Sepatutnya golongan wanita hamil ini lagi dilindungi dan jarang untuk orang melakukan perbuatan tidak elok pada mereka. Malangnya terjadinya pula kes samun yang melibatkan golongan lemah ini.
Bayangkan betapa trauma bakal ibu ini yang cedera akibat disamun dua lelaki secara mengejut.
Sudahlah tidak berdaya dicederakan pula wanita itu, malah kerugian yang dialami wanita itu juga melibatkan sejumlah wang tunai yang besar serta barang kemas berharga.
Ditolak ke dinding
Sebelum wanita hamil itu disamun, dia telah ditolak ke dinding oleh salah seorang daripada dua penyamun tersebut. Kejadian yang dilaporkan Harian Metro itu bertempat di tandas sebuah restoran di Labuan.
Kes samun yang melibatkan wanita hamil berusia 33 tahun itu diserang dua lelaki secara mengejut dan melarikan wang tunai sebanyak RM4,000 serta seutas rantai leher milik mangsa.
Pada waktu kejadian kes samun itu, wanita itu ditolak sehingga terhantuk ke dinding, lantas akibat tindakan penyamun itu, wanita hamil itu terus rebah ke lantai sebelum disamun.
Wanita hamil kini dalam rawatan
Menurut Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Muhammad Farid Ahmad berkata, kejadian itu dilaporkan oleh pekerja restoran terbabit selepas menyedari akan insiden itu.
Menurut Ketua Polis itu, mangsa dipercayai diekori oleh kedua-dua lelaki itu selepas mengeluarkan wang tunai di mesin ATM di sebuah bank di ibu kota.
Keadaan wanita hamil itu dikhabarkan dalam keadaan stabil dan masih di dalam rawatan walaupun dia mengalami trauma dan kesan lebam di tangan kiri serta kepala akibat terhantuk di dinding.
Ini apa yang ibu hamil patut lakukan sekiranya terjatuh!
#1. Ketahui trauma yang terjadi
Trauma bukan saja dari segi fizikal namun juga emosi. Ibu hamil yang terjatuh dengan terkejut bukan saja akan tampak kecederaan di luar dan kandungan sahaja, dari segi emosi juga perlu diperhati.
Lebih-lebih lagi dalam situasi yang cemas, emosi ibu hamil kemungkinan bercelaru malah tekanan darah pun kemungkinan meningkat naik.
Jadi seeloknya teruslah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
#2. Perhatikan posisi jatuh
Posisi jatuh dapat menentukan betapa serius efeknya pada kandungan. Namun dinasihatkan ibu-ibu hamil jika terjatuh jangan terus panik. Kekal tenang dan ingat posisi jatuh anda agar mudah untuk anda ceritakan pada doktor ketika pemeriksaan.
Apabila jatuh terduduk bimbang akan memberi kesan kepada tulang belakang, lantas akan memberi kesukaran waktu bersalin kelak. Di posisi meniarap pula bimbang akan kandungan, kerana ada kemungkinan ia memberi kesan kepada plasenta dan bayi.
Manakala dalam keadaan terlentang pula, perlu periksa keadaan kepala. Bimbang hentakan yang kuat akan menyebakan masalah lain pula.
#3. Pantau keadaan selepas jatuh
Jika anda tidak berasa apa-apa yang serius selepas terjatuh. Sentiasa pantau keadaan diri dalam masa 24 jam dari segi:
- Pendarahan sedikit atau pun banyak – Jika berlaku antara dua ini jangan berlengah lagi. Segeralah ke doktor.
- Gerak bayi – Jika makin berkurangan segeralah ke hospital.
- Ketuban pecah atau tidak – Sekiranya mendapat ada air yang terkeluar dari vagina, cepat-cepat ke hospital. Bimbang sekiranya air ketuban yang bocor boleh menyebabkan jangkitan.
- Sakit kontraksi – Perhatikan kesakitan itu, jika ia tidak kerap ia mungkin tiada apa-apa yang serius, namun jika kerap terjadi teruslah ke hospital.
Sumber: Harian Metro
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Teknik samun terbaru di tempat parking kereta pusat beli belah – ibu, hati-hati!