Pengasuh Sumbat Cili Dalam Mulut Anak & Pukul Dengan Kayu Kerana Anak "Terkencing"

Lagi-lagi kes pengasuh dera anak. Selalunya, ia terjadi kerana pengasuh ingin "mendisiplinkan" anak kita. Apa pendapat anda: Boleh ke pengasuh mendisiplinkan anak kita?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak cari pengasuh yang tepat untuk menjaga anak-anak kita bukannya mudah sekarang. Mungkin ada ibu bapa bertuah yang dapat pengasuh baik dan menjaga anak dengan elok.

Tapi, banyak juga yang jadi kes pengasuh dera anak. Apa yang lebih menakutkan, kadang-kadang kita tak tahu pengasuh dera anak!

Sudah bertahun-tahun kerja, barulah kita nampak “belangnya” yang sebenar.

Kes pengasuh dera anak: Pengasuh ajar disiplin dengan cara yang keterlaluan

Samalah juga dengan kes ibu ini. 

Hamidah, pengasuh dan pembantu rumah dari Indonesia ini telah mengambil keputusan untuk “menghukum” anak bongsu majikannya dengan teruk kerana si kecil itu tidak mahu melakukan kerja sekolah dan terkencing.

Hamidah menyumbat cili padi ke dalam mulut kanak-kanak berusia 7 tahun ini, malah merotannya dengan batang kayu seberat 1.3kg di bahu dan kepalanya.

Pengasuh ini bukanlah pengasuh baru dalam keluarga terbabit. Dia telah bekerja selama 7 tahun. Hamidah juga menjaga kakak sulung mangsa yang kini berusia 9 tahun.

Semuanya terbongkar apabila kakak sulung terbabit memberitahu ibunya. Ibu mangsa terus menelefon polis selepas mendapati kecederaan di kepala anak bongsunya.

Hukuman yang akan dijatuhkan kepada pengasuh ini mungkin selama enam bulan sahaja, merujuk kepada tindakan Hamidah menjolok cili padi pada mulut mangsa kerana mangsa “tidak suka makanan pedas”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes pengasuh dera anak: Tak mengapa ke jika pengasuh mendisiplinkan anak anda?

Wahai ibu-ibu semua, apa pandangan anda tentang isu pengasuh mendisiplinkan anak-anak anda? Berapa jauh cara disiplin itu boleh dibuat?

Sesetengah ibu merasakan tidak mengapa jika pengasuh meluangkan masa dengan anak-anak, tapi ada juga ibu yang tidak selesa dengan keadaan itu.

Kami merujuk kepada 2 pakar kanak-kanak untuk melihat pandangan mereka tentang isu pengasuh mendisiplinkan anak-anak kita.

Dr Lim Boon Leng, seorang pakar psikologi dari Dr BL Lim Centre for Pyschological Wellness percaya, pengasuh seharusnya diberi sedikit kuasa untuk mendisiplinkan anak majikan.

Tanpa sebarang bentuk disiplin, kanak-kanak itu boleh jadi nakal dan kurang ajar. Ini kerana tiada siapa yang mengawal tingkah lakunya. Maka, anak-anak akan ingat mereka “boleh buat apa saja”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, menetapkan cara-cara mendisiplinkan anak adalah sangat penting. Hanya ibu bapa yang boleh menentukan cara mendisiplinkan anak. 

Pengasuh hanya boleh memberi amaran secara lisan, tanpa melakukan sebarang amaran fizikal pada kanak-kanak. Pengasuh juga digalakkan untuk memuji dan memberi inspirasi anak-anak untuk berperangai baik. 

Namun, Dr Brian Poh, seorang pakar psikologi dari Institute of Mental Health pula berpendapat sebaliknya. Menurut beliau, semua perkara yang melibatkan keibubapaan, disiplin dan lain-lain adalah tanggungjawab ibu bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukannya pengasuh atau pembantu rumah anda. Hal ini kerana pengasuh mungkin akan meninggalkan keluarga itu kelak. Jadi, dia tidak memiliki “impak” yang sepenuhnya kepada kanak-kanak.

Lagipun, idea membesarkan anak pengasuh itu mungkin berbeza dari anda!

Apapun, kami di theAsianparent Malaysia berpendapat, anda wajar bercakap dengan pengasuh tentang batas-batas tugasnya. Apa pendapat anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda membenarkan pengasuh mendisiplinkan anak-anak anda?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Nicholas Yong dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

5 petanda anda dapat atau ada pengasuh yang tidak baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris