Mengaku sajalah – kita akan menyalahkan pihak lelaki jika hubungan intim yang dulunya penuh ghairah sudah tidak lagi nakal atau bergetah. Kita juga salahkan mereka jika gagal dalam cinta dengan mengatakan mereka lebih gemar memandang perempuan lain.
Kita juga pasti akan mengadu mereka tidak lagi memahami tubuh kita, atau tidak lagi pandai menaikkan nafsu. Ya, dalam hubungan ranjang ini, pihak lelaki ada salahnya juga. Tapi, bak kata pepatah “bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi”.
Jadi, apa kata kita semak apa yang boleh dibaiki oleh anda.
Gagal dalam cinta menyebabkan hubungan kelamin jadi hambar
Semak senarai yang disediakan untuk mengenal pasti kesalahan yang mungkin anda lakukan ketika di ranjang. Jika ada kesalahan yang anda lakukan, baiki ia dan mana tahu anda peroleh nikmat dan kepuasan yang dicari-cari selama ini!
1# Anda mulakan godaan
Rasa tidak sopan jika anda memulakan godaan dulu? Merepek! Lelaki sering anggap mereka terpaksa memulakan godaan dan pujukan untuk bermesra terlebih dahulu, dan kecewa apabila permintaan mereka ditolak.
Jadi, jika anda rasa sedikit nakal dan ghairah untuk menggoda suami anda itu, cakap saja padanya! Jangan rasa malu. Lagi bagus… kalau anda dengan seksinya menarik tarik leher dia perlahan-lahan dan terus ke kamar.
2# Percaya lelaki sentiasa inginkan seks
Faktor usia dan tanggungjawab memainkan peranan. Lelaki dewasa mungkin tidak selincah zaman remajanya. Mereka tidak selalu bersedia untuk melakukan seks.
Tanggungjawab dan kehidupan harian harus dilaksanakan. Ramai wanita tidak percaya akan hal ini, tapi ia perkara benar!
Jika suami anda sibuk dan menolak untuk bersenggama, jangan ambil hati! Jangan ingat anda telah gagal dalam cinta. Cuba bersabar dan memahaminya.
3# Panik apabila dia ajak cuba sesuatu yang baru
Tolak sesuatu perkara hanya sebab ia berbeza, satu benda yang mengecewakan, betul tak? Jika si suami mengajak anda mencuba sesuatu yang baru, bukan bermaksud dia bosan dengan perkahwinan ini! Cuba lapangkan minda anda.
Jika dia ingin melakukan hubungan intim sambil menonton filem lucah, cubalah! Tapi bertolak ansur di antara satu sama lain.
Contohnya; anda boleh memilih filem lucah apa yang ingin ditonton. Jika apa yang dia cadangkan menyinggung anda, beritahu dia! Mungkin anda boleh cuba benda lain.
4# Tak beri panduan/arahan
Kita semua tahu betapa teruknya lelaki jika mereka tiada arahan dan panduan, bukan?
Jadi, kenapa anda anggap anda akan puas dan hubungan intim ini akan panas, jika anda mendiamkan diri tika di kamar? Kalian kena berkomunikasi ketika melakukan hubungan intim, atau mereka akan lost!
5# ‘Senyum dan terima’
Anda tak perlu berlakon dan bersabar ketika melakukan hubungan intim! Jika pasangan melakukan sesuatu yang menurunkan ghairah anda, beritahu dia! Kemudian, cadangkan sesuatu yang boleh dia lakukan.
6# Anda sering bawa imej ‘Ibu’
Anda sering lupa bila anda di atas katil dengan pasangan, anda bukan lagi seorang ibu! Mana pergi wanita seksi yang mengghairahkan itu? Bersembunyi di sebalik mod seorang ibu?!
Jangan lupa, lelaki anda mengahwini seorang wanita seksi yang mengghairahkan! Wanita itu lebih lincah dan nakal berbanding imej ‘ibu’ yang lupa anda tanggal ini.
Jadi, lepas anak-anak tidur, buang personaliti ‘ibu’ anda, dan raikan kenakalan dalam diri!
7# Risau tentang bentuk badan
Anda mahu mencuba posisi baru tapi berasa rendah diri dengan bentuk tubuh anda.
Sedangkan hakikatnya, pasangan anda tak pernah kisah BAGAIMANA bentuk tubuh anda, sebaliknya mereka terlalu gembira dan amat menghargai anda TELAH BERBOGEL!
Jadi, berhenti fikir bukan-bukan dan yakin dengan bentuk badan anda!
8# Kaku di atas katil
Kaku? Keras tak bergerak seperti mayat? Anda ingat seronok? Janganlah berbaring saja dan tunggu hubungan seks ini selesai!
Ambil bahagian, naik ke atas pasangan. Ambil alih! Lebih-lebih lagi jika anda rasa tidak puas.
9# Tak spontan
Bila anda sudah memiliki anak, anda akan cenderung menjadi lebih teratur dengan pelbagai jadual. Tapi apa kata, selepas anak anda masuk tidur, buang saja semua jadual harian itu dan jadi spontan!
Melakukan hubungan intim DI LUAR bilik tidur pun seronok juga! Jadi spontan dan jangan khuatir tentang apa yang sepatutnya anda buat.
10# Bersihkan diri dan berdandan
Ya, anda tiada masa untuk berdandan atau bercukur. Tapi ini bukan alasan untuk membiarkan bulu memenuhi badan anda!
Anda tak perlu sentiasa bercukur, tapi cukuplah dengan hanya merapikan bulu-bulu di bahagian V atau kaki, agar ia sentiasa kemas dan bersih.
Kalau nak senang, lakukan wax sahaja! Boleh tahan lebih lama.
11# Tak mahu seks oral
Kebanyakan wanita menolak untuk bercakap tentang hal ini. Jika anda tidak mahu seks oral, jangan biarkan pasangan anda terpinga-pinga. Jelaskan padanya, beritahu isi hati anda. Dari berbincang kalian akan mencapai kompromi.
Sampai sini saja! Kami harap maklumat ini dapat membantu anda. Jika anda tahu sebarang kesalahan dalam seks yang dilakukan wanita sehingga menyebabkan gagal dalam cinta, sila komen di laman Facebook kami.
Kami tidak sabar untuk mendengarnya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Seks Oral Kepada Suami Atau Isteri, Boleh atau Tidak?