Bahaya Minum Ketum, Risiko Dapat Sawan!

Di negara kita juga, minuman yang berasal daripada tumbuhan daun ketum ini sangat popular meskipun statusnya yang diharamkan untuk diambil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai yang percaya akan 'keajaiban' air ketum yang dikatakan mampu memberi tenaga dan motivasi untuk tubuh badan bekerja

Di negara kita juga, minuman yang berasal daripada tumbuhan daun ketum ini adalah sangat popular meskipun statusnya yang diharamkan untuk diambil.

Minum air ketum dapat sawan

Baru-baru ini Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian, Kelantan mendedahkan ramai pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat sawan didapati positif air ketum.

Penagih berpotensi di serang penyakit sawan kerana minuman itu boleh memberikan kesan kepada sel-sel otak.

Timbalan Pengarahnya, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria berkata, perkara itu diketahui selepas pihaknya melakukan ujian ketum ke atas individu menerusi saringan air kencing.

“Pengambilan berlebihan minuman ini dalam tempoh yang lama boleh mengganggu sel-sel otak. Bila sel-sel otak rosak ia boleh menyebabkan penagih ketum ini bertindak diluar jangkaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kerosakan ini berpunca daripada campuran bahan-bahan yang digunakan seperti ubat batuk, ubat nyamuk dan lain-lain. Bahan ini dicampur dengan tujuan mengurangkan rasa pahit selain membangkitkan rasa ‘khayal’ semasa pengambilan bahan terlarang itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr. Zaidi memberitahu, akibat serangan itu ada dalam kalangan penagih ketum terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya, jika terputus bekalan penagih berdepan kesan gian seperti menggigil, rasa lemah, kurang bermaya, hidung berair dan tidak senang duduk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jadi saya harap golongan ibu bapa dan masyarakat dapat mengambil serius perkara ini kerana kesan pengambilan ketum amat buruk jika tidak dibendung dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelbagai kajian terkini telah mengesahkan bahawa lebih banyak kesan sampingan pengambilan air ketum. Antara kesan sampingan yang mungkin boleh terjadi akibat minuman ini termasuklah:

Kesan pada fizikal

  • Penurunan berat badan secara mendadak
  • Hilang selera makan
  • Badan menggigil
  • Badan berpeluh
  • Kering mulut
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Sistem perkumuhan terjejas
  • Sakit tubuh badan
  • Rosak organ hati

Kesan pada mental

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sakit kepala
  • Mabuk, khayal atau tidak keruan
  • Perubahan mood
  • Berhalusinasi
  • Berdelusi
  • Stres
  • Depresi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Suami Berubah Sikap, Duit Gaji Selalu Habis & Jadi Panas Baran Kerana Ketagihan Ketum

Baca juga : Tidak Tahan Hidup Dengan Suami Penagih Dadah, Isteri Sebenarnya Boleh Tuntut Fasakh

Baca juga : Gambar viral seorang kanak-kanak mangsa dadah di Amerika

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi