Detik Cemas Anak Hampir Diculik Di Sekolah, Parents STOP Kongsi Nama & Gambar Anak Di Facebook!

Seorang bapa memberi amaran dan nasihat kepada ibu bapa lain tentang bahaya penggunaan Facebook dan media sosial yang lain selepas anaknya hamir diculik baru-baru ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pergi sana sini kita akan dapat lihat ramai golongan ibu bapa, remaja mahupun kanak-kanak yang leka dengan telefon bimbit masing-masing hingga komunikasi seharian jadi terbatas. Ini antara salah satu kesan negatif media sosial pada masyarakat.

Apatah lagi, menjadi ibu bapa pada era digital ini berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama bila ramai pengguna Facebook suka berkongsi maklumat diri, privasi, lokasi mereka berada dan sebagainya.

Sebenarnya data yang anda kongsikan di media sosial ini sangat berbahaya dan boleh mendatangkan musibah kepada anda dan juga keluarga.

Kesan negatif media sosial lepas anak hampir diculik!

Seorang bapa memuat naik satu status di Facebook miliknya baru-baru ini dengan memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang risiko berkongsi maklumat terutamanya berkaitan anak-anak di media sosial.

Hal ini kerana, dia mendakwa anak perempuannya hampir diculik di sekolah!

Bapa tersebut bernama Ihsan menceritakan bahawa insiden itu berlaku pada hari Isnin 6 January yang lalu, di mana isterinya menyaksikan bagaimana ada orang yang tidak dikenali memimpin tangan kanak-kanak itu.

Lebih menakutkan, orang asing itu dikatakan memanggil nama anaknya dengan penuh!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut perkongsian penuh Ihsan dalam Facebooknya:

Inilah sebabnya mengapa aku jarang kongsi pasal anak-anak dalam wall Facebook aku. Sama ada ke sekolah atau ke mana sahaja.

Semalam terjadi satu peristiwa ketika isteri nak menjemput anak pulang dari sekolah. Tetiba entah datang dari mana ada seorang lelaki berpakaian smart turut nak menjemput pulang anak aku.

Kebetulan isteri ada di belakangnya turut terdengar lelaki itu menyebut nama anak aku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun nasib baik cikgunya mengenali isteri aku, yalah sekolah baru mana cikgu nak ingat semua muka mak ayah anak murid.

Tapi sebab abang dia pernah belajar situ jadi muka kami ini memang tak asing bagi mereka.

Lantas cikgunnya menahan dan berkata awak bukan ibu bapanya. Fuhh, di situ kita nampak tanggungjawab guru sangat berat bukan hanya semasa waktu kelas tetapi juga selepas kelas berakhir.

Orang itu siap cakap, oh tersalah sekolah dan berlalu pergi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi mana mungkin banyak-banyak sekolah engkau boleh tersalah dengan sebut nama murid yang boleh dikatakan 90% betul. Cuma terbalikkan sahaja namanya.

Guru dan isteri hetikan niat tak baik lelaki tak dikenali itu

Walaubagaimanapun, insiden buruk dapat diselamatkan selepas guru dan isteri Ihsan menghentikan usaha orang asing itu untuk menculik anak mereka.

Apatah lagi, lelaki tersebut memberi alasan yang tak masuk akal dengan mengatakan berada di sekolah yang salah. Apapun, guru besar telah dimaklumkan mengenai kejadian itu yang seharusnya dipandang serius oleh guru-guru dan ibu bapa.

Elakkan kongsi nama anak dan sekolah mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ihsan menambah, seeloknya ibu bapa mengelak dari berkongsi nama dan sekolah anak di media sosial supaya kejadian yang sama begini tidak berulang kepada kanak-kanak yang lain.

Bahkan, sekarang kes penculikan makin menjadi-jadi pula tidak kira di Malaysia atau di mana sahaja hingga membuatkan kita rasa tak selamat lagi.

Sebab itu, langkah awal yang boleh dibuat adalah dengan tidak berkongsi gambar anak-anak dalam internet yang boleh mendatangkan bahaya pada keselamatan mereka.

Justeru, tak salah untuk bermain Facebook, Twitter dan Instagram sekalipun tapi berpada-pada dan jangan sesekali berkongsi identiti diri serta maklumat penting berkaitan diri dan anak-anak dalam laman media sosial.

Ingatlah jenayah kini ada di mana-mana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara bahaya lain media sosial yang kita tak sedar

  • Masyarakat mudah mengecam di laman sosial Faceook.
  • Menggunakan kata-kata kesat untuk meluahkan sesuatu pandangan dan pendapat.
  • Bahaya bila berkongsi maklumat diri
  • Penggunaan bahasa rojak yang boleh merosakkan bahasa itu sendiri.
  • Gangguan tidur yang ketara kerana terlau leka dengan telefon bimbit
  • Kurangnya bonding antara ibu bapa dan anak-anak.
  • Pengeluaran berita palsu yang tiada kesahihan.
  • Tidak dapat memberi fokus dengan kerja

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Asia One 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comanak-hampir-diculik-di-ioi-mall