Salah satu tarikan di majlis harijadi atau majlis kanak-kanak biasanya ialah tatu sementara atau pelukis muka. Kanak-kanak seronok apabila melihat muka atau tangan mereka dilukis.
Tatu sementara memang membuatkan anak-anak lebih gembira, tapi sebagai ibu bapa, kita harus sedar tentang risiko alahan terhadap tatu sementara, atau kadang-kadang lukisan di muka.
Apa yang anda lakukan jika seseorang menawarkan diri untuk membuat tatu sebenar kepada anak anda? Anda mesti pelik, siapa yang sanggup mentatu bayi?
Tapi baru-baru ini, satu video menunjukkan seorang artis mentatu karakter kartun pada dada kanak-kanak.
Dada bayi ditatu!
Video bayi ditatu ini telah dimuatnaik di internet dengan kapsyen ‘Baby gets some ink.’ Lihat video ini.
Video ini telah mendapat kecaman hebat dari netizen terutamanya ibu bapa. Tapi, ada juga yang meragui ketulenan video tersebut. Bayi ini tidak menangis mahupun menjerit, oleh itu ramai yang menganggap video ini palsu.
Salah satu komen dalam video mengatakan: ‘Orang dewasa menangis bila mereka mentatu dada dan budak ni tak bagi reaksi apa apa. Palsu!’
Manakala komen lain pula berkata: ‘Ada kemungkinan video ini palsu melainkan mereka bagi kanak-kanak ini dadah. Jika ia betul-betul terjadi, bayi itu akan menangis.’
Video ini jelas menunjukkan bayi itu bergerak semasa ‘ditatu’. Juga terdapat orang dewasa yang memegang bayi tersebut dan tidak membenarkan bayi itu bergerak.
Kami harap video ini palsu dan bayi tersebut selamat dan tidak bertatu. Walaubagaimanapun, ia mengingatkan kita tentang risikonya anak ditatu walaupun dari tatu sementara.
Reaksi alahan kanak-kanak terhadap tatu sementara
Ini antara reaksi alahan kepada tatu sementara pada kulit:
- Kemerah-merahan
- Lepuh
- Kehilangan pigmentasi kulit
- Meningkatkan sensitiviti kulit
- parut kekal
Bagaimana kepelbagaian tatu ini boleh membahayakan kulit bayi anda?
#1. Mesin Tatu
Kadangkala, mesin suntikan mikro digunakan untuk tatu sementara. Mesin ini menggunakan jarum yang kecil unyik menyuntik dakwat inai ke dalam lapisan kulit.
Dakwat ini akan pudar dalam masa beberapa minggu dan proses ini tidak sakit. Bagaimanapun, suntikan ini ditusuk ke dalam kulit anak anda. Oleh itu, Eksekutif kesihatan dan keselamatan UK telah mengeluarkan amaran yang alahan boleh terjadi oleh kerana mesin tidak dibersihkan dengan betul.
Jangkitan seperti HIV dan hepatitis boleh berlaku.
#2. Pelekat
Tatu sementara mengandungi warna yang telah diluluskan oleh Jabatan Makanan dan Dadah USA. Ia menunjukkan yang warna ini adalah selamat untuk kulit.
Tetapi ada beberapa kes spesifik menyebabkan iritasi kulit seperti kemerahan dan bengkak akibat pelekat. Jadi, ibu bapa perlu memeriksa kualiti bahan sebelum membeli pelekat tatu untuk anak anda.
#3. Inai pokok
Selalunya inai pokok adalah pilihan yang selamat, namun ia juga bergantung kepada sensitiviti kulit anak anda. Anda juga perlu periksa warnanya sebelum memakaikannya kepada anak anda.
Pokok inai selalunya berwarna coklat atau coklat kemerahan. Jika anda perasan yang warna tersebut biru atau hitam, ada kemungkinan ada bahan lain yang dicampur. Hanya benarkan anak menggunakannya selepas anda yakin dengan kualiti inai pokok ini.
#4. Inai hitam
Baru-baru ini, Madison Gulliver, 7 tahun, menderita alahan teruk akibat tatu sementara menggunakan inai hitam.
Ada ketikanya, inai hitam mempunyai kimia racun tahap tinggi yang bernama paraphenylenediamine (PPD). Produk kosmetik mengandungi PPD, tapi selalunya dalam jumlah yang sedikit.
Manakala inai hitam mempunyai racun ini dalam kuantiti yang tidak tetap. Ia boleh menyebabkan reaksi hipersensitiviti kepada kanak-kanak.
Harapnya ibu bapa semua periksa dulu sebelum membenarkan anak dilukis atau ditatu di majlis-majlis ya?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: TheAsianparent Singapore
Baca juga: Jangan Cium Mulut Anak Jika Anda Tak Mahu Bayi Ada Masalah Gigi