Setiap orang pastinya akan berhadapan situasi kesusahan hidup akibat kehilangan kedua-dua ibu bapa dan sanggup menahan lapar kerana tidak memiliki sedikit wang.
Kebanyakan individu memiliki pengalaman pahit ini dikatakan golongan lebih berjaya pada masa hadapan kerana mereka akan meletakkan usaha yang lebih keras untuk bangkit dari kepompong kemiskinan.
Kisah kesusahan hidup anak yatim piatu
Amat menyedihkan apabila mata memandang dua beradik yang ditemui dalam keadaan kurus kering, kelaparan dan tidak terurus dalam salah sebuah rumah di kampung Sumatera Selatan, Indonesia.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Detik News, mereka dipercayai sudah lama tidak menjamah makanan itu telah ditemui oleh pihak polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) ketika melakukan rondaan bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di kawasan berkenaan.
Lebih meruntun hati apabila salah seorang daripadanya terus bertanyakan soalan adakah pihak polis mempunyai sedikit makanan. Sementara seorang lagi iaitu adiknya cuma terbaring di atas katil dalam keadaan yang sungguh tidak bermaya.
Tanpa berlengah, pihak petugas telah menyerahkan beberapa bantuan. Tetapi malangnya ia adalah bahan mentah dan mereka tidak memiliki sebarang peralatan memasak langsung.
”Pak (polis) ada bawa nasi?” dia bertanyakan kepada anggota tersebut.
Kisah yang menjadi viral
Difahamkan, kisah dua beradik ini menjadi bualan hangat dalam laman media sosial yang ditemui kurus akibat kelaparan dan berdepan kesusahan hidup melampau.
Menurut Ketua Polis Muara Enim, AKBP Donni Eka mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata bahawa anggota polis dan TNI melakukan rondaan dari rumah ke rumah bagi meninjau keadaan setiap penduduk sepanjang tempoh mengatasi penularan Coronavirus ini.
”Tidak sangka akan bertemu dua beradik yang tinggal dalam rumah pusaka milik keluarganya. Melihat keadaan berikut, kami akan pergi ke sana untuk memberikan mereka bekalan makanan serta membawa pasukan perubatan bagi tujuan pemeriksaan,” jelasnya.
Sebenarnya mereka memiliki empat orang adik beradik yatim piatu. Namun keadaan dua beradik ini tidak normal dan mengalami masalah kurang upaya (mental).
Bukan itu sahaja, rumah yang didiami pada waktu ini adalah dari bantuan kerajaan. Dengan rekod masalah mental telah membuatkan mereka sukar untuk mengurus diri sendiri dan amat mengharapkan bantuan orang ramai.
Risiko Indonesia terhadap wabak Covid-19
Pakar-pakar kesihatan telah mengeluarkan amaran bahawa Indonesia berisiko tinggi mengalami lonjakan kes yang tinggi selepas negara ini disifatkan sedikit terlambat dalam mengawal skala jangkitan.
”Kami percaya kemuncak pandemik di Indonesia akan bermula pada awal Mei dan akan berlanjutan sehingga awal Jun,” kata pakar kesihatan awam, Wiku Adisasmito yang juga merupakan pasukan bertindak Covid-19 di Indonesia.
Berdasarkan model kajian oleh Fakulti Kesihatan Awam Universiti Indonesia menunjukkan kebimbangan apabila ia menjangkakan lebih 140 000 kematian dan 1.5 juta kes jangkitan boleh terjadi menjelang Mei, kecuali pihak pemerintah mengambil tindakan yang lebih tegas.
Di samping itu, Indonesia berdepan pelbagai kritikan kerana jumlah saringan yang rendah dan sedang berusaha mendapatkan kit pengujian lebih banyak dari Singapura.
Ketua pasukan bertindak Covid-19, Doni Monardo memaklumkan golongan penganggur dibenarkan melakukan perjalanan balik ke kampung pada akhir bulan puasa ini.
Walaupun menyedari ia mungkin berupaya meningkatkan penyebaran virus terutamanya di daerah terpencil yang tidak dilengkapi dengan kemudahan kesihatan, Presiden Joko Widodo masih tidak mewartakan sebarang larangan.
Tambah Monardo, mereka yang membuat keputusan pulang ke kampung perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan menegaskan bahawa tahap kesihatan golongan ini lebih terjamin sekiranya berada di kampung.
”Salah satu perkara yang digalakkan adalah sentiasa mengambil makanan yang sihat. Golongan penganggur mengatakan bahawa mereka akan mendapat lebih akses terhadap makanan sihat dengan lebih mudah jika berada di kampung halaman,” jelasnya.
Setakat ini negara Indonesia telah merekodkan sebanyak 8 882 kes positif dengan jumlah kematian seramai 743 orang. Ia adalah angka kematian tertinggi di Asia Tenggara.
Sumber: Sinar Harian, Astro Awani
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkelebihan-anak-yatim