Baru Berusia 5 Tahun, Kanak-kanak Ini Sudah Disahkan Mempunyai Ovarian Cyst! Ibu Ini Beri Nasihat Pada Ibu Bapa Untuk Jaga Pemakanan Anak

Sungguh tak sangka apabila anak usia 5 tahun sudah mempunyai ketumbuhan dalam rahim. Ibu ini nasihat ibu bapa untuk jaga pemakanan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak kecil yang baru berusia 5 tahun bertarung sakit ketumbuhan dalam rahim. Sangat tak disangka yang seawal itu umurnya sudah mempunyai penyakit yang serius itu.

Menurut sebuah perkongsian seorang ibu bernama Zulaihah Abd Mutalib di akaun Facebook miliknya, dia telah memuat naik satu entri menceritakan kisah anaknya yang masih kecil tetapi sudah mendapat sakit dewasa iaitu ovarian cyst. Tegasnya, penyakit tidak mengenal usia dan dia menekankan agar ibu ayah di luar sana yang mempunyai anak kecil untuk menjaga pemakanan si kecil jika tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku seperti yang dilalui anaknya itu.

“Orang selalu tegur aku,’biarlah dia makan apa dia mahu,kesian anakmu masih mahu makan’. Bukan begitu. Cukuplah azab yang anak sulungku ini lalui. Sakitnya dia tanggung itu,buat aku stress ikut dia menangis. Dua hari delay surgeri, bayangkanlah sakitnya itu sama macam kita tahan sakit mahu bersalin,” jelas Zulaihah tentang kesakitan yang anak perempuannya hadapi. Tambahnya, “Akibat saya biar saja dia makan ikut suka hatinya, tak sangka usia lima tahun dia sakit ‘ovarian cys’ (kilang telur PENTING SEORANG WANITA).”

Umum tahu yang ovari adalah pusat penghasilan telur bagi wanita, yang mana membolehkan seseorang wanita itu untuk mengandung. 

Tanda-tanda awal ketumbuhan dalam rahim atau ovarian cyst

“Awalnya dia cuma terjatuh bermain sama kawan. Lepas itu dia mengadu sakit perut, muntah-muntah, bila dia bermain cepat penat. Sebelum kejadian jatuh itu,memang kami minggu tersebut penuh dengan acara keluarga, jadi dia makan banyak makan roti, selalu makan lamb chop, daging adalah kegemarannya. “Roti memang setiap hari tidak lepas. Setiap hari beli roti di rumah. Siang malam makan roti. Kuih muih yang mengandungi yis selalu. Minta maaflah kalau yang selalu mahu bawa anakku jalan, saya selalu tegur jangan biar dia makan itu makan ini. Bukan apa, saya takut kamu serba salah kalau ada apa-apa yang berlaku di kemudian hari. Risau kalau anda kesiankan saya.” kongsi ibu itu lagi. Sambungnya lagi, “Jadi malam itu, dia mula sakit yang sangat sakit muntah berterusan, doktor bagi ubat yang kuat untuk tahan sakit, sementara tunggu giliran untuk di bedah. Dia akan menangis tahan sakit setiap 20 minit, dan makin lama makin kerap, ya macam saya cakap orang mahu bersalin, di situ juga la saya ikut menangis juga, sakit hati sebab saya lalai. JANJI ANAK KENYANG DAN HAPPY. Rasa bersalah yang teruk aku rasa. Umur anakku baru 5 tahun ketika itu tetapi sudah dapat nasib yang di luar jangkaan.”

Menurutnya lagi, doktor memaklumkan kepadanya bahawa anaknya itu mempunyai cyst di dalam kilang telur sebelah kanan rahimnya dan disebabkan itu doktor terpaksa membuangnya kerana ditakuti ia akan menjadi kanser. Ibu ini juga bersyukur kerana tiada sebarang ketumbuhan dalam rahim pada bahagian kilang telur bahagian kiri. 

Jelasnya, sebagai orang tua semestinya mereka berasa sedih, namun mereka sendiri bersetuju untuk ovari kanannya dibuang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ini juga menyatakan yang mana dia mendengar banyak spekulasi yang dibuat ke atasnya berikutan surgeri pada anaknya itu. Paling menyedihkan apabila ada yang beranggapan yang anaknya itu tidak boleh mengandung pabila dewasa kelak, sedangkan umum tahu yang wanita mempunyai dua kilang telur iaitu kiri dan kanan. 

Dengan pembuangan sebelah ovari, tidak bermakna yang seseorang wanita itu tidak lagi boleh hamil kerana kilang telur itu masih boleh berfungsi seperti biasa biarpun tinggal sebelah sahaja. 

Lantangnya, “Kita ini ada dua kilang telur pun belum tentu rezeki kita terus ada. Jadi kena berhati-hati bila berbicara.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nasihatnya adalah untuk ibu bapa di luar sana menjaga pemakanan anak-anak sedari kecil. Ibu ini juga berkongsi akan beberapa makanan kegemaran anaknya yang kerap dimakan iaitu termasuklah roti, minuman soya, tempe goreng, lamb chop, kari daging, kari kambing, kuih muih, kentang goreng dan sosej.

Katanya, dek kerana mahu anaknya cukup makan, dia membiarkan sahaja apa yang anaknya suka. Malangnya nasib tidak menyebelahi anaknya apabila mendapat ketumbuhan dalam rahim. Anaknya kini sudah pun berusia 11 tahun dan di dalam keadaan sihat apabila menjaga pemakanan sejak pengalaman pahit yang dilaluinya dahulu.

Apa pun, kita sebagai manusia perlulah menjaga pemakanan kita agar ia seimbang cukup zat untuk tubuh kita perlukan. Senang kata tidak kurang, dan tidak lebih.

Berpada-pada itu sudah cukup demi mengelakkan daripada penyakit-penyakit kronik yang tidak mengenal usia dan jantina. Satu lagi yang perlu ditekankan adalah gaya hidup sihat di mana bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari demi mengekalkan tubuh yang sihat berpanjangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga artikel ini bermanfaat buat kita semua.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cyst Ovari Ketika Hamil Sering Gerunkan Ibu, Ini 8 Punca Yang Sering Terlepas Pandang

Baca juga: Cyst Ketika Hamil, Adakah Selamat Jika Ibu Mengandung Melalui Proses Pembedahan?

Baca juga: Cara Kecutkan Cyst Yang Disarankan Oleh Doktor Pakar Tanpa Melalui Proses Pembedahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad