Kes Penceraian bertahun - tahun, salah siapa?

Beliau sudah kehabisan wang yang sepatutnya digunakan untuk menjaga anak dan beliau juga letih, letih sebab bekas suaminya begitu melampau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses perceraian dalam mahkamah Syariah tidak semudah disangka. Pial Khadilla Abdullah telah memfailkan perceraian 6 tahun yang lalu dan pihak lelaki memulakan proses rayuan dan melanjutkan proses mahkamah. Beliau sudah kehabisan wang yang sepatutnya digunakan untuk menjaga anak dan beliau juga letih, letih sebab bekas suaminya begitu melampau.

Sikap pasangan suami isteri yang tidak bekerjasama untuk mematuhi perintah mahkamah punca kes perbicaraan lambat diselesaikan.

Jika mahkamah sudah tetapkan tarikh sebutan kes, ada di kalangan pasangan suami mahupun isteri tidak hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kes.

]Rahsia hubungan berkekalan

Terlalu banyak masalah disuarakan oleh ibu tunggal seperti isteri kurang mendapat pembelaan. Ada si suami menafikan dia melafazkan cerai di luar mahkamah kerana tidak mahu membayar denda jika cerai di luar mahkamah padahal sudah berkali-kali melafazkan talak di luar mahkamah. Denda RM 10000 dikenakan jika melafazkan talak di luar mahkamah, suapaya si suami tidak sekali kali meringankan lafaz cerai.

Kes penceraian yang tertangguh bertahun-tahun juga dibimbangi dapat menyeksa zahir dan batin si isteri. Perbuatan sengaja melewat-lewatkan kes cerai di mahkamah juga dibimbangi boleh menyebabkan zina. Tanpa pemfailan kes cerai yang sah di mahkamah, si suami boleh bila-bila masa datang ke rumah isteri untuk bersama isterinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, tuntutan cerai yang memakan masa bertahun – tahun melambatkan proses tuntutan nafkah anak. Bayangkan, si anak yang masih kecil terpaksa mengikat perut kerana hanya mengharapkan ibunya untuk membelanjakan keperluannya, kerana tuntutan nafkah di mahkamah masih berjalan, dan si bapa lepas bebas mengambil kesempatan atas kesempitan yang berlaku.

Pengakuan harus dilakukan oleh si ayah dalam tuntutan nafkah si anak, untuk memastikan si ayah benar-benar mampu, bukan terletak pengakuan di mulut sahaja, bahkan pengakuan sumpah dan juga pendapatan si ayah atau suami pada tiap-tiap bulan.

Lebih memeningkan jika si isteri hendak membuat tuntutan berbeza di mahkamah, misalnya tuntutan penjagaan anak dan tuntutan nafkah anak. Si isteri harus membuka fail yang berbeza dan ini menyukarkan si isteri untuk membayar peguam. Untuk si isteri yang berkemampuan maka tidak menjadi masalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang yang berbeza tiap-tiap negeri menyukarkan proses penceraian kerana ada tuntutan yang dibuat di mahkamah negeri lain tidak terdapat di negeri yang lain.

Ada juga kes keganasan rumah tangga di mana pihak polis tidak mahu bertanggungjawab, dengan alasan ini adalah masalah rumhtangga, dan bukan masalah jenayah. Tetapi jika dibiarkan, ini boleh menjurus kepada perlakuan jenayah jika si isteri dibelasah teruk atau sehingga melibatkan kematian.

Si isteri biasanya memendamkan masalah ini dan tidak melaporkan kerana masih lagi sayangkan suami. Tetapi jika masalah keganasan rumahtangga ini berlarutan, si isteri tidak boleh mendiamkan diri. Pihak polis tidak boleh mengambil mudah perkara ini dan mereka harus menghadiri kursus atau seminar yang dianjurkan mahkamah syariah agar lebih telus dan tepat dalam menangani kes keganasan rumah tangga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan dalam meyelesaikan kes penceraian yang tertunggak bertahun lamanya di mahkamah. Kerana anak kecil lebih terseksa dalam soal penceraian ibu bapa, kerana anak kecil masih belum mampu untuk berdikari dan menjaga diri sendiri dan mereka masih mentah dalam mengerti hal kehidupan.

Artikel dipetik dari laman Facebook Pial Khadilla Abdullah

Artikel juga dari OhBulan 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh