Wanita mana yang tidak suka ke pusat beli-belah? Shopping mall itu ibarat rumah kedua bagi sesetengah orang. Kita selalu ke sana untuk menghabiskan masa dengan keluarga.
Tapi, pernah tak anda terfikir kes samun juga boleh berlaku di pusat membeli-belah? Sebelum ini kita asyik lihat berita tentang kes kecederaan di eskalator atau kes culik saja.
Namun, baru-baru ini, terjadinya kes samun di tempat parking pusat beli belah pula! Nampaknya, wanita perlu lebih berhati-hati selepas ini.
Kes samun di parking pusat beli belah: Apa yang terjadi?
Satu kes samun telah terjadi di salah sebuah pusat membeli belah terkenal Kuala Lumpur pada 14 September lalu.
Kejadian ini berlaku di tempat parking pusat membeli-belah tersebut. Seorang wanita dan anak saudaranya (yang masih kecil) ingin memasuki kereta sebelum mereka tiba-tiba disimbah dengan “air cili”.
“Air cili” tersebut disimbah oleh seorang perompak wanita yang kemudiannya pantas menarik beg tangan mangsa. Malangnya, perompak wanita itu berjaya diberkas oleh polis yang berada berhampiran dan melihat kejadian terbabit.
Footage rakaman CCTV tempat parking pusat membeli-belah tersebut membawa satu berita yang amat menakutkan!
Rupa-rupanya, perompak wanita yang sama pernah merompak dan meragut seorang wanita mengandung di tempat yang sama!
Kes samun di parking pusat beli belah – Nasiblah ada yang membantu!
Butiran terperinci tentang kejadian kes samun di parking pusat membeli-belah ini mula tular selepas ia dikongsi oleh Diana Abdullah, seorang wanita yang kebetulan telah menyelamatkan mangsa.
Menurut post di Facebook beliau, kejadian ini berlaku di AEON Taman Maluri, Cheras.
Menurut Cik Diana, beliau ketika itu sedang memandu dalam tempat parking terbabit sebelum melihat kekecohan ini berlaku.
Beliau menjumpai mangsa yang berusia 44 tahun itu, dengan anak saundaranya, melecur teruk selepas disimbah oleh cecair yang dicampur dengan cili.
Kulit kedua-dua mangsa melecur dan dikira sebagai first degree burns.
Mangsa kemudiannya meminta Cik Diana menemaninya ke balai polis untuk membuat laporan. Cik Diana sudi untuk menemannya.
Tapi, beliau meminta mangsa mendapatkan rawatan dari hospital terlebih dahulu. Mereka kemudiannya ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menerima rawatan.
Langkah keselamatan di tempat parking pusat membeli belah
Nasib baiklah dalam kejadian ini, ada netizen yang sempat memberi bantuan dan menyelamatkan mangsa kes samun terbabit. Tapi bagaimana jika tiada orang?
Pertama sekali, tempat parking kereta memang agak gelap dan jadi ideal spot untuk orang melakukan jenayah.
Kedua, dari kejadian ini juga kita belajar yang penjahat di mana-mana dan tidak mengira usia mahupun jantina. Lihat sajalah bagaimana perompak dalam kes ini merupakan seorang wanita!
Jadi ibu-ibu dan semua wanita di luar sana, hati-hati! Berikut antara langkah keselamatan di tempat parking kereta yang anda perlu amalkan:
1. Pegang atau dukung anak (jika ada)
Anda bukan saja perlu risau tentang penyamun atau perompak. Kadang-kadang, insiden kemalangan juga boleh berlaku di tempat parking kereta.
Jika anda bawa anak-anak kecil, lebih bagus jika anda pegang tangan mereka, atau dukung mereka ketika di tempat parking kereta.
2. Jangan tinggal anak dalam kereta dengan enjin dihidupkan
Rasanya, ramai ibu yang suka buat tabiat buruk ini: Masukkan anak dalam kereta, bagi dia duduk dalam car seat, buka enjin, buka aircond, kemudian tinggalkan mereka sekejap untuk memasukkan barang dalam bonet kereta.
Jaga-jaga! Ada bahaya dalam tindakan anda ini. Penjahat boleh masuk dalam kereta dan terus melarikan kereta anda jika berpeluang.
3. Kunci pintu terus lepas masuk dalam kereta
Jangan sibuk semak telefon selepas anda masuk dalam kereta. Perbuatan itu mungkin boleh membawa padah.
Jika anda berlengah-lengah dan tidak fokus, ketika inilah kebanyakan perkara buruk boleh berlaku.
Jadi sebelum apa-apa, kunci terus pintu kereta lepas anda masuk.
4. Peka dengan keadaan sekeliling
Terutamanya pada waktu malam. Perhatikan persekitaran anda. Tengok apa ada di belakang atau di sekeliling anda. Ada benda yang nampak pelik?
Jika anda dengan anak-anak, lebih elok jika anda menempatkan kereta berhampiran pintu masuk lif atau tempat keselamatan. Jika ada apa-apa, senang anda nak dapatkan bantuan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sama-sama kita mencegah jenayah daripada terus berlaku. Jangan lupa kongsikan ini dengan para wanita yang anda kenali!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.commangsa-kes-samun-uber-mengalami-keguguran/