Kerja dan keluarga, tips buat si ibu

Namun, cara mereka mengatasinya membuatkan mereka kelihatan "sempurna" seperti tiada masalah di dalam perjalanan harian mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu yang bekerjaya bukanlah sesuatu yang asing lagi. Namun, dilema seorang ibu dan isteri bekerja ialah dia antara kerja dan keluarga, tiada keseimbangan. Kitaran yang terasa memenatkan dan tiada penghujungnya.

Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk seimbang di antara kerja dan keluarga. Ikuti perkongsian tips bagaimana mendapatkan keseimbangan kerja dan keluarga.

1. 100% kerja dan 100% keluarga

Apabila di tempat kerja, berikan 100% tumpuan anda supaya segala tugasan dapat disiapkan tanpa perlu di bawa balik dan tidak perlu balik lambat. Supaya setibanya di rumah bersama keluarga, anda dapat meluangkan masa berkualiti tanpa terpaksa menyelit hal kerja.

2. Bekerjasama dengan pasangan

Sama seperti mencari nafkah, menguruskan rumah tangga juga adalah tanggungjawab bersama suami isteri. Bekerjasama dengan pasangan anda dalam perihal menguruskan rumah.

Mungkin anda memasak makan malam dan si dia memandikan anak-anak. Tidaklah anda rasa seperti anda seorang yang melakukan semua perkara. Kongsikan tanggungjawab itu.

3. Libatkan anak-anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dari persiapan makan malam hinggalah menguruskan kerja rumah, libatkan anak-anak anda. Ini adalah bonus! Anda bukan sahaja dapat meluangkan lebih masa bersama anak anda, anda juga melatih mereka membuat kerja rumah!

4. Dapat pengasuh atau penjaga yang terbaik

Sekiranya kita tahu yang anak-anak berjaga di tangan yang baik semasa di tempat kerja, prestasi kerja boleh meningkat kerana kita akan lebih mudah fokus dengan kerja berbanding risau akan keadaan anak di taska atau rumah pengasuh.

Malah dengan teknologi moden sekarang, para pengasuh atau penjaga boleh sentiasa memberi maklumat terkini anak anda dengan pelbagai cara.

5. Jadual mingguan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan jadual kerja yang padat, agak sukar untuk anda menyelesaikan semua urusan di dalam satu hari. Buat jadual mingguan dan bahagikan tugasan rumah mengikut harian ataupun mingguan.

Contohnya Selasa dan Khamis ialah hari anda membasuh pakaian, Isnin dan Rabu merupakan hari anda memasak. Juga aktiviti mingguan bersama keluarga. Dengan  cara ini, anda akan lebih teratur dan mempunyai lebih masa untuk dihabiskan bersama keluarga anda.

6. Dapatkan kelonggaran jadual kerja

Sebelum berjumpa dengan pihak pengurusan pejabat anda. Lengkapkan dengan segala butiran mengapa anda inginkan kelonggaran tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelonggaran di sini boleh jadi jadual masuk kerja yang lebih fleksibel agar anda boleh memastikan anak anda bersarapan dengan anda sebelum ke taska atau sekolah. Atau mungkin juga anda ingin masuk kerja lebih awal agar boleh pulang awal untuk mengambil anak dari taska.

7. Mudahkan pagi anda

Mengamalkan menyiapkan semua kelengkapan untuk hari esok seperti menggosok pakaian, menyiapkan bag anak pada malam sebelumnya sangat membantu memudahkan pagi anda. Tiada lagi pagi yang kelam kabut dengan semua perkara telah tersedia.

8. Tidak rasa bersalah

Jangan rasa bersalah hanya kerana anda perlu bekerja dan meletakkan tanggungjawab menjaga anak anda di tangan orang lain! Ianya adalah normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu harus lakukan apa yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga. Pengorbanan anda sangat bermakna untuk masa depan mereka.

Semua orang mempunyai pergelutan mereka sendiri yang kita tidak tahu. Namun, cara mereka mengatasinya membuatkan mereka kelihatan “sempurna” seperti tiada masalah di dalam perjalanan harian mereka. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda mencapai keseimbangan kerja dan keluarga anda.

Sumber: baby center, working moms against guilt, business news daily

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma