Pelajar Berdepan Detik Cemas Apabila Nyaris Diculik Lepas Balik Sekolah!

Tiga suspek dipercayai cuba menculik pelajar tingkatan satu yang dalam perjalanan pulang dari sekolah. Baca lanjut kejadian ini...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kini, kes penculikan semakin menjadi-jadi seperti yang berlaku di Tanjung Tualang, Batu Gajah Perak ini di mana pelajar tingkatan satu nyaris diculik semasa berjalan kaki pulang ke rumah dari sekolah. 

Insiden tersebut berlaku pada jam 1.30 petang di mana pelajar tersebut berada berdekatan persimpangan Taman Tualang sebelum sebuah kereta Proton Wira berwarna perak tiba-tiba berhenti berhampirannya. 

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, salah seorang suspek di bahagian tempat duduk belakang membuka pintu lalu cuba menarik mangsa masuk ke dalam kenderaan tersebut. 

Namun, mangsa berjaya menolak cengkaman suspek lalu berlari ke rumahnya dan membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku itu. 

Nasib baiklah, pelajar tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan didapati terdapat tiga suspek terlibat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ahmad Adnan menambah, lokasi kejadian berlaku kira-kira 600 meter dari sekolah dan tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipsang di lokasi kejadian. 

Kes disiasat di bawah seksyen 365/511 Kanun Keseksaan. 

Kes penculikan – Cara menjauhi anak dari diculik 

  • Jika anak bersendirian di rumah, pesan supaya tidak memberitahu kepada sesiapa sama ada melalui panggilan telefon atau di laman sosial
  • Jika mereka bersendirian di rumah, minta anak supaya tidak membuka pintu jika dipanggil oleh orang yang tidak dikenali. 
  • Pastikan anda tahu ke mana anak keluar dan dengan siapa. 
  • Selalu ingatkan anak supaya tidak mengambil gula-gula atau permainan daripada individu yang tidak dikenali
  • Ingatkan anak supaya tidak bersendirian di tempat sunyi. 
  • Ajar anak supaya berani berkata TIDAK jika ada pihak yang cuba melakukan sesuatu yang tidak baik seperti menyentuh mana-mana bahagian tubuh.
  • Pesan pada anak supaya meminta pertolongan dari pengawal keselamatan atau kaunter khidmat pelanggan jika terpisah ketika di pusat membeli belah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Periksa latar belakang pusat penjagaan dan tidak membenarkan sesiapa menjemput anak kecuali anda sahaja. 
  • Jangan tinggalkan anak seorang diri dalam kereta. 
  • Teman anak ke tandas awam atau bawanya bersama jika anda mahu ke tandas.
  • Pastikan anak hafal alamat rumah, no telefon dan nama anda.
  • Pastikan anak tahu menjarakkan dirinya daripada individu yang tidak dikenali. 
  • Tidak melayan individu yang tidak dikenali meskipun sekadar bertanya jalan. 

Semoga kita lebih berhati-hati tentang soal keselamatan anak supaya kes penculikan ini dapat dibanteras. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: themalaysiantimes.com.my

Sumber: Mstar , Mynewsvibes

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comanak-hampir-diculik-di-ioi-mall

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan