Ditendang & Mata Dikorek Peragut Kurang Siuman, Wanita Ini Trauma Keluar Bersendirian

Keselamatan diri seorang wanita sangat terancam apabila berjalan seorang diri. Terbaharu, di Klang wanita ini ditendang dan dikorek matanya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Keselamatan diri seorang wanita diancam apabila dirinya bukan hanya diragut malah mata kanannya turut dikorek oleh peragut ketika sedang berjalan seorang diri menuju ke sebuah pusat beli belah di Klang, Selangor.
 
Menerusi perkongsian Helmi Mohd di laman Facebook, isterinya, Fuza Nordin telah diserang di kaki lima selepas memakirkan keretanya untuk menuju ke pusat beli belah berkenaan.
 
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini:
  • Keselamatan diri terancam, wanita bukan saja diragut, malah mata kanannya dikorek!
  • Terpaksa berjalan berlumuran darah masuk ke pusat beli-belah

Keselamatan diri terancam, wanita bukan saja diragut, malah mata kanannya dikorek!

Lebih mengerikan, bukan saja mata kananya dikorek, peragut yang dipercayai seorang lelaki kurang siuman itu bertindak memukul wanita berkenaan dengan menggunakan telefon bimbit kepunyaan mangsa sebanyak lebih 20 kali.

Lebih teruk, dia turut menendang wanita itu tanpa belas kasihan sehingga berlumuran darah.  Menurut Helmi, kejadian serangan berkenaan berlaku kira-kira 15 minit. 

Ikuti kisah tragis wanita itu yang diceritakan suaminya.

“Astagfirullahalazim. Mohon doakan keselamatan isteri saya. Ya Allah. Allah Maha Besar.

“Isteri saya Fuza Nordin diserang , diragut dan dipukul di kaki lima jalan menuju masuk ke Centre Point Mall Klang setelah park keretanya di hadapan Pizza Hut, Jalan Taiping Klang pada jam lebih kurang 10.30am tadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Diserang oleh satu lelaki yang tidak dikenali (orang gila) ,diketuk lebih 20 kali menggunakan handphone isteri saya sendiri, ditendang dan dipukul serta dikorek mata kanannya. Kejadian serangan berlaku dalam lingkungan 15 minit,” katanya. 

Terpaksa berjalan berlumuran darah masuk ke pusat beli-belah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam hantaran itu, lelaki itu turut memberitahu, isterinya terpaksa berjalan bersendirian ke pusat beli-belah itu dalam keadaan berlumuran darah.

Mujur ada yang prihatin memimpin wanita itu dan membawanya berehat dalam sebuah kedai di pusat beli-belah berkenaan sementara menunggu lelaki berkenaan dan keluarganya.

Wanita berkenaan dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan laporan polis berkaitan perkara itu dibuat di Balai Polis Klang Selatan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tinjauan di laman Facebook mendapati rata-rata pengguna berkongsi pengalaman masing-masing, malah ada yang mengatakan kawasan berkenaan memang ‘kawasan panas’ dan perlu berhati-hati.

Mungkin ada baiknya elakkan berjalan seorang diri jika di kawasan berkenaan bimbang keselamatan diri terancam.

Facebook Helmi Mohd
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Kematian Paling Syahdu, Guru Meninggal Sendirian Di Rumah, Terlalu Penat Pantang Caesar

Baca juga: Tak Sempat Ke Hospital, Wanita Bersalin Sendiri Di Hotel Ketika Ikut Suami Pergi Kursus

Baca juga: Lagi Kes Budak Maut Terjatuh Dari Bangunan, Ibu STOP Tinggalkan Anak Sendirian Di Rumah!

Penulis

Lala Annuar