5 Pelajar Diliwat Warden Asrama Pusat Tahfiz, Ibu Bapa Semakin Hilang Kepercayaan!

Walaupun suspek telah ditangkap, namun kes jenayah sebegini haruslah dibanteras supaya tidak ada lagi anak-anak yang menjadi mangsa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak kebelakangan ini, kes liwat di Malaysia semakin menjadi-jadi dan semakin banyak pembongkaran dilakukan. Apa yang mengejutkan, kes sebegini seringkali berlaku di sekolah atau pusat tahfiz.

Manusia bertopengkan syaitan, itulah gelaran buat pemangsa yang melakukan kes liwat terhadap 2 pelajar pusat tahfiz dan mencabul 3 orang yang lainnya.

Jenayah terkutuk ini dilakukan oleh warden asrama pusat tahfiz itu sendiri, yang sepatutnya menjalankan tugas menjaga anak-anak tahfiz namun sebaliknya mengambil kesempatan pula!

Kes Liwat:  Suspek Ugut Mangsa Supaya Tidak Membuat Laporan

gambar hiasan

Media melaporkan 5 pelajar tahfiz yang diliwat dan dicabul tersebut adalah dalam lingkungan berumur antara 9 hingga 15 tahun, sejak April lepas selepas laporan dibuat oleh guru yang juga kakitangan pusat tahfiz berkenaan di Balai Polis Simpang Empat, Arau semalam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan laporan guru terbabit, salah seorang mangsa berusia 15 tahun tampil membuat aduan pada 24 April lalu, mendakwa dia diliwat dan dipaksa melakukan perlakuan seksual di bilik warden berkenaan.

Mangsa yang tidak tahan diperlakukan sedemikian, memberitahu dia turut diugut akan dipukul suspek jika membuat aduan!

Polis mendapati seorang lagi pelajar berusia 9 tahun turut mendakwa diliwat suspek yang kerap memeluk dan mencium semua mangsa lain serta mengajak mereka menonton video lucah di biliknya.

Walau bagaimanapun, warden asrama berkenaan dilaporkan melarikan diri ke Perak sejurus mengetahui pihak pengurusan sekolah membuat laporan terhadapnya.

Kes Liwat: Suspek Liwat Pelajar Tahfiz Berjaya Ditangkap

Pada tengah malam 10 Mei 2019, polis akhirnya telah berjaya menangkap suspek dan merampas beberapa barang milik mangsa. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, penahanan suspek, 28 tahun itu dilakukan polis Perak di sebuah pusat tahfiz di Kampung Buaya Manora.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Datuk Noor Mushar Mohamad turut menambah, suspek berusia 28 tahun dari Bandar Baharu, Kulim, Kedah ditahan oleh pasukan dari ibu pejabat polis daerah Kuala Kangsar di sebuah sekolah tahfiz di Kuala Kangsar kira-kira 12.10 malam.

“Hasil siasatan awal terhadap suspek, dia mengaku meliwat, mencabul dan membuat gangguan seksual ke atas lima mangsa yang berusia antara sembilan hingga 15 tahun kelmarin.

Suspek yang tiba di perkarangan Mahkamah Kangar kira-kira pukul 10.45 pagi pada hari Sabtu (11 Mei) ditahan reman selama tujuh hari dari hari ini hingga 17 Mei untuk membantu siasatan.

Pentingnya Penglibatan Masyarakat Dalam Membanteras Kes Liwat Di Kalangan Pelajar Sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

sumber: mhonline.com.my

Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa dan orang awam supaya kes sebegini tidak lagi berlaku? Berikut merupakan langkah yang boleh dilakukan:

  1. Pastinya ibu bapa harus lebih peka terhadap sebarang perubahan terhadap anak-anak terutamanya perubahan dari segi emosi dan pergaulannya.
  2. Sentiasalah mengambil tahu tentang aktiviti anak di sekolah, jadual kelas, kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum.
  3. Perhatikan sekiranya anak kelihatan seolah mempunyai hubungan yang berlebihan dengan rakan atau guru. Contohnya jika seseorang guru atau warden kerap memanggil anak ke pejabat atau menghubungi ketika waktu luar kelas.
  4. Jika anak mempunyai telefon bimbit, semak kandungannya terutama bagi anak yang masih di bawah umur yang mudah terkena jerat pemangsa.
  5. Ajar anak untuk mudah meluahkan kepada anda. Jangan terlalu mendesak, atau terlalu garang yang menyebabkan si anak takut untuk mengadu.
  6. Anak perlu tahu tentang pendidikan seksual, dan tahu tentang sentuhan salah dan betul. Didik anak agar tahu hak peribadinya dan supaya tidak takut untuk bertindak sekiranya berada dalam situasi yang melibatkan gangguan seksual.
  7. Jangan terlalu percayakan sesiapa pun, kerana pemangsa selalunya akan cuba mengambil kesempatan apabila terlalu banyak kepercayaan diberikan.

Semoga anak-anak kita akan terhindar dari gejala sebegini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bilakah waktu sesuai untuk memberi pendidikan seks kepada anak?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.compenderaan-seksual-kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman