Tular beberapa video di media sosial TikTok berhubung sebuah keluarga yang tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah didakwa gara-gara tidak dibenarkan oleh seorang anak angkat. Berdasarkan penerangan di dalam video tersebut, mereka mendakwa rumah pusaka tersebut telah menjadi milik seorang anak angkat yang diwarisi menerusi hibah harta.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Saudara mempersoal rumah diwarisi daripada hibah harta
- Anak angkat dakwa keluarga tak ziarah
- Penjelasan konsep hibah dalam Islam
- Kelebihan dan manfaat hibah
Berdasarkan video yang dipercayai berlaku di Indonesia serta dimuat naik pada akaun Mama Manja, rumah itu adalah milik almarhum Pak Marzuki dan lelaki itu dilaporkan telah meninggal dunia. Selain tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah dan hanya ‘bersidai’ di luar, mereka juga mendakwa tidak dibenarkan menggunakan bilik air.
Saudara mempersoal status rumah yang diwarisi daripada hibah harta
Seorang wanita bernama Hadijah yang juga anak angkat almarhum Pak Marzuki memberitahu, dia mempunyai pertalian darah dengan arwah kerana dia adalah anak saudara.
“Saya rasa tak adil kerana saya selaku anak pertama Pak Marzuki ada pertalian talian. Seingat saya, Pak Marzuki beritahu rumah ini takkan dijual beli. Itu secara tersirat dan secara tersurat, dia tak buat. Saya sebagai anak takkan mahu bertanya, mana surat tersebut,” luah wanita tersebut.
Hadijah menceritakan, dia adalah anak angkat yang pertama manakala, wanita tersebut merupakan anak angkat yang kedua diambil oleh almarhum dan isteri.
“Saya selalu bawa anak-anak jiran ke rumah jadi ibu melihat saya dan bertanya, adakah saya mahukan adik. Saya jawab, ya. Ibu bertanya lagi sama ada nak adik perempuan atau lelaki. Saya cakap perempuan kerana boleh bantu saya bekerja dan berkongsi jika orang tua sudah tidak ada namun kenyataan terbalik,” katanya.
Sementara itu, seorang lelaki dalam video tersebut yang mengaku adik kandung almarhum memberitahu, Pak Marzuki tidak mempunyai anak serta mengambil anak angkat dalam kalangan anak saudaranya.
Ujarnya lagi, dia juga tidak mengetahui rumah tersebut sudah dipindah milik kepada anak angkat kedua Pak Marzuki.
Isu hibah harta: anak angkat dakwa keluarga tidak datang ziarah
Sementara itu, seorang wanita yang dilihat memakai baju kuning dipercayai anak angkat almarhum mendakwa, keluarga tersebut tidak menziarahi Pak Marzuki sewaktu sakit.
“Waktu bapak sakit, ada kalian datang ke sini. Kalian tak pernah ke sini. Seharusnya tak perlu beritahu (almarhum sakit) kerana keluarga seharusnya kunjung mengunjung,” katanya.
Wanita tersebut berkata demikian selepas ahli keluarga mempersoalkan mereka tidak dimaklumkan sewaktu Pak Marzuki sakit.
Konsep hibah dalam Islam
Dari segi bahasa:
Hibah bermaksud pemberian, sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai makna yang hampir sama.
Perbezaannya adalah dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan mendapat pahala di akhirat dan biasanya daripada yang kaya kepada yang miskin. Hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubung kait dengan sesuatu perkara.
Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah ialah hibah, tetapi bukan semua hibah ialah sedekah dan hadiah.
Dari segi syarak:
Hibah ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).
Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.
Rukun hibah:
Rukun hibah itu ada 3 iaitu pihak-pihak yang melakukan aqad hibah terdiri daripada pemberi hibah (wahib) dan penerima hibah (mawhub lahu), akad hibah menerusi ijab dan qabul, dan adanya barang yang dihibahkan itu (mawhub).
Kelebihan dan manfaat hibah
Hibah mempunyai satu fungsi sahaja iaitu pemberian harta kepada penerima hibah yang disukai, pemberian hibah tiada kadar dan had tertentu ia juga tidak tertakluk kepada hutang dan faraid.
Hibah amat digalakkan di dalam Islam kerana ia merupakan amalan sunat yang harus dilakukan terutamanya untuk kaum keluarga terdekat kerana ia dapat membantu orang lain yang berada di dalam kesusahan.
- Pemberian hibah dapat mengeratkan tali silaturrahim di antara keluarga, rakan, taulan dan juga sesama insan di samping dapat menggembirakan hati pihak lain khususnya mereka yang kita sayangi.
- Dengan pemberian hibah, kita dapat membantu masyarakat dan golongan yang amat memerlukan bantuan serta pertolongan.
- Jadikan pemberian hibah itu sebagai satu amalan yang murni dan baik apabila kita berkemampuan untuk melakukannya.
- Hibah dapat menggembirakan hati orang lain dan dengan ini mereka akan selalu mendoakan untuk kebahagiaan dan kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat.
- Hibah juga mendidik diri kita agar tidak bersikap tamak, bakhil dan kedekut. Ia dapat menghapuskan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri kita daripada terus bermaharajalela.
Justeru kita doakan semoga keluarga tersebut dapat berdamai dan menyelesaikan isu itu dengan baik. Semoga kisah yang dikongsikan ini turut menjadi teladan kepada kita semua dan kesedaran mengenai pengurusan harta.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Wanita Kena Ada HARTA Sendiri Sebelum Berkahwin, Ini Sebabnya
Baca juga: Ibu Tuntut Bayar Air Susu Badan Sebab Anak Berkeras Tuntut Harta Pusaka Arwah Suami
Baca juga: Gara-Gara Berebut Harta Pusaka, Lelaki Nekad Langgar, Tetak Abang & Kakak Ipar
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!