Isu keselamatan makanan berkaitan syarikat IRVINS bukanlah yang pertama kali berlaku. Namun baru-baru ini, satu lagi kejadian melibatkan syarikat IRVINS kembali menjadi viral di sosial media.
Apa yang terjadi?
Posting Viral Berkenaan Produk Kerepek IRVINS
Pada Disember 2018 lalu, snek telur masin keluaran Singapura, IRVINS Salted Egg telah menjadi tumpuan selepas salah seorang pelanggannya menjumpai cicak goreng dalam bungkusan snek kulit salmonnya.
Posting di sosial media pelanggan tersebut menjadi viral, menyebabkan penyiasatan dilakukan oleh Food and Veterinary Authority (AVA) dan CEO IRVINS, Irvin Gunawan turut memohon maaf akibat kecuaian tersebut.
Namun 1 bulan kemudian, seorang lagi pelanggan membawa ke media sosial dengan satu lagi kes baru: Dia menjumpai lalat goreng pula dalam bungkusan kerepek telur masin IRVINS!
Isu Keselamatan Makanan: Dulu Jumpa Cicak, Sekarang Lalat Pula Dijumpai Dalam Bungkusan Kerepek!
Dalam satu posting di Facebook yang bertarikh 24 Januari, seorang pelanggan dari Malaysia berkata, “Orang lain ada cicak goreng dalam kerepek mereka, saya dapat lalat goreng pula? Terima kasih Irvins.” berserta dengan video, gambar paket kerepek dan lalat tersebut.
Ms Li turut memberi respon pada pertanyaan di postingnya, dengan mangatakan tarikh luput makanan tersebut adalah pada 17 Oktober 2019.
Dalam sebuah kenyataan dari CEO Irvins yang bertarikh 2 Januari 2019 mengenai insiden sebelum ini, pemulangan wang akan dibuat untuk snek yang bertarikh luput pada 16 Oktober 2019.
Namun ia masih tidak jelas sama ada kedua-dua bungkusan adalah pada keluaran yang sama.
Bagaimana Anda Boleh Melaporkan Sebarang Isu Berkaitan Keselamatan Makanan?
Sekiranya anda berhadapan dengan situasi yang melibatkan keselamatan makanan seperti kes di atas, ada cara yang lebih baik selain membuat posting di media sosial.
Anda boleh membuat laporan secara terus di badan yang bertanggungjawab, dan badan berkenaan akan bertindak melalui undang-undang yang sah.
Anda boleh laporkan aduan melalui saluran-saluran seperti berikut :
Cara Buat Aduan KPDNKK Secara Online Dan SMS
- Laman web: eaduan.kpdnkk.gov.my
- Talian hotline : 1 800 886 800 / 03-8882 6088 / 6245
- Menerusi aplikasi Ez ADU KPDNKK di Playstore.
- Sms aduan ke 15888
- Kaunter aduan / pejabat PPDNKK seluruh malaysia
Panduan penggunaan Sistem eAduan melalui laman web E-Aduan
Cara Membuat Aduan
- Klik Pautan Aduan Baru
- Isi Borang Aduan mengikut panduan
- Tekan butang <Semak> untuk paparan skrin seterusnya
- Tekan butang <Hantar>untuk terus menghantar aduan. Nombor Aduan akan dipaparkan
- Tekan butang <Tambah Bahan Bukti> untuk memuatnaik fail, Klik butang <Browse> untuk memilih fail bukti.
- Klik butang <Hantar Bukti Aduan>
- Tekan butang <Kemaskini> untuk mengemaskini aduan atau butang <Batal> membatalkan aduan
- Klik butang <Cetak> untuk mencetak aduan yang telah dilaporkan.
Cara Menyemak Status Aduan
- Klik Pautan Semakan Aduan
- Masukkan No Aduan bersama email atau nombor telefon bimbit atau nombor telefon
- Tekan Butang Semak
- Paparan Status Aduan akan dipaparkan
Membuat aduan melalui saluran yang betul akan menggalakkan pengusaha supaya lebih berhati-hati dalam penyediaan khidmat kepada orang ramai.
Kami berharap perkara sebegini tidak akan terjadi lagi supaya bukan sahaja pelanggan berpuas hati, malah nama baik pengeluar juga akan terjaga.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Nonilo
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsusu-formula-dumex/