TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Suami Buatlah Hibah Takaful Jika Sayangkan Anak Isteri

6 Oct, 2023
Suami Buatlah Hibah Takaful Jika Sayangkan Anak Isteri

Hibah takaful merujuk kepada pemberian manfaat takaful selepas anda meninggal dunia, kepada individu yang anda kehendaki dan telah dinamakan.

Sejak akhir-akhir ini kita dapati orang ramai mulai membicarakan mengenai hibah takaful namun tidak ramai yang mengetahui apakah maksudnya, bagaimana pelaksanaannya dan apa kesannya.

Jika berlaku kematian dalam keluarga lebih-lebih lagi si mati adalah pencari nafkah utama keluarga pastinya akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarga yang ditinggalkan. Bukan sahaja bersedih malah keluarga yang ditinggalkan juga berisiko menghadapi masalah kewangan akibat hilangnya sumber pendapatan tetap.

Dalam keadaan ini, jika isteri menerima hibah takaful ia dilihat sebagai satu daripada gantian pendapatan jika berlaku kematian suami. Cara ini adalah sebagai perancangan kewangan kecemasan sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini kepada ketua keluarga yang menjadi sumber pendapatan khususnya apabila berlaku kematian.

Dengan adanya sumber gantian pendapatan ini sekurang-kurangnya isteri masih mampu menguruskan anak-anak tanpa tekanan yang ketara.

Hibah Takaful Sebagai Penyelamat

Secara ringkasnya, hibah bermaksud hadiah atau pemberian secara sukarela kepada individu yang dikehendaki. Hibah takaful pula merujuk kepada pemberian manfaat takaful selepas anda meninggal dunia, kepada individu yang anda kehendaki dan telah dinamakan, atau dikenali sebagai benefisiari, di dalam sijil takaful anda.

Apabila ketua keluarga yang menjadi sumber pendapatan utama meninggal dunia, segala urusan yang berkaitan dengan urusan pembahagian harta akan menjadi rumit dan menyebabkan ahli waris khususnya ahli keluarga yang terdekat seperti isteri dan anak-anak akan terbeban untuk meneruskan kehidupan.

Mereka juga perlu memikirkan untuk menguruskan harta peninggalan lain seperti kereta, rumah, wang simpanan dan lain-lain mengikut kiraan faraid kepada waris lain yang masih hidup.

Ramai yang mengambil mudah persoalan pengurusan harta selepas mati sehingga tidak melakukan persiapan yang sepatutnya dalam meninggalkan harta kepada waris. Menguruskan harta si mati turut merangkumi menguruskan segala bil dan hutang serta tanggungan sedia ada.

Tuntutan Yang Mudah Tanpa Melibatkan Faraid

Selepas pemilik sijil takaful meninggal dunia, penama perlu melaksanakan proses tuntutan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pengendali takaful sebelum bayaran manfaat tersebut boleh dibuat kepada mereka.

Kebiasaannya, prosedur tuntutan melibatkan pengisian borang tuntutan berserta penghantaran bukti kematian pemilik sijil takaful tersebut (sijil kematian) dan dokumen sokongan lain. Tempoh pembayaran pula bergantung kepada tempoh proses urusniaga yang ditetapkan oleh pengendali takaful.

Penerima hibah pula ialah penerima mutlak yang sepenuhnya berhak ke atas manfaat takaful sekali gus tanpa perlu pembahagian faraid keatas manfaat takaful yang akan diperoleh sekiranya berlaku kematian kepada peserta.

Kebanyakan keluarga menghadapi masalah menguruskan harta pusaka selepas kematian si mati kerana tiada pengetahuan dalam masalah faraid atau pembahagian harta menurut Islam.

Hal ini kerana masalah pengagihan harta selalunya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat dan ada kalanya mengambil masa sehingga bertahun-tahun dan akhirnya menjadi punca pertelingkahan antara ahli keluarga kerana gagal menguruskan harta pusaka dengan baik.

Proses penyusunan penurunan harta yang sempurna melalui cara hibah bukan sahaja dapat memberi kebaikan kepada ahli waris terdekat yang ditinggalkan, malah turut memastikan agar harta yang diusahakan dengan jerit perih ketikahidup tidak akan menjadi bahan pertelingkahan antara keluarga.

Penyusunan penurunan harta seperti hibah bertujuan untuk menjamin kesejahteraan kehidupan waris-waris ini adalah amat perlu, kerana Islam amat menitikberatkan masa depan waris yang ditinggalkan agar kehidupan mereka tidak susah dan daif.

Pilih Hibah Takaful Yang Berpatutan

Di Malaysia terdapat pelbagai syarikat takaful yang menyediakan hibah seperti hibah takaful FWD, hibah takaful Ikhlas, hibah takaful AIA, hibah takaful Great Eastern, hibah takaful Etiqa, hibah takaful Prudential dan sebagainya.

Menurut FWD, bayaran bulanan hibah takaful menerusi FWD Protect Direct yang merupakan pelan takaful keluarga bertempoh dengan sumbangan serendah RM11.17/bulan.

Pelan ini menyediakan manfaat kematian sehingga RM500,000 yang akan dibayar secara sekaligus kepada benefisiari anda. Bayaran sekaligus tersebut boleh digunakan untuk menampung kos pengebumian, perbelanjaan harian ahli keluarga anda sementara mereka menyesuaikan diri untuk berdikari, menyelesaikan hutang atau liabiliti yang mungkin ditinggalkan anda dan lain-lain lagi.

FWD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Suami Isteri Perlu Sediakan 1 Fail Keluarga Yang LENGKAP, Penting Bila Berlakunya Kematian!

Baca juga : Anak Angkat Dapat Harta Melalui Hibah, Waris Lain Berputih Mata Tidak Dibenar Masuk Ke Rumah

Baca juga : 5 Idea Hadiah Untuk Isteri Lepas Bersalin, Bukan Untuk Orang Lain, Untuk Isteri Tercinta Juga!

Stories Rakan Kongsi
6 Causes of Body Aches and Pains. Here’s How To Treat Them!
6 Causes of Body Aches and Pains. Here’s How To Treat Them!
Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit
Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Suami Buatlah Hibah Takaful Jika Sayangkan Anak Isteri
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham