Perceraian Dalam Islam: Ini Kesan Kepada Anak-Anak, Ibu Ayah Patut Tahu!

Penceraian memberi impak terhadap kehidupan semua pihak dalam institusi rumahtangga. Samada di pihak pasangan suami isteri, anak mahupun keluarga di kedua-dua belah pihak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kekerapan kes penceraian melibatkan pasangan tua dan muda menjadi-jadi di kalangan rakyat Malaysia walaupun perceraian dalam Islam tidak digalakkan.

Dalam masa 5 tahun, kes penceraian di kalangan pasangan Muslim amat ketara iaitu 43,749 kes pada 2011 kepada 53,870 kes pada 2014, naik sebanyak 10,121 kes.

Penceraian memberi impak terhadap kehidupan semua pihak dalam institusi rumahtangga. Samada di pihak pasangan suami isteri, anak mahupun keluarga di kedua-dua belah pihak.

Namun begitu, apa yang terkesan sekali ialah anak yang sedang membesar. Bagaimana anak yang masih mentah hendak menghadapi situasi keluarga yang pincang di usianya masih belum mengenal erti kehidupan.

Pelbagai kesan negatif di hadapi oleh anak yang menghadapi masalah penceraian di dalam keluarganya. Kerana emosi anak kecil yang masih belum stabil. Jika penceraian dihadapi oleh anak yang sudah dewasa atau belia, ini cuma memberikan tempias kepadanya kerana mereka sudah cukup matang dengan erti kehidupan.

Kesan-kesan negatif yang dihadapi oleh anak dalam menghadapi isu penceraian ibu bapa mereka adalah:

Perceraian dalam Islam tidak digalakkan anak akan membesar dengan kurang keyakinan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: iStock

Anak membesar dengan perasaan murung dan rendah diri kerana mereka juga berfikiran bahawa mereka adalah punca yang menyebabkan penceraian kedua ibu bapanya.

Jika punca penceraian adalah masalah kewangan, sudah tentu mereka juga berfikir ini akan menyusahkan kedua ibu bapanya terutama ayahnya untuk memberikan nafkah kepadanya tiap-tiap bulan. Anak membesar dengan sikap kurang keyakinan diri, murung dan pemendam, kerana mereka tiada tempat mengadu.

Memupuk sikap pemarah dan pembuli

Anak yang bersikap pemendam tadi akan meluahkan perasaan marahnya terhadap orang lain tetapi dalam bentuk perbuatan. Sebagai contoh, mereka cenderung membuli rakan di sekolah yang lebih lemah dan mudah ditindas. Jika tidak mereka akan mengekspresikan perasaannya dalam perbuatan lain iaitu vandalisme.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hilang tumpuan dalam pelajaran

Kredit: iStock

Anak-anak yang membesar dalam situasi getir ini, mereka hilang tumpuan dalam pelajaran. Anak – anak yang selalu ditekan akibat ibu bapa yang beremosi menyebabkan mereka kehilangan motivasi dan semangat untuk belajar, walaupun mereka berpotensi untuk berjaya.

Suasana rumah yang tidak selesa dan tidak tenang menyebabkan anak tiada semangat untuk mengulangkaji pelajaran, lantas prestasi di sekolah merosot.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kurang pegangan agama

Ini antara sebab utama perceraian dalam Islam tidak digalakkan, anak yang terbiar tanpa perhatian akan menyebabkan pendidikan agamanya menjadi tidak sempurna. Sebagai ibu dan bapa, mereka menggalas tanggungjawab yang penuh dalam mendidik anak-anak dari segi kehidupan lahiriah dan rohani.

Apabila ibu bapa mengalami masalah penceraian, anak menjadi tidak terurus pendidikannya kerana ibu bapa fokus terhadap masalah rumahtangga yang dihadapi seperti dan kerapkali mereka harus turn dan naik ke mahkamah atas pelbagai tuntutan yang dibuat semasa penceraian.

Atas alasan ini, ibu bapa membiarkan pendidikan agama anak-anak terbiar.

Mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak bermanfaat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rentetan daripada pegangan agama yang kurang, anak-anak mudah terpengaruh dengan gejala tidak sihat seperti merokok, melepak dan ponteng sekolah.

Pergaulan bebas boleh terjadi jika anak-anak merasa sunyi tanpa kasih sayang dan belaian ibu bapanya. Apabila pergaulan bebas terjadi, ini akan meningkatkan masalah lain seperti seks bebas, rogol, anak luar nikah dan kes buang bayi.

Selain itu, ibu bapa tunggal juga sibuk mencari nafkah anak sehingga mereka terbiar dan juga kebajikan mereka kurang dijaga.

Anak – anak juga merasa bosan dan rimas untuk berada di rumha jika ibu atau ayahnya selalu menekan dan mencari kesalahan anak, akibat ketidak stabilan emosi yang melanda ibu bapanya.

Oleh itu, anak lebih suka mencari keseronokan dan di luar bersama kawan yang senasib dengannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, jika anak remaja ini kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan yang melanda, anak ini akan membesar menjadi orang yang lebih kuat dan tabah. Selain itu, anak remaja akan menjadi lebih berdikari dan tidak mengharap bantuan dari orang lain.

Ini juga bergantung terhadap penerimaan anak-anak terhadap masalah yang melanda,jika anak ersebut terus tabah dan positif, mereka akan membesar dengan suasana yang mencabar dan dia amat tabah.

Lantas ini boleh menguatkan jati diri anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Walaupun Sayang, Ini 6 Punca Mengapa Suami Tetap Melafazkan Cerai

Penulis

Michelle Goh