Ini lagi satu kes cubaan merogol yang berlaku di negara kita. Seorang lelaki dari Sarawak yang berusia 32 tahun telah ditangkap oleh polis atas cubaan merogol.
Dia telah diberkas selepas didapati cuba untuk merogol anak saudara perempuannya yang baru berusia 3 tahun!
Menurut laporan, insiden terbabit berlaku semasa hari Tahun Baru di sekitar pukul 8 malam.
Kes cubaan merogol di rumah sendiri
Selepas pintu diketuk bertalu-talu, barulah lelaki berkenaan membuka pintu bilik. Seorang pegawai polis melaporkan yang anak kecil tersebut berlari keluar dari bilik sambil menangis.
Mangsa memberitahu ibunya yang dia berasa sakit dan bahagian kemaluannya berdarah. Lelaki tersebut akhirnya mengaku melakukan kes cubaan merogol tersebut.
Tertarik dengan anak saudara sendiri
Suspek turut memberitahu adiknya yang dia tertarik dengan anak saudara perempuannya itu selepas melihat dia keluar daripada bilik mandi.
Sampai begitu sekali nafsu lelaki ini – ia boleh terbangkit selepas melihat kanak-kanak berusia 3 tahun baru selesai mandi!
Diharapkan lelaki ini menerima balasan yang setimpal dengan kelakuan jenayahnya. Kesan trauma daripada kejadian tersebut pasti berbekas dalam diri anak kecil itu seumur hidupnya!
Gangguan seksual pada kanak-kanak – Awasi tanda amaran berikut
Amat menyedihkan sekali apabila melihat orang terdekat dengan kita sanggup memperkosa anak-anak kecil kita.
Bukanlah kami meminta anda untuk selalu berprasangka buruk dengan saudara terdekat, namun, kita tidak boleh memandang ringan tentang keselamatan anak perempuan kita.
Sebagai ibu ayah, kita perlu lebih berjaga-jaga terutamanya apabila kita meninggalkannya bersendirian dengan sesiapa sahaja.
Kes cubaan merogol dalam rumah sendiri semakin menjadi-jadi. Maka, mahu tidak mahu, kita perlu sentiasa berjaga-jaga.
Tanda amaran dalam kes cubaan merogol
Antara langkah yang boleh kita ambil adalah dengan memerhatikan beberapa tanda amaran berikut:
1. Pemangsa akan memperdaya anak anda untuk berseorangan dengannya
Pemangsa selalunya cenderung untuk cuba memperdaya anak kecil dan memujuknya untuk berseorangan dengannya.
Dia juga mungkin akan cuba untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak tersebut dahulu dengan berlaku mesra dengannya.
Jika anda mendapati ada saudara atau kenalan anda yang kerap mencuba untuk membawa anak anda jauh dari pandangan, maka berhati-hatilah.
2. Pemangsa akan cuba memandang rendah kemampuan anda
Pemangsa juga gemar untuk mempersoalkan kemampuan anda sebagai ibu atau ayah. Dia akan cuba memberikan pendapatnya tersendiri.
Itu adalah percubaannya untuk membuatkan anda kurang ingin ambil tahu tentang anak anda. Ia juga untuk membuatkan anda berasa seolah-olah terlampau paranoid tentang anak anda.
3. Pemangsa cenderung untuk memberikan saguhati atau hadiah pada anak
Selalunya, ia adalah normal untuk kenalan atau saudara kita membelikan hadiah untuk anak-anak kita. Namun, jika terlalu kerap melakukannya sehingga membuatkan anda tertanya-tanya, maka berhati-hatilah.
Ia boleh jadi sebahagian daripada perancangannya untuk mendapatkan kepercayaan si kecil anda.
4. Pemangsa terlampau penyayang dan suka menyentuh
Ada bezanya antara perasaan sayang dengan perasaan obses pada kanak-kanak. Perhatikan gelagat orang lain apabila bersama dengan anak perempuan anda.
Adakah dia terlampau suka menyentuh anak anda, memandang dengan pandangan yang pelik, atau suka meletakkan tangan pada kemaluan si kecil?
Jika ya, ambil langkah berjaga-jaga dan jangan biarkan anak anda berseorangan dengannya.
5. Pemangsa suka membawa anak anda jauh dari anda
Pemangsa juga suka untuk membawa anak anda berjalan-jalan atau mengalihkan anak anda jauh daripada pandangan anda.
Ambil perhatian sekiranya ia terjadi di kalangan kenalan anda, terutamanya apabila dia membawa anak anda ke sesuatu tempat tanpa bertanya terlebih dahulu.
Walaupun tanda amaran di atas bukanlah petanda 100% yang seseorang itu boleh menjadi suspek merogol, namun tidak salah kiranya kita menggunakannya sebagai langkah keselamatan.
Anak kecil kita masih belum mampu bercakap dan menceritakan kejadian sebenar. Mereka amat memerlukan kita untuk melindungi mereka.
Ibu ayah, percayalah pada naluri anda sekiranya anda ada berasa tidak sedap hati tentang sesuatu.
Selalunya, gerak hati kita sebagai ibu atau bapa ada benarnya!
Terjemahan dari theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: