Kesan Beg Sekolah Yang Berat Terhadap Anak Anda

Seorang lelaki berkongsi cerita di FB tentang anak saudaranya yang berada di sekolah rendah yang berjalan dengan tulang belakang yang bengkok akibat membawa beg sekolah yang berat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang bakal dikongsikan, akan membuatkan anda berfikir lagi sekali sebelum membenarkan anak anda membawa bag sekolah yang berat dibelakangnya.

Perkongsian seorang pengguna Facebook, Zahir Ali menjadi tular baru-baru ini dan telah menimbulkan kebimbangan dikalangan ibu bapa terutamanya.

Di dalam perkongsian tersebut, Zahir Ali telah menunjukan gambar anak saudaranya yang terpaksa melalui satu pembedahan major akibat sakit belakang.

Beg sekolah berat

Puncanya, beg sekolah yang terlampau berat!

Anak saudaranya yang masih di sekolah rendah itu mula berjalan dengan tulang belakang yang bengkok sejak membawa beg sekolah yang berat.

Melalui gambar yang dikongsikan, dapat dilihat betapa teruknya tulang belakang anak saudara Zahir telah bengkok.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkongsian tersebut juga telah menerima banyak respon malah ada yang menyatakan anak mereka juga terpaksa melalui pembedahan atas sebab yang sama.

Ia adalah satu keadaan yang tiada ibu bapa sanggup lihat dilalui oleh anak-anak mereka bukan?

Namun apa yang kita boleh lakukan untuk membantu mereka? Memandangkan jadual mereka yang memang padat dan merangkumi banyak subjek dalam sehari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara menangani masalah beg sekolah berat

Mungkin cadangan berikut boleh membantu mereka:

  1. Menggunakan beg beroda supaya mereka tidak meletakkan beban di bahu mereka.
  2. Memastikan buku yang dibawa ialah mengikut jadual harian dan bukan membawa kesemua buku.
  3. Membantu anak-anak membawa beg mereka ke kelas untuk mengurangkan tempoh mereka mengangkat beg yang berat.
  4. Menggunakan beg yang tidak berat (lightweight), mempunyai bahagian bahu dengan pad yang tebal serta keluasan antara penggalas yang lebar.
  5. Menggunakan beg yang mempunyai pad dibahagian belakang untuk menyokong tulang belakang.
  6. Menggunakan beg yang mempunyai strap pinggang sebagai tambahan sokongan.
  7. Semasa menggalas beg, pastikan kedua-dua strap dipakai.
  8. Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangan menggunakan sistem kabinet loker di sekolah supaya mereka tidak perlu berulang-alik membawa buku yang berat.
  9. Pihak berwajib juga boleh mempertimbangkan menukar buku kepada saiz kecil dan berat yang lebih ringan.

Cadangan berat satu beg sekolah seharusnya tidak melebihi 10-15% berat badan seseorang kanak-kanak itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto ehsan pinterest

Foto ehsan upmc

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: upmc

Penulis

Aqma