Konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel yang semakin meruncing sejak orang Yahudi menubuhkan negara haram Israel pada tahun 1948 dengan bantuan Britain mula membuka mata ramai orang untuk mempelajari tentang sejarah negara itu selain memahami mengapa Israel bersungguh-sungguh mahu merampas negara Palestin.
Seperti yang kita sedia maklum, Palestin pada awalnya dihuni oleh umat Islam yang perlahan-lahan tersingkir dan menjadi wilayah Israel. Penjajahan Israel di Palestin hingga saat ini bukan hanya disebabkan oleh perebutan wilayah yang bertujuan sebagai tempat untuk hidup tetapi juga disebabkan oleh isu tanah yang dijanjikan.
Jika ditelusuri salasilahnya, bangsa Yahudi sebenarnya ialah umat Nabi Musa AS, berketurunan Nabi Yaakub AS.
Memetik jurnal tulisan Wahab Md Salleh dalam journalarticle.ukm.my, ALLAH SWT menggelarkan mereka dalam al-Quran sebagai Bani Israel iaitu anak cucu Israel.
Artikel itu menyebut, bangsa tersebut dikenali sebagai Yahudi yang dinisbahkan kepada salah seorang anak Nabi Yaakub bernama Yahudha kerana kerajaan Bani Israel dikuasai oleh keturunannya.
“Orang Yahudi merupakan satu rumpun bangsa dari satu keturunan sahaja dan tidak bercampur dengan bangsa serta keturunan lain.
“Namun, orang Yahudi yang ada pada hari ini telah bercampur aduk dengan bangsa-bangsa lain, bukan lagi sebagai Bani Israel yang tulen,” katanya.
Bani Israel adalah kaum yang Allah beri banyak nikmat berbanding kaum lain namun, mereka masih lagi tidak bersyukur dan sering pertikaikan dalam semua perkara.
Berulang kali mereka menyaksikan bukti-bukti keagungan Allah, tapi iman mereka masih lagi lemah disebakan sifat degil mereka.
Bahkan banyaknya nabi-nabi yang diutuskan dalam kalangan mereka akan tetapi, situasi itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa perangai mereka sangat jahat sehingga memerlukan banyak pembimbing dan tidak cukup hanya seorang.
“Setiap kali mati seorang nabi, mereka kembali kepada kezaliman dan kesesatan, lalu ALLAH mengutuskan nabi yang lain,” katanya.
Kisah Nabi Musa Dan Kekufuran Bani Israel
Nabi Musa menyelamatkan mereka dari firaun yang sangat kejam sewaktu mereka di Mesir. Mereka berjaya keluar dari Mesir disebabkan peristiwa Nabi Musa membelah laut yang menyebabkan firaun dan tenteranya mati tenggelam di lautan.
Tapi mereka tidak bersyukur. Sesampai mereka di seberang laut merah, mereka melihat sekelompok kaum yang menyembah berhala, lalu mereka minta kepada Nabi Musa untuk ada Tuhan seperti kaum tersebut.
Alangkah buruknya perangai kaum Bani Israel ini. Tidak lama kemudian, mereka pula menyembah Tuhan baru berupa sapi yang diperbuat daripada emas yang digelar sebagai Samiri ketika Nabi Musa meninggalkan mereka selama 40 hari di sebuah padang pasir.
Lalu Nabi Musa menyuruh mereka bertaubat akan perbuatan mereka. Kemudian, mereka bertaubat.
Sesudah itu, mereka minta pula untuk melihat Allah secara terang-terangan. Akibatnya Allah murka, lalu disambar petir dan mati seketika lalu dihidupkan kembali agar mereka bersyukur atas nikmat ini.
Ada pula ketika mereka dalam perjalanan di padang pasir yang sangat tandus, mereka meminta air dari Nabi Musa.
