Ingin cepat mengandung
Sebenarnya, nak mengandung bukanlah semudah ABC atau 1,2,3. Malah, ada banyak pasangan suami isteri di luar sana yang masih cuba untuk menimang cahaya mata.
Lihat saja bagaimana Datuk Siti Nurhaliza terpaksa menanti selama 11 tahun sebelum disahkan hamil 4 bulan baru-baru ini!
Masalah tidak subur mungkin adalah salah satu punca utama mengapa pasangan sukar untuk hamil. Namun…
Menurut pakar, ramai pasangan suami isteri tidak berjaya hamil kerana beberapa kesilapan yang sering dibuat oleh mereka.
Nak tahu kesilapan apa? Jom kita semak ia seperti di bawah.
Lepas ini bolehlah anda elak semua kesilapan ini dan cuba untuk cepat hamil, ya!
1. Tak “bersama” dengan kerap
Berapa kerap anda perlu bersama pasangan untuk meningkatkan peluang kehamilan? Ha… jangan terkejut.
Menurut kajian, anda perlu melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 78 kali sebelum anda hamil! Ia bersamaan selama 6 bulan 3 hari.
Ramai yang menganggap suami harus “menyimpan” sperma dan hanya cuba bersama ketika isteri subur.
Tapi sebenarnya tanggapan itu salah! Semakin kerap anda bersama dengan suami, semakin tinggi peluang anda untuk mengandung.
Dan Dr Samuel Wood, pakar di Reproductive Sciences Center juga mengatakan wanita selalu “tersalah kira” waktu subur mereka hingga terlepas peluang sebenar untuk hamil.
2. Posisi sama setiap hari
Walaupun ramai yang ingat posisi missionary atau wanita di bawah adalah posisi yang paling bagus untuk cuba hamil, tapi tiada kajian yang cukup menyokong tanggapan ini.
Jadi, ramai doktor yang percaya posisi tertentu mungkin tak membantu seseorang wanita hamil pun.
Dr Serena Chen, pengarah reproduktif dan ketidaksuburan di Institute for Reproductive Medicine and Science mengatakan anda harus mencuba pelbagai posisi.
Jangan kekal dalam posisi yang sama saja setiap hari!
3. Menyalahkan wanita saja
Masyarakat ingat kalau pasangan tidak dikurniakan cahaya mata, ia kerana masalah isteri tersebut tidak subur atau mandul.
Sebenarnya, itu adalah tidak benar!
Profesor obstetrik dan gynekologi di University of Massachusetts Medical School – Dr Machelle Seibel berkata hanya kerana air mani dari lelaki telah keluar, ia tak bermaksud air mani itu ada sperma.
Memang hampir separuh daripada masalah tidak subur terjadi pada wanita, namun 40% masalah ketidaksuburan juga terjadi pada lelaki.
Jadi, berhenti menuding jari, ya…
4. Salah kira masa subur
Menurut Dr Siebel, wanita telah tersalah mengira masa subur mereka dan menganggap mereka subur 14 hari selepas hari pertama datang haid.
Kitaran haid sebenarnya berbeza-beza. Jadi, waktu subur mungkin tidak berlaku pada tarikh yang sama setiap bulan.
Jalan yang paling selamat, anda kena tahu berapa kitaran haid bulanan anda dan kira ia menggunakan aplikasi.
5. Berasmara hanya pada waktu subur
Pakar mengatakan sperma mampu aktif selama 3 hingga 5 hari. Jadi, anda tidak sepatutnya berasmara dengan pasangan hanya pada waktu subur saja.
Kalau anda berasmara beberapa hari sebelum waktu subur, ia boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil kerana sperma telah aktif.
6. Guna minyak pelincir atau lubricant
Minyak pelincir atau lubricant memang seronok digunakan jika anda mahu menyemarakkan lagi situasi di katil.
Tapi kalau anda dan pasangan cuba untuk hamil, jangan sesekali guna minyak pelincir ini! Ia boleh mengurangkan peluang sperma untuk “bersama” dengan telur.
Langkah terbaik kalau anda masih mahu menggunakan pelincir, cuba guna baby oil.
7. Lambat mendapatkan bantuan
Ya, mungkin anda tak patut overreact kalau masih tidak diberi rezeki sehingga kini. Namun, ia tak bermaksud anda tak boleh cuba mendapatkan bantuan.
Menurut Dr Chen –
“Pasangan yang berusia 35 tahun ke atas patut berjumpa dengan pakar kesuburan selepas 6 bulan gagal untuk hamil.
Malah, pasangan yang masih muda atau mempunyai masalah haid tidak tetap juga patut mendapatkan bantuan.
Anda terbuka untuk menghadapi masalah sukar hamil jika anda ada sejarah jangkitan seksual seperti STI, pernah mengalami kehamilan ektopik, masalah keradangan pelvik dan sebagainya.”
Langkah paling selamat adalah dengan berjumpa doktor pakar.
Selepas mengetahui 7 kesalahan yang sering dibuat dan harus dielak ini, kami di theAsianparent berharap anda mempraktikkannya dan mendoakan agar anda mudah dikurnia cahaya mata.
Jangan lupa menjaga kesihatan diri juga, ya!
Selamat mencuba.
Artikel ini ditulis berdasarkan artikel paparan Parents.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcara-cara-meningkatkan-peluang-kehamilan/