Dengan peningkatan kes kematian akibat Covid-19 di seluruh negara, Thailand tidak terkecuali. Dan baru-baru ini negara itu telah mencatat satu kematian bayi berusia 2 bulan yakni kematian termuda di Thailand setakat ini.
Sudah 35 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir termasuk seorang bayi berusia dua bulan itu yang menjadikan jumlah kematian 649 orang.
Dalam masa yang sama juga, Thailand telah melaporkan 2,473 kes Covid-19 baharu termasuk 680 jumlah tahanan yang menambah keseluruhan jangkitan kepada 113,555 sejak pandemik itu bermula pada Januari 2020.
Bayi lelaki 2 bulan korban Covid-19
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thailand, Dr Taweesin Visanuyothin berkata, kematian baharu melibatkan 18 wanita dan 17 lelaki berusia antara dua bulan hingga 93 tahun termasuk 16 kematian di Bangkok, masing-masing dua di Chiang Rai, Songkhla dan Samut Prakan.
Walau bagaimanapun tiada butiran terperinci mengenai kematian bayi 2 bulan tersebut.
Menurut laporan Harian Metro dan Channel News Asia daripada 2,473 kes baharu yang direkodkan itu, 2,450 kes adalah jangkitan tempatan dan 25 kes import termasuk empat warga tempatan yang kembali dari Malaysia.
“Situasi Covid-19 di Thailand bertambah baik kecuali di Bangkok dan sekitarnya. Terdapat 23 wilayah yang melaporkan sifar kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir sementara 35 wilayah lain mencatatkan antara satu hingga 10 kes sahaja,” jelasnya dalam taklimat Covid-19 baru-baru ini.
Mengenai tahanan penjara yang dijangkiti pula, Taweesin berkata Jabatan Pemulihan merancang untuk memberi vaksin tahanan di seluruh negara.
Selain itu, katanya, tahanan berisiko tinggi termasuk mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas yang berpenyakit kronik akan diasingkan daripada penghuni penjara utama.
“Semua tahanan dan pegawai di seluruh negara akan disaring setiap tujuh hari,” katanya.
Menurut laporan itu juga, Thailand mempunyai kira-kira 330,000 tahanan di 143 penjara di seluruh negara.
Varian mutasi Covid-19 strain B1617 lebih ganas
Ekoran daripada varian Covid-19 baharu ini, ibu bapa semua digalakkan untuk lebih berjaga-jaga. Varian mutasi ini dilaporkan lebih banyak menjangkiti kanak-kanak berbanding dewasa.
Malah kesan jangkitan serta simptomnya juga dikatakan lebih serius dan cepat tersebar!
Semoga kita lebih berhati-hati, kita masih belum menang!
Sumber: Harian Metro, Channel News Asia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Mutasi Covid-19 Lebih Berbahaya, Attack Kanak-Kanak!