuk memandu sendiri jadi apa kata anda yang bawa mereka berjalan-jalan pula kan?
  • Kerapkan bawa anak-anak anda pulang berjumpa ibu anda. Pastinya akan menceriakan hati ibu anda apabila berjumpa dengan cucu-cucu yang tersayang.
  • Ambil gambar bersama-sama, kerana gambar menyimpan memori yang tidak boleh dipadamkan dari ingatan.

Suatu hari nanti, mungkin anda pula yang akan merasakan kerinduan seorang ibu ini. Jadi buat anda yang merasakan anak anda membesar dengan terlalu pantas, apa kata kita jangan bersedih dengan hakikat ini.

Apa kata mulai hari ini, kita menghargai setiap detik bersama si kecil, walaupun suatu hari nanti ia akan menjadi sebuah memori. Jadikan memori itu sesuatu yang membahagiakan, dan terus cipta memori baru bersama anak yang bakal dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang anak anda mahu jadi bila besar nanti?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Twitter

Penulis

Beto Rahman