Kerana Kecewa Bersalin Bayi Perempuan, Wanita Ini Sanggup Bunuh Bayi Yang Baru 10 Hari!

Bayi malang ini dicekik dan dipukul oleh ibunya semasa usianya baru 10 hari. Kesiannya si kecil ini, apa dosanya pada ibu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedih dan kecewa apabila mendapat tahu tentang satu lagi kes bunuh bayi yang dipercayai dilakukan oleh ibu kandunganya sendiri.

Kejadian berlaku apabila seorang ibu dipercayai memukul dan mencekik bayi perempuannya yang masih berusia seawal 10 hari hingga maut. Insiden buruk ini berlaku di Vrundavan, Nagar India. 

Kes bunuh apabila ibu kecewa lahirkan bayi perempuan 

Ibu terbabit, Anuja Kale, 26, memukul bayinya yang diberi nama Piyu dengan objek tumpul kerana kecewa dengan kelahiran kali ketiganya masih gagal mendapatkan anak lelaki.

Hal ini kerana, mengikut adat di India, anak lelaki memiliki darjat lebih tinggi berbanding anak perempuan. Oleh kerana terlampau kecewa, akhirnya dia mengambil keputusan membunuh anak perempuannya itu.

Sementara suaminya tidak ada di rumah.

Selepas kejadian, dia menghubungi suaminya lantas memberitahu yang bayinya tidak bergerak. Kemudian bayi malang itu dkejarkan ke hospital, dan disahkan meninggal dunia setelah mendapatkan rawatan.

Walau bagaimanapun, suaminya berasa ada sesuatu yang tidak kena, lalu meminta pihak hospital melakukan pemeriksaan ke atas mayat bayi tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keputusan pemeriksaan yang dijalankan mendapati bayi itu dipukul sebelum alami sesak nafas.

Akhirnya, pihak polis menemui jawapan setelah bertanyakan hal tersebut kepada ibu terbabit yang telah mengaku melakukan perbuatan itu.

5 tips atasi rasa kecewa bila tahu jantina bayi tidak seperti yang diharapkan 

#1. Mengenal perasaan sendiri

Pada minggu ke 20 kehamilan, biasanya ibu sudah boleh tahu jantina bayi yang dikandungkan melalui pemeriksaan scan.

Jika anda kecewa jika jantina bayi tidak seperti yang diharapkan, sebaiknya anda berkongsi perasaan itu dengan suami dan tidak memendamnya seorang diri.

#2. Belajar menerima hakikat

Ya, proses menerima kadang-kadang tidak mudah seperti yang orang lain sangkakan. Namun, ibu harus menikmati momen kehamilan itu dan menerima apa juga jantina bayi serta tidak terlalu bersedih asalkan bayi yang bakal dilahirkan nanti cukup sifat dan sihat.

#3. Berbincang dengan pasangan

Perbincangan dari hati ke hati akan membuatkan rasa kecewa ibu semakin pudar sekaligus anda dapat menerima kehadiran cahaya mata itu dengan rasa gembira.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab itu, sokongan dari suami amatlah penting pada masa ini.

#4. Memberitahu kepada keluarga

Setelah mendapat tahu jantina si kecil, anda boleh memberitahu kepada keluarga khususnya ibu kandung atau ibu mertua.

Tentu mereka akan gembira dan berkongsi tips serta nasihat kepada anda tentang cara bersalin yang sesuai dan makanan dalam berpantang yang harus anda ikuti nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Bersyukur ada jantung yang berdenyut dalam rahim anda

Bila anda rasa kecewa dengan jantina bayi yang dikandung, ingatlah ada ramai diluar sana yang masih tidak dikurniakan cahaya mata dan bertungkus lumus berusaha dari segi apapun demi mendapatkan anak.

Jadi anda yang bertuah memiliki cahaya mata hendaklah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT ini dan menjaga amanah ini dengan sebaiknya.

Diharap kes ini memberi pengajaran berguna buat semua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Astro Awani, Pop Mama

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comkenapa-ibu-bapa-bunuh-anak/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan