Kesan tengok blue – 6 pelajar rogol kanak-kanak 8 tahun!
Tahukan ibu bapa sekalian, kesan tengok blue atau video lucah pada kanak-kanak lebih teruk daripada ketagih dadah? Ha… inilah antara kesannya jika anak sering menonton video lucah.
Kesan tengok blue atau video lucah sungguh buruk. Baru-baru ini, 6 pelajar sekolah rendah didapati merogol pelajar perempuan berumur 8 tahun akibat ketagihan video lucah! Kes rogol ini terjadi di wilayah Bogor, Indonesia.
Kesan tengok blue atau video lucah mengundang ke arah kes rogol
Kejadian rogol ini terjadi apabila 6 orang pelajar yang dikatakan ketagihan video lucah dan terkena kesan tengok blue selepas diajak oleh seorang lelaki dewasa.
Salah seorang polis Bogor melaporkan kejadian serangan seksual ke atas pelajar 8 tahun itu berlaku hasil daripada tonton video lucah yang selalu ditunjuk oleh seorang duda bernama M, 24 tahun.
Setelah disoal siasat, lelaki terbabit mengakui kesalahannya yang selalu menyiarkan filem-filem lucah dan video blue kepada pelajar-pelajar tersebut di rumahnya.
Seorang saksi yang tidak disebutkan namanya mengatakan ada mendengar beberapa kali sedutan bunyi “video blue” terbabit malah mengakui kesan tengok blue itu mampu mempengaruhi perbuatan mereka menyerang dan merogol anak perempuan yang masih kecil terbabit.
6 pesalah itu telah direman oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Barang bukti berupa sebuah televisyen, 6 keeping DVD filem pornografi dan pemain DVD juga turut dirampas.
Kesalahan mempertontonkan video dan filem lucah kepada anak bawah umur boleh disabit kesalahan di bawah Undang-Undang Pornografi dan dikenakan penjara 5 tahun.
Apa yang perlu dibuat jika anak anda “kantoi” ketagih tonton video lucah?
1. Tenangkan diri anda terlebih dahulu
Marah, risau dan tidak tahu tindakan selanjutnya mungkin apa yang anda rasakan sebagai ibu bapa apabila mendapat tahu anak anda terlibat dalam ketagihan tonton video lucah. Lebih-lebih lagi selepas anda tahu apa kesan tengok blue dan video lucah ini.
Tapi tindakan memukul atau memarahi anak tidak akan memberi kesan yang baik malah mungkin merumitkan lagi keadaan. Tenangkan emosi anda sebelum bersua muka dan menyoal siasat anak berkenaan hal tersebut.
2. Jangan memarahi anak terus
Percayalah, marah dan tengking kepada anak mungkin akan menyulitkan lagi keadaaan kerana mungkin anak anda akan mula protes.
Komunikasi 2 hala yang baik antara anak dan anda perlu dilakukan dan emosi marah dan geram perlu diketepikan seketika.
Penerangan tentang risiko dan kesan tengok blue atau menonton video lucah seperti itu perlu diperincikan kepada anak anda supaya mereka jelas tentang akibat buruk yang mereka akan hadapi sekarang dan pada masa akan datang.
3. Pengawasan rapi
Salah satu langkah yang perlu anda lakukan apabila mengetahui hal ini adalah memberi sepenuh perhatian dan pengawasan rapi untuk mengurangkan ketagihan tersebut.
Ini termasuk pengawasan di rumah dan di sekolah. Akses internet atau pemain DVD di rumah perlu diberi pemantauan rapi dan pergaulan bersama rakan-rakan di sekolah juga perlu diambil kira untuk membendung dan seterusnya mencegah daripada ketagihan berterusan.
Ibu bapa, ketahuilah kesan tonton video lucah amat teruk dan akan memberi kesan pada kesihatan mental anak anda juga.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Indonesia
Kredit gambar: NY Daily News
Baca juga:
Remaja Kini Makin Berani & Terbuka Bercakap Mengenai Seks Di Online, Ibu Ayah Sila Alert!