Gara-Gara Salah Buat Kerja Sekolah, Ibu Pukul Anak Sampai Salurah Darah Otak Pecah

Ya Tuhan, seorang ibu sepatutnya melindungi anaknya bukan pukul sampai mati budak itu hanya kerana tak tahu buat kerja sekolah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nilai seorang ibu itu terletak pada kedudukan yang sangat tinggi kerana merekalah yang mengandung, melahirkan dan membesarkan kita. Namun, benarlah orang kata, manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan seperti yang berlaku di China ini apabila seorang ibu tergamak membunuh anak perempuannya kerana melakukan kesalahan semasa membuat kerja sekolah.

Menurut laporan Oriental Daily, mangsa dikatakan semasa itu sedang menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru pada waktu tengahari sambil menonton kartun kegemarannya.

Disebabkan tidak memberi perhatian sepenuhnya semasa membuat kerja sekolahnya, jadi mangsa melakukan banyak kesalahan.

Buat salah semasa siapkan kerja sekolah lalu ibu memukul anaknya

Pada masa yang sama, ibunya yang juga berada di rumah telah memeriksa kerja sekolah mangsa lalu mendapati terlalu banyak kesalahan yang dibuat. Disebabkan terlalu marah, ibunya bertindak memukul mangsa di bahagian belakang hingga menyebabkan kanak-kanak perempuan itu menangis kesakitan.

Setelah melihat anaknya menangis, si ibu mula timbul rasa bersalah lalu mengambil kaki ayam yang telah dimasak lalu diberikan pada mangsa sebagai usaha memujuk agar anaknya diam dari menangis.

Selepas dipujuk oleh ibunya, mangsa berhenti menangis dan menikmati hidangan kaki ayam itu dengan penuh berselera.

Mula pening kepala dan muntah

Selepas beberapa minit, kanak-kanak perempuan itu berasa pening dan muntah – muntah. Akibat terlalu risau, ibunya membawanya ke hospital, namun pada malam kejadian dia disahkan meninggal dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hasil post mortem yang dilakukan mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan berlakunya penguncupan serebrum di mana otak mangsa mengalami trauma kerana adanya kecederaan di bahagian tisu otak yang sudah lebam yang berpunca dari tindakan ibunya yang memukul mangsa.

Selepas mengetahui punca kematian, ibunya mengaku ada memukul anaknya itu dan menyesal dengan tindakannya.

Justeru ibu bapa sekalian, sekiranya anak melakukan kesilapan tidak kira salah yang besar atau kecil jangan sesekali menggunakan kekerasan kerana ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius sama ada dari segi emosi atau fizikal.

Didiklah anak dengan cara yang lebih lembut supaya mereka rasa disayangi dan dicintai oleh ibu bapanya. Semoga kisah ini memberi pengajaran untuk kita semua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara nak latih anak jadi lebih fokus

#1. Tetapkan masa

Asingkan jumlah masa yang tertentu supaya anak lebih fokus pada tugasan yang spesifik. Bahkan, anak kecil yang berumur linkungan 4 hingga 5 tahun secara lazimnya hanya boleh fokus selama 5 hingga 20 minit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika tugasan terlalu sukar berikan masa selama 10 minit dan panjangkan masa antara 15 ke 20 minit sekiranya aktiviti itu menyeronokkan.

#2. Satu perkara pada satu masa

Untuk anak yang masih kecil, anda  boleh mintanya sebut satu abjad sambil melihat pada abjad tersebut, tapi lakukan pada dua atau tiga abjad dalam suatu masa.

Manakala itu, anak yang lebih besar pula habiskan satu bahagian lagu dan minta dia nyanyikan semula.

#3. Suasana

Jika anak sedang membuat kerja sekolah matikan televisyen, telefon atau laptop sehingga mereka selesaikan melakukan tugasan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Berikan waktu rehat

Masa rehat ini adalah sangat penting bagi mengembalikan tenaga dan segarkan semula badan terutama selepas menyiapkan kerja sekolah. Kemudian boleh juga beri snek ringan atau bermain sebentar sebelum mereka menyambung semula kerja-kerja mereka.

#5. Pernafasan

Apabila melakukan tugasan yang mencabar, minta anak lakukan pernafasan yang perlahan sekaligus dapat menenangkan minda dan lebih fokus.

#6. Beri latihan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya, berikan anak latihan tertentu seperti minta mereka namakan haiwan, nama warna yang ada disekelilingnya, menyanyikan lirik lagu atau membuat beberapa gerakan badan.

Percayalah latihan yang simple begini dapat melatih keupayaan fokus anak yang lebih baik.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: thereporter, The Vocket

Kredit gambar : Edisi viral

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga

https://my.theasianparent.comtips-kembali-ke-sekolah