Sadis! Apa Terjadi Pada Mayat Kanak-Kanak Ditemui Tanpa Kepala & Organ Ini?

Mayat Siti Masyitah Ibrahim, 11 tahun ditemui dalam keadaan meniarap, dengan tangan dan kaki terikat oleh penduduk kampung 3 kilometer dari rumahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes culik budak kini semakin menjadi-jadi, ibu bapa perlu lebih berwaspada!

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat seorang budak berusia 11 tahun dalam keadaan yang sangat menyayat hati dengan beberapa organ dalamannya hilang. Budak perempuan tersebut dikatakan hilang sejak 11 hari lalu sebelum penemuan mayatnya.

Kes Culik Budak: Mangsa Tidak Pulang Ke Rumah Selepas Ke Kedai Runcit

Menurut sumber, kanak-kanak berkenaan yang berketurunan Kemboja dipercayai hilang pada 30 Januari lalu ketika pergi ke kedai runcit kira-kira pukul 5 petang.

Ibu mangsa, Solihah Abdullah, 35, berkata, hari sebelum Siti Masitah hilang, anak dari 3 beradik tersebut meminta izin untuk keluar rumah dan meminta duit seringgit daripadanya.

Menurutnya, dia pada mulanya tidak mengesyaki anaknya akan hilang, namun mula menjadi risau apabila Siti Masitah tidak pulang selepas waktu Maghrib.

“Dia keluar rumah dalam pukul 5 untuk ke kedai… saya pada mulanya tidak perasan kerana tengah khusyuk menjahit baju namun bila pukul 6.30 petang saya mula risau dan menyuruh anak sulung saya mencarinya. “Selepas waktu Maghrib, saya risau kerana anak sulung saya masih tidak jumpa adiknya dan kami meminta tolong orang kampung dan dalam pukul 10 malam (waktu sama) orang kampung menjumpai basikalnya dan saya ambil tindakan melaporkan perkara ini kepada polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Medang Hilir di sini Sabtu.

Kes Culik Budak: Ibu Mangsa Sudah Mengesyaki Anaknya Dibunuh

Ahli keluarga yang bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.

Ibunya juga mengatakan dia ada mengesyaki anaknya dibunuh namun dia bersyukur kerana mangsa akhirnya berjaya ditemui setelah 11 hari menanti tanpa sebarang berita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kawasan dimana Siti Masitah dijumpai dalam keadaan tangan dan kaki terikat

Menurutnya, walaupun keadaan mayat sukar dikenal pasti, namun dia yakin ia adalah Siti Masitah berdasarkan baju yang dipakainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata, mayat kanak-kanak malang itu sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk proses bedah siasat.

“Kita akan menjalankan proses bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya. Siasatan akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat,” katanya.

Kes Culik Budak: Dendam, Marah Punca Mangsa Dibunuh

Berdasarkan siasatan terbaharu, didapati dendam dan marah kepada keluarga mangsa dipercayai menjadi punca kepada pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan tersebut.

“Berdasarkan pengakuan suspek, Siti Masitah dipukul menggunakan kayu dan polis sudah merampas senjata yang dipercayai digunakan suspek. “Suspek adalah kenalan kepada keluarga mangsa dan tinggal sekampung dengan keluarga Siti Masitah. “Hasil soal-siasat, pada awalnya mendapati lelaki terbabit tidak membuat pengakuan berkenaan kehilangan mangsa, namun soal siasat lanjut akhirnya mendedahkan pembabitannya,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini. “Terdapat tiga kesan kecederaan pada rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah kiri dan belakang kepala. Punca kematian adalah disebabkan ‘Probable Head Injury’. 

Kes Culik Budak: Apa Yang Boleh Ibu Bapa Lakukan Bagi Mencegah Kes Sebegini Terjadi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jangan biarkan anak bersendirian di mana-mana lokasi.
  • Jika di sekolah, pastikan anak-anak berada di kelompok kawan-kawan yang ramai.
  • Jangan tinggalkan anak di dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa.
  • Belikan smart watch yang didatangkan dengan GPS tracker. 
  • Sentiasa ingatkan anak-anak jangan ikut orang yang tidak dikenali, terutamanya di kawasan sunyi.
  • Pastikan pintu rumah berkunci walaupun keluarga berada dalam rumah.
  • Jangan biarkan mereka ke mana-mana tanpa pengawasan walaupun mereka pandai berdikari.
  • Saudara mara terdekat juga perlu diteliti watak mereka. Jangan terlalu percaya.
  • Ibu bapa yang dapati anak mereka hilang, segera buat laporan polis
  • Nyatakan tempat terakhir anak anda berada, pakaian mereka, ciri2 fizikal mereka

Semoga mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Sumber: Astro Awani/MStar/Metro/shehanzstudio.com

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.compenculikan-kanak-kanak/

Penulis

Beto Rahman