Anda perasan tak sejak kebelakangan ini kebanyakan platform kini dibanjiri ikon bergambar ‘buah tembikai’ untuk menzahirkan pendirian jelas terhadap konflik Hamas-Israel di Palestin.
Bukan itu sahaja, dalam acara demonstrasi juga ramai yang bawa gambar bendera berserta buah tembikai bagi menunjukkan sokongan kepada Palestin tidak kira dalam negara mahupun di luar negara.
Sebenarnya penggunaan tembikai sebagai simbol solidariti bukanlah sesuatu yang baru malah mengikut sejarah penggunaan tembikai adalah lambang protes selama perang enam hari yang terjadi pada tahun 1967 di antara Israel dengan negara-negara Mesir, Syria, dan Jordan.
Pemerintah Israel melarang bendera Palestin dikibarkan di dalam kawasan membatasi nasionalisme Palestin dan Arab. Ia juga menjadi jenayah untuk mengibarkan bendera Palestin di tempat umum.
Larangan tersebut langsung tidak membunuh semangat mereka yang sentiasa menyokong Palestin.
Lalu emoji atau gambar tembikai digunakan sebagai lambang bendera Palestin kerana apabila dipotong, isi buah tersebut kelihatan seperti warna bendera negara tersebut.
Latar buah tembikai berwarna merah, biji hitam, sedikit putih dan hijau pada kulitnya saling tidak tumpah seperti bendera Palestin sehingga ia menjadi alternatif buat penyokong negara malang itu ‘mengibarkan’ bendera mereka penuh megah.
Penindasan kerajaan Israel tidak terhenti di situ sahaja. Semasa tahun 2021, artis Sliman Mansour yang berasal dari Palestin memberitahu portal The National bahawa pegawai Israel telah menutup pameran karyanya di 79 Gallery, Ramallah pada 1980.
“Mereka memberitahu kami bahawa melukis bendera Palestin adalah dilarang, begitu juga dengan warna,” ujar Sliman.
Pegawai Israel berkata segala lukisan yang mempunyai warna merah, hijau, hitam dan putih bakal dirampas termasuklah gambar buah tembikai.
Namun dunia semakin cakna mengenai kaitan tembikai dengan bendera Palestin selepas seorang artis, Khaled Hourani mengasingkan satu cetakan dari hasil karyanya, The Story of the Watermelon untuk sebuah buku bertajuk Subjective Atlas of Palestine iaitu The Colors of the Palestinian Flag
Bukan itu sahaja, buah tembikai juga dikenali bagi melambangkan budaya dan entiti negara tersebut.
Difahamkan, buah tembikai turut ditanam secara meluas di seluruh wilayah Palestin dari kawasan Jenin hinggalah ke bumi Gaza.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Panduan Doa Qunut Nazilah Untuk Keselamatan Umat Islam Di Palestin
Baca juga : Salasilah Orang Yahudi Daripada Bani Israel, Umat Nabi Musa Yang Kufur
Baca juga : Ceritakan Kisah 25 Rasul Kepada Anak-Anak, Beri Penghayatan Tentang Agama Islam Di Usia Muda
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!