7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

undefined

Keselamatan anak ketika banjir adalah buat persediaan awal, elakkan main air banjir, matikan punca elektrik, keselematan makanan dan minuman

Banjir bukan sahaja merosakkan kediaman dan harta benda, tetapi juga menimbulkan risiko kepada nyawa, kesihatan, dan kebersihan, terutamanya anak yang masih kecil. Justeru adalah penting untuk menjaga keselamatan anak ketika banjir bagi mengelakkan mereka jatuh sakit atau menjadi ‘korban’ banjir.

Keselamatan Anak Ketika Banjir

Berikut beberapa langkah keselamatan anak ketika banjir: 

1. Buat Persediaan 

Banjir boleh datang tanpa kita jangka, jadi penting untuk kita ada perancangan keluarga yang siap sedia. Bayangkan kalau air tiba-tiba naik dan kita tak tahu nak buat apa! Pastikan semua ahli keluarga tahu tempat yang selamat untuk berlindung.

Kalau rumah kita dekat kawasan rendah, ada baiknya cari lokasi lebih tinggi atau tempat pemindahan banjir yang berdekatan. Jangan lupa, siapkan juga beg kecemasan yang mengandungi barang-barang penting seperti pakaian, makanan, air minuman, dan ubat-ubatan. Semua ni akan memudahkan anda jika situasi kecemasan berlaku!

2. Elakkan Anak Bermain Air Banjir

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak tidak bermain di dalam atau berhampiran air banjir kerana ia boleh mendatangkan risiko yang serius.

Air banjir mengandungi kotoran, bakteria, dan sisa toksik yang berbahaya kepada kesihatan. Selain itu, arus air yang deras boleh membahayakan nyawa mereka dan meningkatkan risiko lemas.

Oleh itu, pantau aktiviti anak-anak dengan teliti dan pastikan mereka berada di kawasan yang selamat untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

3. Matikan Punca Elektrik Untuk Elakkan Risiko Renjatan Elektrik

Renjatan elektrik adalah risiko yang serius ketika air banjir masih melanda kawasan rumah. Oleh itu, langkah-langkah berikut perlu dilakukan:

Matikan punca utama elektrik dengan segera jika anda mendapati kawasan rumah dipenuhi air banjir. Jangan biarkan anak-anak berada di kawasan yang berisiko sentuh arus elektrik walaupun dalam situasi cemas.

4. Hati-Hati Dengan Lantai Licin 

Lantai yang basah akibat air banjir, terutamanya lantai jubin atau tile, boleh menjadi sangat licin dan membahayakan. Tambahan pula, jika lantai tersebut ditumbuhi kulat, ia boleh meningkatkan risiko kemalangan dan penyakit.

Berhati-hati setiap kali bergerak di kawasan yang basah. Gunakan alas kaki yang sesuai untuk mengelakkan tergelincir dan cedera.

5. Keselamatan Air Minum dan Makanan Anak Ketika Banjir

Semasa musim banjir, kebersihan air minum dan makanan adalah aspek penting untuk memastikan keselamatan anak-anak. Air minum yang melalui sistem paip yang terendam air banjir berisiko mengandungi bakteria.

Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan semua air minum dimasak terlebih dahulu sebelum diminum dan memeriksa sistem paip yang mungkin telah tercemar.

Selain itu, buang semua makanan yang terendam air banjir kerana ia berisiko mengandungi kuman. Elakkan juga makanan mentah seperti ulam dan sayuran yang tidak dicuci dengan sempurna.

Sentiasa pastikan anak-anak mencuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas bagi mengelakkan penyebaran jangkitan.

6. Jaga Kebersihan Anak Ketika Banjir

Kebersihan anak perlu diberi perhatian serius semasa musim banjir untuk mencegah jangkitan penyakit. Pastikan anak sentiasa mandi dengan air bersih dan menggunakan sabun untuk menghilangkan kotoran serta bakteria yang mungkin terbawa oleh air banjir.

Cuci tangan mereka dengan betul selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.

Kebersihan yang terjaga akan melindungi anak daripada risiko kesihatan semasa menghadapi cabaran banjir.

7. Pantau Emosi 

Banjir bukan hanya memberi kesan fizikal, tetapi juga emosi kepada anak-anak. Mereka mungkin rasa takut, kurang rehat atau tertekan ketika berada di pusat pemindahan banjir.

Suasana yang ramai orang dan agak bising boleh membuatkan anak rasa terganggu, malah waktu malam sukar untuk tidur dengan lena.

Sebagai ibu bapa, anda perlu memberi sokongan emosi yang kuat untuk mereka.

Luangkan masa untuk berbual dengan anak-anak, beri mereka penjelasan yang menenangkan, dan pastikan mereka rasa selamat dan dilindungi. Jika anak-anak lebih besar, beri mereka ruang untuk bercakap dan luahkan perasaan mereka.

Ingat, keselamatan anak ketika banjir adalah perkara yang paling penting, dan persiapan awal dapat memastikan kita semua boleh menghadapi cabaran banjir dengan lebih tenang dan selamat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Tips Penting Untuk Ibu Hamil & Ibu Ayah Baharu Hadapi Banjir, Elak Persiapan Last Minute!

Baca juga: Ucapan Untuk Mangsa Banjir Dan Doa Yang Penuh Hikmah Untuk Kembalikan Semangat Mereka

Baca juga:  Badan Anak Sudah Kaku Dalam Kolam, Mujurlah Isteri Cepat Bertindak & Tahu Buat CPR

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!