6 Kesalahan Merapikan Kening Yang Patut Dihentikan Oleh Anda

Mari baca sini: Rahsia Kecantikan Sebenar Dalam Merapikan Kening

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kecantikan kening kini kembali menjadi satu trend kecantikan yang penting. Tapi, tiada lagi trend kening terlalu nipis seperti ‘berudu’. Yang menjadi pilihan terkenal sekarang adalah trend kening dijaga rapi dan mampu menyerlahkan wajah anda.

Percaya atau tidak — kening satu aset penting yang boleh menyerlahkan wajah atau membuatkan riak wajah kelihatan aneh. Sebab itu, anda harus berhati-hati ketika ingin merapikan kening.

Berikut terdapat beberapa kesalahan yang sering wanita lakukan ketika ingin merapikan kening mereka:

1. Jarang tweezing

Kalau anda kerap tangguh untuk merapikan kening, nanti anda akan lebih sukar untuk membezakan mana bulu yang harus dicabut dan mana yang tidak. Untuk memudahkan kerja anda, cuba cabut beberapa bulu setiap hari.

Tapi jangan terlebih pula! Nanti jadi macam kesalahan seterusnya ini…

2. Terlebih cabut bulu

Gadis-gadis semua, ini bukan zaman 1995 lagi! Tiada siapa mahu tengok ada satu garisan halus atas mata kalian! Memang anda perlu cuba cabut beberapa bulu setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi… jangan terlebih cabut pula! Dan jangan guna magnifying mirror. Nanti anda akan tertumpu untuk cabut bulu yang “tidak perlu” dicabut pun.

3. Cuba buat kening sama

Ingat: Kedua-dua kening anda adalah adik-beradik, bukan kembar. Maksudnya, anda tak perlu merapikan kening hingga kelihatan sama/serupa. Jika anda kerap berusaha untuk samakan ia, nanti anda akan terlebih mencabut bulu kening!

4. Terlebih “cover” dengan mekap

Ya, kami tahu kening tebal sekarang satu trend. Tapi kalau anda terlebih membuat kening dengan mekap hingga terlalu tebal dan gelap, lagi nampak pelik! Nanti wajah anda akan kelihatan canggung. Cuba guna strok yang kecil dan sedikit saja, kemudian… siap!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Lukis ‘arch’ di bahagian yang salah

Ramai wanita kelihatan amat menarik dengan kening berbentuk arch tinggi (seperti Ziana Zain). Tapi kalau anda melukis arch terlalu dekat dengan pusat bahagian muka anda, nanti anda akan kelihatan seperti sedang marah.

Daripada cuba untuk mengubah arch ini, baik anda cuba baiki arch yang sedia ada saja. Jika arch anda tidak terlalu kelihatan, cuba serlahkan sedikit arch di bahagian atas penjuru kening anda.

6. Terlebih kerap merapikan jarak antara kening

Kalau anda memiliki kening jenis monobrow, jangan terlebih merapikan kening! Anda mahu kedua-dua kening sedikit jarak, tapi bukan terlalu jarak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Petuanya — pegang berus mekap atau pencil secara menegak betul-betul di luar sudut tepi mata anda (tear duct). Sampai situ saja jarak antara kening anda!

(Kredit gambar: ByJeannine di YouTube)

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terjemahan: theAsianparent Singapore

Penulis

Ayu Idris