Ibu sepatutnya menjadi pelindung dan menyayangi anak-anak. Tetapi jangan terkejut, ada segelintir juga ibu yang tidak bertanggungjawab.
Tahukah anda wujudnya ibu ketagihan seks yang sanggup melakukan penderaan seksual kanak-kanak kepada anak sendiri?
Ketagihan Seks dan Perhatian: Wanita Sanggup Buat Penderaan Seksual Terhadap Anak Sendiri
Seorang ibu di Australia baru-baru ini disabitkan dengan lebih 17 tahun hukuman penjara kerana mengaku bersalah melakukan dan merakam perbuatan seks anak-anaknya sendiri, seorang lelaki dan 2 orang anak perempuan.
Tertuduh, 31 tahun, yang namanya dirahsiakan, telah menyalahgunakan tiga anaknya secara seksual untuk menarik perhatian lelaki yang ditemuinya dalam talian.
Wanita tersebut telah dihukum penjara selama maksimum 25 tahun penjara, dengan bermotifkan ‘rasa seronok dengan perhatian dari orang luar‘.
The Sydney Morning Herald melaporkan wanita tersebut membuat dan mengedar pornografi kanak-kanak dalam talian selama 2 tahun. Hakim mahkamah daerah, Phillip Mahony, menjelaskan:
“Dia melakukan kesalahan itu kerana merasakan lelaki akan tertarik kepadanya jika mereka berpuas hati. Dia telah menggunakan anak-anaknya sendiri sebagai alat untuk mendapatkan perhatian dari lelaki. Wanita itu tidak menerima wang untuk melakukannya, hanya manfaat psikologi seperti kasih sayang dan perhatian dari lelaki.”
Tambahan pula, ibu itu obses dengan ketagihan seks. Malah pada tahun 2014, dia menawarkan seorang lelaki yang dikenali dalam talian untuk datang ke rumahnya bagi mengambil kesempatan terhadap salah satu daripada anak perempuannya.
Rupa-rupanya, wanita itu mula melakukan kegiatan temu janji dengan lelaki dari internet sejak tahun 2013 lagi.
Pada 20 Julai, dia mengakui bersalah dalam 8 tuduhan, termasuk mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dan menyimpan bahan penderaan kanak-kanak!
Wanita Ketagihan Seks: “Saya Benci Diri Sendiri Bila Mengingatkan Apa Yang Saya Telah Lakukan!”
Pihak berkuasa menangkap wanita tersebut selepas Pangkalan Data Eksploitasi Seksual Antarabangsa (ISED) menerima 3 daripada sejumlah video yang dibuatnya.
Walau bagaimanapun, dalam perbualan dengan Christopher Lennings, seorang ahli psikologi forensik, ibu ini kelihatan sedih dan sangat menyesali tindakannya malah merasa lega ketika polis menangkapnya.
“Saya benci diri dengan apa yang saya lakukan. Saya tidak faham mengapa saya sanggup melakukannya. Saya fikir mereka [lelaki] mempunyai perasaan pada saya.”
Dalam kes berlainan, seorang ibu dari Australia telah dikenakan tindakan kerana mengajar anak perempuannya yang berusia 14 tahun perlakuan seksual, malah mengedarkan gambar lucah kepada lelaki.
Wanita tersebut dikatakan meraih pendapatan melalui kegiatan itu melalui anak perempuannya.
Mengajar Anak Anda Melindungi Diri Dari Menjadi Mangsa Penderaan Seksual Kanak-Kanak : Sentuhan Selamat / Tidak Selamat
Dalam artikel untuk Huffington Post, Mary L. Pulido, Pengarah Eksekutif Persatuan New York untuk Pencegahan Kekejaman terhadap Kanak-kanak mengatakan yang ibu bapa harus mulai mendidik anak-anak mereka tentang penderaan seksual dan bagaimana melindungi diri mereka seawal mungkin.
Dia mengesyorkan agar ibu bapa tidak berbincang tentang sentuhan “baik vs buruk”, sebaliknya bercakap tentang sentuhan “selamat berbanding tidak selamat”.
Ini menjadikannya lebih jelas untuk kanak-kanak dari segi apa yang betul dan salah.
Sebagai contoh, sentuhan “baik” seperti pemeriksaan oleh doktor perubatan, dan sentuhan yang tidak baik, seperti pelukan yang tidak sesuai, boleh merasakan “baik”. Istilah “selamat / tidak selamat” boleh mengelakkan anak anda dari keliru.
Anda juga harus berbincang tentang apa yang harus dilakukan oleh anak anda jika pelaku memberitahu kanak-kanak agar merahsiakan perbuatannya.
“Walaupun orang yang menyentuh anda menyuruh anda untuk tidak memberitahu, atau mengugut jika anda memberitahu, itu tidak penting. Apa yang mereka lakukan adalah tidak baik dan bukan kesalahan awak. Anda tidak perlu menyimpan rahsia, anda mesti memberitahu saya dengan segera. Kemudian, saya berjanji bahawa saya akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan anda selamat.”
Ajar si kecil anda sebaik anda rasa dia sudah bersedia untuk mengenal tubuh badan mereka. Pastikan anak-anak anda tahu hak mereka dan sementara mereka masih kecil, jagalah anak anda sebaik mungkin.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis olehKevin Wijaya Oey dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.