Sekarang boleh dikatakan banyak kes bunuh terkini yang membabitkan bayi atau kanak-kanak sama ada dibunuh, dipukul atau didera oleh bapa tiri atau keluarga mereka sendiri.
Seperti kejadian yang berlaku ini, di mana seorang kanak-kanak berumur dua tahun diabaikan oleh ibu kandungnya malah tidak dibantu semasa dia didera oleh bapa tirinya.
Malah, si kecil ini terpaksa menanggung rasa sakit dipukul oleh ayah tirinya yang menjadikannya seolah-oloh sebuah “punching bag”.
Kes bunuh terkini membabitkan budak 2 tahun
Lebih menyedihkan, semasa si kecil ini menjerit sakit, ibunya langsung tidak mengendahkannya sehinggalah desas desus kematian mangsa mula menggemparkan seluruh penduduk di kawasan kejiranan di Sumatera Utara, Indonesia.
Kanak-kanak itu bernama Muhammad Ibrahim Ramadhan menjadi mangsa kekejaman bapa tirinya, Ricky Sitepu, 30. Perbuatan suspek terbongkar selepas penduduk sekitar berasa curiga setelah lima hari mangsa tidak kelihatan bermain bersama kanak-kanak yang lain.
Ternampak bonggolan tanah dan bau busuk
Disebabkan rasa ingin tahu mencurah-curah, beberapa penduduk sekitar kawasan kejiranan datang ke rumah keluarga itu tetapi tidak menemui mereka.
Namun, dalam masa tersebut juga, mereka ternampak satu bonggolan tanah yang mencurigakan, selain mengeluarkan bau busuk.
Malah mereka juga menemui selipar mangsa yang menguatkan lagi syak wasangka mereka yang kemudiannya mengambil keputusan untuk korek tanah itu lalu terkejut apabila menemui mayat mangsa di dalamnya!
Kes bunuh terkini : Mayat di bawa ke hospital untuk bedah siasat
Setelah pihak polis sampai ke tempat kejadian, polis mengesyaki mangsa telah dibunuh dan mayatnya dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.
Siasatan awal mendapati adik Muhammad Ibrahim telah menjadi mangsa bunuh oleh bapa tirinya itu. Selain itu, mangsa turut didera oleh suspek seperti dicucuh dengan puntung rokok, dimasukkan dalam karung guni dan digantung di luar rumah sebelum dipukul seperti punching bag.
Perbuatan bapa tiri tersebut diketahui oleh ibu kandung mangsa tetapi langsung tidak dihiraukannya. Semasa tahu anakya telah mati dibunuh oleh suaminya itu, ibu mangsa siap bantu untuk tanam mangsa di tanah yang berdekatan dengan rumah mereka.
Selepas itu, mereka melarikan diri tetapi berjaya dikesan oleh pihak polis lalu ditangkap untuk tindakan undang-undang.
Kedua-duanya bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 20 tahun.
Masalah pasangan dan ahli keluarga baru
Sebagai pasangan yang baru berkahwin, anda mungkin akan mengalami beberapa masalah seperti berikut:
- Ekonomi yang belum kukuh.
- Tekanan untuk menyesuaikan diri dengan keluarga pasangan anda dan belajar menerima perpisahan bersama keluarga untuk tinggal bersama pasangan.
- Terlalu mementingkan keluarga sendiri.
- Tidak mengenali keluarga pasangan hingga menyebabkan bermasam muka dan sebagainya.
- Perbezaan keinginan dan citarasa antara ahli keluarga.
- Kematangan dalam menyelesaikan masalah dan menghadapi sesuatu musibah.
- Kemahiran yang terbatas sekiranya menjadi ayah atau mak tiri
- Gagal menyesuaikan diri dengan keaaan yang baru.
- Kurang yakin dengan pasangan atau keluarga baru
- Masalah dengan hubungan kelamin suami isteri
Cara menyesuaikan diri sebagai suami isteri dan ahli keluarga tiri semasa awal perkahwinan
- Menghormati pasangan dan ahli keluarga tiri yang baru. Jangan sesekali bercakap kasar, mengecilkan perasaan mereka dan sebagainya.
- Sebagai orang baru, anda harus mengenal pasti persamaan dan perbezaan pada diri pasangan anda dan juga ahli keluarga tiri tersebut supaya tiada jurang antara kedua-dua belah pihak.
- Apabila membuat keputusan, cuba berbincang dengan baik dan mendapat persetujuan semua pihak supaya tidak berlaku konflik di kemudian hari.
- Menguruskan rumahtangga bersama-sama meskipun itu adalah keluarga tiri anda tapi anggaplah mereka seperti saudara kandung.
- Memberi perhatian dan bekerjasama dengan keluarga pasangan anda
Kesimpulannya, jika anda berkahwin dengan seorang duda atau janda yang mempunyai anak, terimalah keluarganya dengan sepenuh rasa kasih sayang dan ikhlas serta menganggap anak-anak mereka seperti keluarga kandung anda sendiri supaya hubungan baik dapat dibina.
Jika tidak dapat memberi kasih sayang yang sepatutnya, elakkan untuk berkahwin dengan individu yang bergelar status duda atau janda yang mempunyai anak supaya tidak berlaku kejadian yang sama seperti ini.
Kami di theAsianparent berharap keadilan anak kecil ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar menjadi pengajaran untuk ibu bapa yang lain supaya tidak menghukum anak dengan kekerasan.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Sosok. Id
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkenapa-ibu-bapa-bunuh-anak