Maka Nabi Musa berdoa kepada Allah untuk kaumnya. Turunlah mukjizat apabila Nabi Musa memukul batu dengan tongkatnya, lalu memancarlah daripadanya 12 mata air.
Lantaran itu, mereka minta pula dari Nabi Musa makanan daripada langit untuk mereka makan. Lalu mohonlah Musa kepada Allah SWT kerana kasihnya terhadap kaumnya sendiri.
Termakbullah doa Nabi Musa, mereka mendapat makanan istimewa dari Allah “Manna Wa Salwa”.
Tidak beberapa lama kemudian, mereka merungut rindu akan makanan sewaktu ketika di Mesir dahulu berupa sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.
Nabi Musa kembali menyuruh mereka untuk mensyukuri berbagai nikmat Allah yang telah tercurah kepada mereka.
Allah utus para Nabi dari kalangan mereka, semenjak Nabi Ibrahim. Allah berikan mereka kehidupan yang layak dengan mempunyai isteri, anak keturunan dan tempat tinggal.
Sehingga mereka layak dikatakan raja. Dan mereka diberi banyak hal yang tak diberikan kepada kaum lain dimasa mereka.
Kali ini, Nabi Musa menyuruh mereka memasuki Baitul Maqdis, negeri yang dijanjikan Allah untuk mereka. (Al Maidah: 20)
Akan tetapi, disebabkan sikap pengecut dan takut mereka apabila mereka dapati ada satu kaum lagi kuat, gagah dan perkasa menguasai kota itu, lalu mereka berdalih-dalih mencari seribu alasan tidak mahu memasuki kota itu.
Mereka berkata: “ Hai Musa, kami tidak akan sesekali memasuki kota itu selagi mereka ada didalamnya. Kerana itu, pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya akan duduk di sini sahaja.
Melihat sikap ini, lalu Nabi Musa menyerahkan urusannya kepada Allah SWT. Nabi Musa memohon pertolongan Allah sebab tak punya daya menghadapi kaumnya.
Maka Allah turunkan hukuman bagi kaum Bani Israel, tersesatlah mereka di padang pasir selama 40 tahun tanpa arah tuju.
Imam Ibnu Katsir menceritakan dalam tafsirnya bahawa bani Israel tersesat selama 40 tahun. Mereka tidak dapat memasuki Palestin. Dalam masa itu pula banyak bani Israel yang meninggal dunia. Dan di masa itu juga Nabi Harun wafat, lalu disusul dengan wafatnya Nabi Musa. Semua rentetan kisah ini Allah abadikan dalam surat Al Maidah: 20-26.
Doakan Kemenangan Orang Palestin
Kisah pengkhianatan kaum Yahudi dahulu dan sekarang sekali gus membuktikan kebenaran wahyu Ilahi yang telah mendedahkan tembelang dan sikap kaum Yahudi sebenarnya terhadap isu keagamaan, kemanusiaan dan keamanan sejagat.
Bagi umat Islam, kita seharusnya menyokong perjuangan umat Islam Palestin dengan sumbangan material, jiwa raga dan doa pengharapan kepada Allah Taala supaya kemenangan akan berpihak kepada umat Islam Palestin dan seterusnya keadilan Islam akan mewarnai pentas kehidupan yang sementara ini, Insya-Allah.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kiamat tidak akan terjadi hinggalah kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin dapat membunuh mereka hinggakan orang Yahudi akan bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu batu atau pohon itu berkata, ‘Hai Muslim, hai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia,’ kecuali pohon gharqad (sejenis pokok renek) kerana ia adalah pohon Yahudi.'” (Riwayat Muslim)
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Ceritakan Kisah 25 Rasul Kepada Anak-Anak, Beri Penghayatan Tentang Agama Islam Di Usia Muda
Baca juga : Panduan Doa Qunut Nazilah Untuk Keselamatan Umat Islam Di Palestin
Baca juga : Senarai Nama Bayi Dalam Islam Yang Memberi Maksud Baik-Baik
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!