Jana Income Sambil Jaga Anak, Ibu Ini Bangga Jadi 'Suri Rumah Bekerjaya' Dengan Gaji Cecah RM3,000 Sebulan

Kerja part time suri rumah dengan gaji lumayan pastinya menjadi impian kebanyakan wanita yang ingin membantu menambah pendapatan keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehidupan kini semakin mencabar akibat peningkatan kos sara hidup, harga barangan dan yuran persekolahan anak. Ramai yang terkesan mula memikirkan cara untuk menambah pendapatan keluarga. Kerja part time suri rumah menjadi pilihan kebanyakan isteri dalam membantu meringankan beban suami.

Kerja Part Time Suri Rumah

Seorang ibu kepada dua orang anak yang berusia 5 tahun dan 11 bulan, Amie Ismail menyatakan bahawa dia seorang suri rumah bekerjaya apabila merebut peluang jana pendapatan sehingga RM3,000 sebulan meskipun hanya berada di rumah dan menjaga anak. 

Dia yang menetap di Selangor berusia 29 tahun tidak rasa menyesal apabila melepaskan pekerjaan tetap pada tahu lalu. Berikut pengalaman kerja part time suri rumah yang dikongsi olehnya:

Setahun yang lepas, saya seorang Eksekutif Perkeranian & Operasi di sebuah syarikat swasta yang terkenal di Malaysia. Atas faktor tertentu, saya terpaksa berhenti dan bermulalah episod saya sebagai seorang surirumah.

Perjalanan sebagai seorang surirumah sepenuh masa pada mulanya amat perit bagi saya. Sumber kewangan keluarga 100% bergantung pada suami. Desakan kehendak atau nafsu mungkin, membuatkan saya mencari jalan untuk mempunyai sumber kewangan sendiri.

Betul atau tidak, melihat suami, anak anak dan keluarga tersenyum sewaktu kita menghulurkan “bantuan” adalah satu kebahagiaan pada kita?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Jana Income Dari Rumah

Tanpa berhujah panjang, saya akan kongsikan cara saya menjana pendapatan sampingan hanya dari rumah. Apa yang diperlukan adalah telefon bimbit, internet dan semestinya kegigihan.

1. Aplikasi Partipost

Aplikasi Partipost ini boleh dimuat turun di Playstore @ ios. Apa yang perlu, daftar akaun dan isi maklumat yang diperlukan.

Cara untuk dapat duit melalui aplikasi ni sangat mudah, contohnya seperti Share, Like dan Comment post di sosial media. Bergantung kepada task yang diberi oleh syarikat terlibat.

Trusted atau tidak? Mestilah ya! Melalui Partipost, saya sudah berjaya memegang pendapatan bulanan sebanyak ratusan ringgit!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. TikTok Affiliate

Saya mula menceburi bidang affiliate secara kebetulan sebenarnya. Pada mulanya, saya berkongsi tentang kelebihan karpet yang dibeli di Tiktok.

Tanpa diduga, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 12 ribu tontonan. Video itulah yang mendorong saya untuk terus membuat perkongsian sekaligus menjana pendapatan melalui Tiktok.

Untuk menjadi Affiliate di TikTok, kita tidak perlu mempunyai follower atau pengikut yang ramai pun! Saya bermula dengan pengikut seramai 102 orang sahaja.

Antara langkah daftar akaun affiliate Tiktok
1. Muat turun aplikasi TikTok Seller & Daftar Akaun Peniaga
2. Isi maklumat yang diperlukan seperti nama, email, no telefon dan tunggu pengesahan dari Tiktok Seller
3. Pautkan atau link Tiktok Seller dengan akaun peribadi (akaun untuk dijadikan affiliate)
4. Boleh mula menjual!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Live Host TikTok

Selain affiliate, saya turut menjadi Live Host secara part time dengan menjual pakaian di dalam live streaming! Cara saya, saya membuat carian di facebook tentang kekosongan jawatan tersebut.

Sehari, dua hingga tiga jam sudah memadai. Apa yang menarik dengan kerjaya ini, kita dibayar mengikut jam tau! Minimum bayaran RM20 untuk satu jam!

Bagaimana Menguruskan Rumah Tangga Sambil Bekerja Di Rumah?

Bagi menjawab soalan, pada saya sangat mudah. Fokus utama saya adalah anak-anak. Jadi, cara saya adalah selesaikan dahulu keperluan anak, makan pakai anak sambil-sambil membelek task di Partipost.

Cumanya, untuk kerja merekod video affiliate dan Live Host, saya akan selesaikannya apabila anak anak sudah tidur (waktu malam) . Cabaran untuk menjadi surirumah bekerjaya semestinya ada, contohnya terpaksa korbankan sedikit masa untuk tidur, tidur lewat malam dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebebasan Bekerja Menjadi Keseronokan

Apa yang mendorong saya untuk terus menjana pendapatan dari rumah adalah kebebasan bekerja. Saya tidak terikat dengan majikan, boleh bekerja mengikut jadual yang saya tetapkan sendiri dan yang paling penting, dapat melihat anak anak membesar di depan mata!

Untuk surirumah yang hebat, marilah kita bantu diri sendiri. Tuhan sudah memberi jalan, pandang ke bawah – ayuh buka langkah ke hadapan! 🤍

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan