X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ramai Terkesan Akibat PKP, Ini Senarai NGO & Tabung Bantuan Yang Boleh Anda Beri Sumbangan

5 min bacaan
Ramai Terkesan Akibat PKP, Ini Senarai NGO & Tabung Bantuan Yang Boleh Anda Beri SumbanganRamai Terkesan Akibat PKP, Ini Senarai NGO & Tabung Bantuan Yang Boleh Anda Beri Sumbangan

Senarai NGO dan tabung bantuan ini berusaha membantu golongan yang memerlukan ketika PKP. Anda boleh memohon bantuan atau sama-sama hulurkan sumbangan

Memandangkan kerajaan mengumumkan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai rakyat kini terkesan akibat kehilangan punca pendapatan sehingga memerlukan bantuan dari orang ramai. Justeru, kami kongsikan senarai NGO dan tabung bantuan yang boleh anda memohon atau memberi sumbangan.

Dalam kenyataan oleh pihak KKM, sebanyak 336 kes bunuh diri telah direkodkan setakat Mac 2021. Ini menunjukkan pandemik Covid-19 memberikan impak buruk terhadap psikologi manusia dalam meneruskan kehidupan.

Senarai NGO dan tabung bantuan di Malaysia

Sekiranya anda atau pasangan berdepan kesempitan hidup akibat hilang punca pendapatan, jangan mengambil jalan mudah dengan melakukan perkara yang membahayakan nyawa.

Hal ini kerana kerajaan, pihak NGO dan persendirian sentiasa berusaha membantu kumpulan yang memerlukan.

kesan pkp

credit to sources

Bukan itu sahaja, rakyat turut mengambil inisiatif menerusi kempen tanda pagar #RakyatJagaRakyat dengan mengibarkan bendera putih di halaman rumah bagi memudahkan masyarakat sekeliling peka terhadap mereka yang tiada makanan atau perlukan bantuan.

Manakala bagi anda yang masih bernasib baik dan tidak begitu terjejas dengan pelaksanaan PKP ini, apa kata rebut peluang untuk dapatkan pahala dengan menyalurkan sumbangan kepada badan-badan sukarela atau tabung bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Antaranya ialah:

#1. Senarai NGO di Malaysia- Refuge For The Refugees (RFTR)

Pengasasnya, Heidy Quah menyatakan pihaknya berjaya membantu hampir 1,500 keluarga. Sejak minggu lalu, mereka menerima panggilan setiap 10 minit dan lebih 100 mesej sehari dari golongan yang memerlukan bantuan.

Untuk meringankan beban, anda boleh hulurkan sumbangan terus ke akaun:

PERSATUAN KEBAJIKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK PELARIAN
8000499285 (CIMB)

#2. Bank makanan- kEATchen

Perkhidmatan penghantaran makanan, kEATchen melancarkan bank makanan dengan menyediakan keperluan asas seperti beras, gandum, telur dan ubi kentang kepada yang memerlukan.

Anda boleh beri sumbangan wang ke akaun:

Eatvolution Sdn. Bhd- 564726685798 (Maybank, labelkan sebagai Food Bank) 

Ataua boleh terus menyumbangkan barang makanan ke pusat kEATchen yang terletak di No. 8, Jalan 1A/14, Taman Perindustrian Jaya, 47301, Petaling Jaya.

#3. Pertubuhan Bumbung Ehsan 

bantuan pkp

Pertubuhan Bumbung Ehsan memfokuskan agihan bantuan ayam mentah kepada keluarga yang memerlukan.

Untuk menghulurkan sedekah, anda boleh terus melayari: bumbungehsan.onpay.my/order/form/sedekahayam

#4. Senarai NGO Malaysia- Happy Bank 

Happy Bank merupakan organisasi yang memberi bantuan kepada komuniti memerlukan melalui pelbagai projek seperti barangan keperluan harian dan ubat-ubatan.

Salurkan sumbangan anda kepada Happy Bank agar dapat terus membantu mereka ke akaun:

Happy Crew Project- 568621000906 (Maybank), Rujukan: Covid-19

#5. Cheka Movement Malaysia

Bantuan Makanan Cheka membuat agihan bantuan keperluan atas dana sumbangan orang ramai. Bagi yang berada dalam kawasan Kuala Ketil, Melaka, Gombak, Tunjang, Tampin, Johor dan memerlukan bantuan, boleh terus hubungi pihak Cheka Movement Malaysia 017-3991742.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun: 

Muhammad Syafiq Bin Mobin- 1642 5852 4810 (Maybank), Ref: Foodbank

Stories Rakan Kongsi
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022

#6. Gerobok Rezeki & Dapur It’am

Untuk anda yang memerlukan bantuan makanan di sekitar PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN dan LABUAN, klik link di sini bagi mengetahui senarai lokasi masjid dan surau yang terlibat bagi bantuan asas dapur.

Bagi yang ingin menyumbang untuk agihan bantuan #Musaadah menerusi agensi di bawah saya ke seluruh Malaysia, ada beberapa saluran disediakan.

  • Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-YWM No. Akaun 86-0221818-6 (CIMB Islamic Bank Berhad) atas nama: Yayasan Waqaf Malaysia.
  • Akaun Tabung Amanah YaPEIM:
    Bank Islam Malaysia Berhad :14023010000082
    Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
    BSN: 1410029864503006

#7. Kembara Kitchen

bantuan pkp

Kembara Kitchen merupakan servis katering yang membekalkan makanan dan kutipan derma kepada mereka yang terkesan ketika tempoh PKP.

Kembara Kitchen menyeru orang ramai untuk sama-sama menghulurkan bantuan berbentuk makanan (beras, minyak, gandum dan lain-lain) serta keperluan kebersihan seperti pad sanitari dan bayi.

Sumbangan wang tunai boleh dipindahkan ke akaun:

Kembara Kitchen- 8602542231 (CIMB Bank), Rujukan: MCO3

#8. The Lighthouse

Ketika pandemik, The Lighthouse telah kehilangan 60 peratus pembiayaan. Organisasi ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang datang dari pelbagai cabaran seperti penderaan, kemiskinan dan trauma.

Sumbangan orang ramai boleh meneruskan pendidikan, makanan, pakaian, sewa rumah, utiliti, kesihatan dan biasiswa.

Untuk membantu, anda boleh terus layari: www.lighthousechildrenshomekl.com/support-us

#9. Pay It Forward Cyberjaya

Pay It Forward Cyberjaya menyediakan dana untuk Emergency Care Package kepada mereka yang terkesan ketika pandemik ini bagi meneruskan kehidupan.

Jika anda ingin membantu, dana boleh dikongsikan ke: 

562227008129- Aditya Adri Saleh (bagi pihak PIFC), Maybank

#10. Tabung Covid-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat – Tabung Bantuan Bencana Negara).

#11. Tabung Covid-19 MedTweetMY

Ia adalah organisasi berkaitan kesihatan yang melancarkan tabung bagi memberi sokongan semua petugas barisan hadapan negara seperti pasukan keselamatan dan hospital.

Hulurkan bantuan anda ke akaun: 8009117785 (MedTweetMy) Maybank

#12. Bantuan Kemanusiaan Covid-19 Media Prima Bhd

Tabung ini dibangunkan untuk membantu kerajaan dalam merawat pesakit dan membantu mereka yang terjejas. Sumbangan boleh dibuat melalui cek, perbankan dalam talian atau deposit ke akaun:

5141 0531 3170- Maybank Media Prima- NSTP Humanitarian Fund

#13. KitaFund Tabung Covid-19: Bantu Jiran Kita

Priyaa Simmi, Mrs Malaysia World 2019/2020 tampil untuk memulakan tabung bantuan Covid-19 bagi membantu insan-insan yang memerlukan sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Untuk menyumbang, anda boleh layari: kitafund.com/7524-tabung-covid-19-bantu-jiran-kita

#14. Spektra Peduli Care Pack

sumbangan pkp

Dengan usahasama syarikat-syarikat di bawah BNI Spektra, saluran bantuan kepada golongan keluarga dan individu terkesan akibat Covid-19 iaitu RM50 untuk keluarga tanpa anak kecil dan RM80 untuk keluarga yang memiliki anak kecil.

Untuk menyalurkan sumbangan, anda boleh klinik berikut: toyyibpay.com/spektra-peduli

#15. Projek KAWAN

Sumbangan orang ramai dalam bentuk makanan, susu dan lampin pakai buang amat diperlukan bagi membantu golongan yang terjejas ketika pandemik.

Anda boleh menyumbang ke akaun: 05021010040649 (Bank Islam) Pertubuhan Komuniti Amal Wanita Anak Negeri.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ramai Hilang Pendapatan Kerana Covid-19, Ini Cara Suami Isteri Boleh Menghadapinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Ramai Terkesan Akibat PKP, Ini Senarai NGO & Tabung Bantuan Yang Boleh Anda Beri Sumbangan
Kongsikan:
  • Badan Gatal-Gatal & Mulut Penuh Ulser, Anak Sharol Shiro Alami Demam Chicken Pox

    Badan Gatal-Gatal & Mulut Penuh Ulser, Anak Sharol Shiro Alami Demam Chicken Pox

  • Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
    Stories Rakan Kongsi

    Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

  • Air Fryer Terbaik Untuk Hasilkan Makanan Sihat, Tak Perlu Guna Minyak Lagi Untuk Menggoreng

    Air Fryer Terbaik Untuk Hasilkan Makanan Sihat, Tak Perlu Guna Minyak Lagi Untuk Menggoreng

app info
get app banner
  • Badan Gatal-Gatal & Mulut Penuh Ulser, Anak Sharol Shiro Alami Demam Chicken Pox

    Badan Gatal-Gatal & Mulut Penuh Ulser, Anak Sharol Shiro Alami Demam Chicken Pox

  • Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
    Stories Rakan Kongsi

    Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

  • Air Fryer Terbaik Untuk Hasilkan Makanan Sihat, Tak Perlu Guna Minyak Lagi Untuk Menggoreng

    Air Fryer Terbaik Untuk Hasilkan Makanan Sihat, Tak Perlu Guna Minyak Lagi Untuk Menggoreng

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.