Akibat Berang Minta Cerai, Suami Bunuh, Kerat & Buang Badan Isteri Dalam Hutan Kini Direman Polis

Mengejutkan, suami sanggup bunuh lalu kerat badan isteri kepada lapan bahagian dan dibuang dalam rimbunan semak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minggu lalu, laman sosial kecoh dengan berita kes pembunuhan paling kejam apabila penemuan cebisan mayat manusia yang dikatakan telah dikerat kepada lapan bahagian. Individu terbabit dipercayai telah menjadi mangsa bunuh dan ketika ditemui keadaannya tidak berpakaian serta anggota badannya juga tidak lengkap. 

Mayat tersebut dijumpai orang awam di Kampung Ladang Krubong Melaka dan pihak polis masih menyiasat kes tersebut sementara suspek telah ditahan reman pihak polis.

Kes pembunuhan: Identiti mangsa dan suspek kini tersebar meluas

Sebuah posting telah dimuat naik lalu tersebar melalui sosial media dan berikut kronologi kes tersebut. Menurut posting berkenaan lagi, mangsa dan suspek merupakan pasangan suami isteri.

Kronologi 1: Penemuan mayat berselerak dalam semak

Hasil siasatan awal mendapati, kawasan tersebut merupakan sebuah hutan berkeluasan lebih kurang 300 meter panjang di dalam perindustrian Krubong. Mayat tersebut dijumpai oleh seorang lelaki Melayu ketika sedang membuat kerja memotong rumput dan kemudian terbau sesuatu yang busuk dan apabila didekati, saksi terlihat beberapa keratan disyaki tubuh badan manusia.

Malah, hasil pemerhatian juga keratan mayat dijumpai tidak sempurna di mana tiada bahagian kepala dan tangan mayat ditemui.

Disebabkan itu, Unit K9 telah membantu mengesan bahagian badan yang lain dan hasilnya mereka menemui dua bahagian kemaluan lelaki dan perempuan. Namun, pasukan forensik telah menandakan beberapa keratan serta cebisan mayat untuk mengambil DNA di tempat kejadian. Kemudian dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Melaka bagi tujuan post mortem.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kronologi 2: Geram isteri minta cerai

Hasil soal siasat dan bantuan polis Singapura mendapati suspek mendakwa telah berlaku pertengkaran dengan mangsa iaitu isterinya yang berlaku di Batu Berendam Melaka.

Pertengkaran berpunca apabila rungutan mangsa berkenaan keluarga suspek yang cuba menghindari mangsa. Suspek memberitahu mangsa bahawa itu bukan penyebabnya namun mangsa masih bertegas dan bertindak melemparkan hadiah ulang tahun yang dibeli kelurga suspek untuk mangsa.

Disebabkan itu pasangan suami isteri ini bertengkar dan mangsa bertindak memukul suspek. Pada peringkat awal, suspek tidak membalas tindakan isterinya itu tapi apabila mangsa mula meminta cerai, suspek mula hilang pertimbangan dan bertindak mengambil pisau di dapur lalu menikam mangsa.

Suspek turut menggunakan sebilah parang untuk memotong kepala si mati kerana terlalu marah. Dalam masa yang sama anak si mati berumur 10 tahun telah melihat apa yang dilakukan terhadap ibunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian suspek mengatakan dia tidak tahu apa yang dia lakukan namun bibir anak lelakinya itu sudah dipotong dan terbuka malah ada kesan tikaman di belakang badannya.

Kronologi 3: Leraikan anggota badan dan buang di tempat berlainan

Setelah itu, suspek mula memotong bahagian badan isterinya dan bertindak memotong kedua kepala mangsa. Telapak tangan dibuang ke dalam bekas tong sampah di luar rumah teres manakala bahagian tubuh yang lebih besar diisi dalam empat beg kanvas untuk dibuang ke dalam kawasan hutan.

Kronologi 4: Mengaku bunuh isteri

Semasa suspek bersama keluarganya iaitu bapa dan adik beradiknya yang berkumpul di rumah saudara mereka di Singapura dalam perbualannya suspek berkata dia telah membunuh isterinya dan anak lelaki mangsa di Melaka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suspek dikatakan tertekan dan mengigil. Kemudian bapa suspek memintanya untuk menyerah diri namun lelaki itu bertindak meninggalkan rumah.

Buat pengetahuan, suspek telah berkahwin dengan mangsa di Malaysia lebih kurang satu tahun yang lalu dan mempunyai 4 orang anak hasil perkahwinan mangsa dengan suami sebelum suspek.

Namun, suspek telah ditahan polis Singapura dan akan diserahkan kepada Pihak Polis Malaysia bagi siasatan lanjut.

Suspek telah ditahan pihak polis Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pihak polis telah menahan seorang lelaki warga Singapura bagi membantu siasatan kes pembunuhan setelah menemui lapan bahagian tubuh mayat manusia yang di percayai dibunuh.

Malah polis turut percaya lelaki tersebut ada maklumat berkaitan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata siasatan awal mendapati mangsa di percayai dibunuh di rumahnya di Taman Merdeka Jaya berdasarkan kesan darah dalam sebuah bilik.

Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali berkata semasa ibunya menemui lelaki terbabit pada minggu lalu tiada sebarang perubahan yang dilihat dan sejak dua tahun mendiami rumah dua tingkat itu mereka tidak pernah mendengar suspek dan isterinya itu bergaduh.

Menurutnya lagi, hanya sesekali saja pasangan itu dan tiga anaknya balik ke Melaka kerana suaminya bekerja di Singapura.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun, diharap kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan pembunuh dikenakan hukuman yang setimpal. Semoga roh mangsa dan anaknya di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Oh My Media, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga

https://my.theasianparent.comkes-zulfarhan