Tinjauan Global Tunjukkan Kurang Daripada Separuh Ibu Bapa Hadkan Pengambilan Makanan dan Minuman Manis Anak-anak Mereka untuk Pastikan Kesihatan Oral yang Baik

Daripada 10 negara yang disoal selidik, Amerika Syarikat menduduki tempat kedua terakhir dengan kurang daripada sepertiga ibu bapa mengehadkan paras gula dalam diet anak-anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daripada 10 negara yang disoal selidik, Amerika Syarikat menduduki tempat kedua terakhir dengan kurang daripada sepertiga ibu bapa mengehadkan paras gula dalam diet anak-anak mereka.

UK menduduki tempat teratas dengan hanya separuh daripada ibu bapa menyatakan mereka mengehadkan paras gula.

Kurang daripada separuh ibu bapa membawa anak-anak mereka sekurang-kurangnya sekali setahun untuk pemeriksaan kesihatan gigi. 

 Kurang daripada separuh ibu bapa pengambilan makanan dan minuman manis seperti gula-gula, minuman soda dan jus kepada anak-anak mereka mengehadkan secara proaktif sebagai cara untuk melindungi gigi mereka, menurut tinjauan YouGov terhadap 10 buah negara maju dan sedang membangun yang ditugaskan oleh FDI Persekutuan Pergigian Dunia (FDI).

Dikeluarkan menjelang Hari Kesihatan Oral Sedunia (WOHD) pada 20 Mac, tinjauan ini menyoal selidik ibu bapa yang mempunyai anak-anak di bawah umur 18 tahun “yang mana, jika ada, daripada yang berikut, yang PERNAH anda lakukan bagi memastikan anak-anak anda mempunyai kesihatan oral yang baik?“. Keputusan menunjukkan bahawa kurang daripada sepertiga ibu bapa di Amerika Syarikat (AS) mengehadkan pengambilan gula anak mereka manakala ibu bapa di United Kingdom (UK) merupakan yang paling proaktif dengan lebih separuh daripada ibu bapa menyatakan mereka mengehadkan paras gula. Ibu bapa di UK juga menduduki tempat teratas dari segi membawa anak-anak mereka sekurang-kurangnya sekali setahun untuk melakukan pemeriksaan kesihatan gigi manakala kurang daripada separuh ibu bapa di sembilan buah negara yang lain berbuat demikian.

“Penyakit oral merupakan bahagian yang besar daripada kebanyakan beban penyakit yang boleh dicegah dan keputusan tinjauan ini mendemonstrasikan bahawa kita melakukan secukupnya untuk mencegah masalah kesihatan oral pada usia yang awal,” kata Dr Gerhard K. Seeberger, presiden FDI.

Penyakit Oral

Penyakit oral mempunyai faktor-faktor risiko yang sama dengan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang lain termasuk penggunaan tembakau, pengambilan alkohol yang memudaratkan dan diet yang tidak sihat, khususnya diet tinggi gula. Ia juga menggambarkan jenis ketidaksamaan kesihatan yang amat berkait rapat dengan beban NCD.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Profesion kesihatan oral sebahagian besarnya wujud sebagai bidang berasingan yang terpisah daripada perubatan dan sistem pendidikan perubatan, namun perdebatan yang sengit berkisarkan gula sejak beberapa tahun yang lalu hanya menggambarkan kegagalan apabila berfungsi secara berasingan. Sememangnya tidak produktif untuk membincangkan tentang minuman manis dan perkaitannya dengan epidemik obesiti tanpa mengambil kira kesan jelas yang diberikan olehnya terhadap kesihatan oral kanak-kanak,” kata Seeberger.

Kesihatan oral terus menjadi salah satu aspek yang paling diabaikan dalam kesihatan global. Tragedi yang berlaku adalah penyakit oral merupakan wabak senyap yang melanda kira-kira 3.58 bilion orang—lebih separuh daripada penduduk dunia—namun sebahagian besarnya boleh dicegah. Penyakit oral, seperti karies gigi (kerosakan gigi), penyakit gusi dan kanser oral, merupakan bentuk NCD boleh dicegah yang paling biasa dan memberi kesan kepada orang ramai sepanjang hayat mereka, menyebabkan kesakitan, ketidakselesaan, kecacatan malah kematian. Kegagalan kolektif untuk mencegah penyakit oral memberi kesan ke atas ekonomi dunia kira-kira sebanyak US$442 bilion.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan daripada pengabaian yang berlaku disebabkan oleh satu halangan utama: kos rawatan yang tinggi. Penyakit oral merupakan penyakit dengan perbelanjaan keempat paling mahal untuk dirawat. Selain itu, dorongan politik untuk mengubah senario ini sebahagian besarnya tidak diberi perhatian kerana pada hakikatnya, bahawa dari segi sejarah, “mulut” telah diperlakukan secara berasingan daripada “tubuh” dalam penggubalan dasar penjagaan kesihatan.

Tinjauan berkenaan melaporkan bahawa ibu bapa dari AS menduduki tempat kedua terakhir apabila ditanyakan sekiranya mereka mengehadkan makanan dan minuman manis dalam diet anak-anak mereka (cth. gula-gula, soda, jus), dengan 32 peratus daripada responden menyatakan bahawa hal ini benar. Keputusan daripada negara-negara selebihnya termasuk United Kingdom (52 peratus), Sweden (44 peratus), (Australia (41 peratus), China (41 peratus), Maghribi (40 peratus), Perancis (37 peratus), Filipina (36 peratus), Mesir (32 peratus) dan Argentina (30 peratus).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Empat puluh satu peratus ibu bapa di AS membawa anak mereka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun. Keputusan daripada negara-negara selebihnya termasuk United Kingdom (63 peratus), Argentina (47 peratus), Perancis (42 peratus), Sweden (41 peratus), Australia (37 peratus), Filipina (31 peratus), China (18 peratus), Maghribi (12 peratus) dan Mesir (11 peratus).

Hari Kesihatan Oral Sedunia tahun ini menampilkan janji untuk menginspirasikan khalayak umum, penggubal dasar, ahli profesional penjagaan kesihatan dan pemegang kepentingan utama yang lain untuk Bersatu demi Kesihatan Mulut (Unite for Mouth Health).

Latar Belakang Tinjauan 

Semua angka, melainkan dinyatakan sebaliknya, adalah daripada YouGov Plc. Jumlah saiz sampel ialah 11,552 orang dewasa, yang mana 4,056 orang ialah ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia 18 tahun dan ke bawah. Kerja lapangan dijalankan antara 30 Januari–8 Februari 2018. Tinjauan ini dijalankan secara dalam talian. Angka-angka ini telah berwajaran dan mewakili di seluruh negara kami bagi semua individu dewasa yang berusia 18 tahun ke atas. Pecahan bagi mereka yang merupakan ibu bapa dengan anak-anak berusia 18 tahun dan ke bawah adalah seperti berikut: UK (468), Australia (311), Mesir (463), Filipina (506), Perancis (357), AS (295), Maghribi (386), Sweden (272), China (529) dan Argentina (469).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Latar Belakang Hari Kesihatan Oral Sedunia

Disambut setiap tahun pada 20 Mac, Hari Kesihatan Oral Sedunia (WOHD) dilancarkan oleh FDI Persekutuan Pergigian Dunia bagi meningkatkan kesedaran global mengenai pencegahan dan kawalan penyakit oral. www.worldoralhealthday.org; #WOHD20 #UniteForMouthHealt

Artikel ini telah diterbitkan semula dengan izin dari PRNAsia

Penulis

PRNAsia