TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ibu Yang Menyusukan Bayi, Berhati-Hati Dengan Sebarang Pengambilan Ubat-Ubatan Ini

4 min bacaan
Ibu Yang Menyusukan Bayi, Berhati-Hati Dengan Sebarang Pengambilan Ubat-Ubatan Ini

Makan ubat ketika menyusu memerlukan perhatian khusus kerana setiap pengambilan makanan ibu akan diterima oleh bayi melalui susu badan

Bagi setiap wanita yang bergelar Ibu, proses penyusuan adalah satu yang indah tetapi dalam masa yang sama ianya adalah tempoh yang mencabar. Setiap pengambilan makanan Ibu secara tidak langsung akan diambil oleh bayi melalui susu ibu. Oleh itu, ibu haruslah berhati-hati dalam setiap pengambilan makanan terutamanya ubat-ubatan.

Ubat-ubatan adalah penting untuk menyembuhkan, menghentikan, atau mencegah penyakit, meredakan gejala, atau membantu dalam diagnosis penyakit. Namun begitu, bagi ibu menyusu , ada beberapa ubat yang biasa kita makan adalah tidak sesuai bag mereka. Bagi memastikan keselamatan bayi, berikut adalah beberapa jenis ubat yang wajib ibu menyusu tahu. 

Isi Kandungan

  • Ubat Tahan Sakit
  • Ubat Tahan Muntah Dan Pening Kepala
  • Ubat Susut Bengkak
  • Ubat Batuk Dan Kahak
  • Ubat Selsema Dan Hidung Tersumbat

Ubat Tahan Sakit

Ibu Yang Menyusukan Bayi, Berhati-Hati Dengan Sebarang Pengambilan Ubat-Ubatan Ini

Ianya adalah diantara ubat yang biasa diperlukan untuk tahan sakit seperti sakit badan dan demam .Tetapi bukan semua ubat tahan sakit adalah selamat untuk diambil oleh ibu menyusu. Contohnya Arcoxia (etoricoxib) , Indocin (indomethacin) dan Mobic (meloxicam ) yang dalam kategori jenis NSAIDs.

Ubat ini lebih mengundang bahaya dari memberi kebaikan kepada ibu menyusu. Ianya didapati ubat-ubat ini boleh dikesan dalam susu ibu, secara tidak lansung bayi juga menerimanya dari susu dan ianya adalah bahaya kepada bayi.Ada banyak lagi ubat yang boleh bantu ibu merasa selesa dan kurang sakit tetapi elakkan ambil ubat jenis diatas .

Ubat Tahan Muntah Dan Pening Kepala

Ibu Yang Menyusukan Bayi, Berhati-Hati Dengan Sebarang Pengambilan Ubat-Ubatan Ini

Promethazine adalah ubat yang sering digunakan sebagai tahan muntah dan pening kepala. Selain itu, ianya juga kadang-kala digunakan untuk rawatan anti-alergik terutamanya ketika terkena kondisi Utikaria selepas terkena habuk, debunga mahupun tersalah makan.

Kesan mengantuk daripada pengambilan ubat ini boleh diterima oleh bayi melalui menyusu dan dikhuatiri membuatkan bayi kurang aktif. Keadaan ini mungkin boleh menyebabkan bayi yang mengantuk kurang untuk bangun menyusu dan memberi kesan kepada pertumbesaran mereka.

Selain itu promethazine juga boleh mengurangkan penghasilan hormon prolaktin yang sangat penting untuk proses pembuatan susu ibu. Oleh itu ubat ini juga memberi kesan kurang penghasilan susu ibu.

Ubat Susut Bengkak

Ibu Yang Menyusukan Bayi, Berhati-Hati Dengan Sebarang Pengambilan Ubat-Ubatan Ini

Kegunaan ubat ini banyak diperlukan ketika ada radang atau seperti bengkak gusi dan radang di bahagian tekak yang menyebabkan sakit tekak dan lain-lain.

Namun begitu bukan semua jenis susut bengkak adalah berbahaya. Anda perlu berhati-hati dengan ubat surut bengkak yang mempunyai bahan aktif seperti lysozyme dan serratiopeptidase kerana tiada maklumat yang mencukupi untuk kegunaan ubat ini ketika hamil dan menyusu kan bayi.

Oleh itu adalah lebih selamat untuk dielakkan pengambilannya 

Ubat Batuk Dan Kahak

Ibu Yang Menyusukan Bayi, Berhati-Hati Dengan Sebarang Pengambilan Ubat-Ubatan Ini

Batuk adalah simptom sebagai tindak balas semula jadi badan untuk menyingkirkan kuman dan bendasing. Ia dapat mengelakkan jangkitan dari saluran pernafasan daripada masuk ke paru-paru. Namun, tindakbalas ini kadang-kadang menghasilkan lendir dan kahak yang menyebabkan ibu menyusu tidak selesa.

Tetapi, ibu menyusu perlulah mengelakkan sesetengan ubat seperti cloperastine yang mengurangkan batuk, dan ubat cair kahak seperti carbocisteine dan ambroxol kerana tidak ada maklumat mencukupi untuk digunakan pada ibu hamil dan menyusukan bayi.

Ubat Selsema Dan Hidung Tersumbat

Ibu Yang Menyusukan Bayi, Berhati-Hati Dengan Sebarang Pengambilan Ubat-Ubatan Ini

Seterusnya ubat yang kebiasaannya boleh anda perolehi dari farmasi tetapi perlu elakkan adalah diphenhydramine iaitu salah sejenis antihistamin yang generasi lama, selalunya digunakan untuk batuk berkahak dan selesema.

Ubat selsema untuk menangani hidung tersumbat yang mengandungi pseudoephedrine juga perlu dielakkan.Pastikan anda periksa dahulu kandungan ubat selsema atau campuran ubat batuk dirumah anda kerana ianya biasa digunakan dalam ubat-ubat ini.

Benarkah mitos yang kerap kali kita dengar tentang ibu menyusu tidak boleh ambil semua jenis ubat? Jawabannya adalah TIDAK, banyak lagi ubat yang selamat dan boleh digunakan sebagai ganti untuk ibu menyusu.

Bagi mengetahui kategori keselamatan ubat bagi ibu menyusu , anda boleh mendapatkan nasihat dan saranan oleh doktor dan ahli farmasi anda. Mereka lebih arif dalam menentukan ubat mana yang lebih sesuai untuk diambil.

Dalam masa yang sama , mereka boleh juga berikan pandangan profesional untuk membantu penyembuhan anda. 

Ibu Yang Menyusukan Bayi, Berhati-Hati Dengan Sebarang Pengambilan Ubat-Ubatan Ini

Ditulis oleh Jah Hanini Bt Johari. Artikel asal diambil dari laman Alpro Pharmacy dan telah mendapat keizinan untuk diterbitkan.

Stories Rakan Kongsi
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Ibu Yang Menyusukan Bayi, Berhati-Hati Dengan Sebarang Pengambilan Ubat-Ubatan Ini
Kongsikan:
  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Stories Rakan Kongsi

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham