Khairul Aming Dan Sofyank Kolaborasi Kali Pertama, Penyampaian Jelas & Mudah Difahami Tentang Isu ‘Tembikai’ Dikagumi Netizen

Pempengaruh terkenal, Khairul Aming bergabung buat kali pertama dengan Sofyank, artis VFX Malaysia menghasilkan video infografik di Palestin

Jika anda perasan tumpuan kini diberikan seluruh dunia kepada Rafah, iaitu tempat terakhir untuk berlindung daripada rejim Zionis. Lantaran itu, Khairul Aming dan Sofyank, pempengaruh terkenal Malaysia bergabung buat kali pertama dalam menghasilkan satu video infografik untuk menjelaskan secara mudah berkaitan isu Palestin.

Menerusi kapsyen di media sosial Khairul Aming, dia menyatakan bahawa kolaborasi pertama mereka ini dibuat untuk menerangkan apa yang berlaku di Palestin adalah bukan konflik semata-mata.

“Paling penting kami nak cerita situasi kritikal di Rafah dan Jabalia”, jelasnya.

Ujar Sofyank, video yang berdurasi lapan minit ini diharap dapat membantu ramai masyarakat lebih memahami dan menyebarkan kesedaran tentang apa yang berlaku di sana, serta mendoakan kemenangan Palestin bersama-sama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram

Di dalam video ini menunjukkan sejarah konflik Palestin-Israel berlaku di mana berlaku Peristiwa Nakba pada tahun 1948 menyebabkan ramai rakyat Palestin mati syahid, dicederakan dan dihalau keluar daripada rumah mereka.

Sepanjang tempoh 76 tahun ini, lebih daripada 77% tanah milik Palestin dirampas oleh Israel.

Pada bahagian kedua video ini menerangkan tentang perkara yang berlaku di Gaza bermula daripada bulan Oktober 2023 sehingga kini.

Israel bertindak untuk melancarkan serangan yang lebih kejam dan licik dengan mewujudkan zon selamat yang kononnya boleh menjadi tempat perlindungan kepada rakyat Gaza.

Sementara mereka menyerang di tempat-tempat yang lain.

Apa yang terjadi adalah rejim zionis bertindak untuk menyerang ke zon selamat secara berperingkat-peringkat.

Rafah Jadi Tempat Perlindungan Terakhir

khairul aming dan sofyank

Apa yang berlaku sekarang ini adalah Rafah menjadi tempat perlindungan terakhir yang dilaporkan hampir 1.5 juta penduduk Gaza berlindung di sana.

Ini telah masuk kali ke-7 atau ke-8 mereka terpaksa berpindah dalam keadaan yang berlapar, kesakitan dan kepenatan melampau.

Secara tidak langsung ia terang-terangan menunjukkan bahawa ini adalah genocide iaitu pembunuhan beramai-ramai dan bukannya satu peperangan.

Malah, tindakan rejim zionis meletakkan sekatan atas kemasukan bantuan asas dan sebahagian penduduk Israel yang mensabotaj lebih memburukkan keadaan.

Kini, penduduk di sana terperangkap tanpa makanan, perubatan, pakaian dan keperluan asas yang lain hari demi hari terpaksa menanggung derita.

Gabungan Khairul Aming & Sofyank Dikagumi Ramai

Perkongsian ini telah mendapat respon yang positif daripada warganet kerana ia sangat bermanfaat dan menarik.

Rata-rata mereka mengagumi dan memuji tindakan Khairul Aming dan Sofyank kerana memanfaatkan platform media sosial dengan bijak memandangkan mereka mempunyai jutaan pengikut.

Khairul Aming Dan Sofyank Kolaborasi Kali Pertama, Penyampaian Jelas & Mudah Difahami Tentang Isu Tembikai Dikagumi Netizen

Video tersebut pada masa artikel ini ditulis telah meraih sehingga lebih 800,000 tontonan di Instagram dan 700,00 di laman Tiktok milik Khairul Aming itu sendiri.

Ramai yang mengesyorkan agar meletakkan sari kata dalam bahasa inggeris agar konten awareness ini lebih tersebar secara kepada seluruh dunia.

Penyampaian yang jelas membantu lebih ramai masyarakat memahami tentang apa yang berlaku di sana dengan mudah.

Tahniah anak muda atas usaha gigih anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Buah Tembikai Sebagai Simbol Solidariti Palestin

Baca juga: Senarai NGO & Tabung Bantuan Yang Dipercayai Boleh Anda Beri Sumbangan Bencana Dan Kemanusiaan

Baca juga: Sofyank Dan Zach King Bergabung Dalam Satu Video! Bukan Calang-calang Hebatnya, Netizen Kagum Dengan Anak Muda Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!