Penting untuk wanita mempunyai harta dari sebelum berkahwin hingga sudah berumah tangga, mengapa? Sebab cabaran di masa hadapan tak siapa tahu.
Setiap wanita ada cabaran masing-masing, baik yang masih tidak berkahwin, sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak, yang berkahwin dan mempunyai anak, cuma lain-lain saja jenis cabarannya.
Terserah kepada seseorang wanita itu sahaja bagaimana dia menangani sesuatu cabaran itu. Yang pasti Allah swt tidak akan menduga lebih daripada yang dia mampu.
Seperti satu perkongsian di Facebook oleh En.Azizul Azli Ahmad ini, dia menggalakkan wanita untuk punyai HARTA kerana apabila datangnya cabaran-cabaran yang tidak diingini, mereka mempunyai ‘persiapan’ yang cukup.
Wanita perlu ada harta
Foto: iStock
Kata En. Azizul, dia sangat menggalakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kerana kita tak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
#1. Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri
Setiap orang sebenarnya perlu ada simpanan sendiri. Ini tidak termasuk simpanan ASB atau KWSP. Simpanan yang dimaksudkan ini adalah berbentuk simpanan persendirian.
Dan jumlah simpanan itu perlulah sekurang-kurangnya 10% daripada gaji. Sekiranya pendapatan anda terlebih selesa, maka digalakkan untuk menyimpan sehingga 30%. Banyak pun tak mengapa.
Lagi satu orang perempuan ni kan suka membeli beg-beg mahal, bukan nak kata tak boleh beli langsung, tapi jika nak membeli, pastikan anda membeli jenis yang punyai ‘value’ untuk jual semula. Saya tak menolak ada yang menyatakan beg mahal ni pun sebahagian daripada pelaburan.
#2. Jika mampu belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan
Foto: iStock
Faham, memang tak semua wanita mampu bahagian membeli hartanah ni. Tapi bagi yang mampu, tolonglah beli yang murah-murah pun tak mengapa. Asal ada yang menyewa.
Bukan apa, bila dah berkahwin nanti memanglah suami akan sediakan rumah dan segalanya, tapi anda kena ingat, tak semua suami akan meletakkan nama rumah itu atas nama isterinya. Jadi bila berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, situasi akan menjadi amat sukar untuk isteri kerana tiada aset atas nama mereka.
Nak dijadikan cerita takut dapat keluarga mertua yang tak ‘considerate’ mereka tuntut pula harta anak mereka, jadilah si isteri nanti sehelai sepinggang.
#3. Jika suami tercinta beri duit nafkah, usahakan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
Ala, tak banyak pun macam mana nak simpan? Sikit pun simpan! Sikit-sikit kan lama-lama jadi bukit. Benda tak perlu tak usah beli dan membazir. Sebulan sekali nak merasa tudung baru tak mengapa, rasa nak makan mewah-mewah tak apa, tapi bukan tiap-tiap bulan.
Simpan di tempat yang duit boleh beranak, seperti ASB atau Public Mutual. Kalau tak mampu, simpanlah dalam Fix Deposit.
#4. Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan yang ada
Tak cerita semua bukan dosa. Bukan apa, ini untuk masa depan anda supaya lebih terjamin. Jika nampak dah pasangan tu tak mempunyai apa-apa jaminan di masa depan janganlah anda turut serta. Jadikan ia sebagai semangat untuk anda lakukan buat diri sendiri.
Kita tak tahu apa yang bakal mendatang, contoh seperti dunia dilanda Covid-19 ni, berapa ramai pasangan yang hilang mata pencarian kan? Sudahlah simpanan pula tak ada, aduh!
#5. Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri
Jangan bergantung saja pada pasangan. Ingat, jika anda punyai diploma atau ijazah janganlah mensia-siakannya. Boleh nak jadi suri rumah sepenuh masa, tapi buat juga kerja-kerja sampingan di rumah. Gaji ciput pun tak mengapa.
Ini supaya dalam resume anda nanti (mana tahu tiba-tiba kena cari kerja tetap semula) tidak mempunyai terlu banyak ‘gap’. Tak banyak company yang mampu menanggung risiko mengambil orang yang lama tak bekerja ni.
#6. Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri
Ramai wanita yang saya kenal hanya bergantung pada suami 100% untuk memandu mereka ke sana sini. Dan dalam fikirannya memang tidak mahu langsung memandu kerana renyah nak mengadap jam, nak kena parking, bayar parking dan sebagainya.
Jangan begitu ya kaum hawa, kita perempuan bergantung macam mana pun pada lelaki memang awak tu kena ada ciri ‘independent’ dalam diri tu.
#7. Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila bila masa boleh dijemput pergi atau digoda oleh wanita misteri
Foto: iStock
Ini betul, sudah beberapa kawan saya menjadi mangsa suaminya digoda wanita lain. Kita boleh cakap harta benda semua hak kita tapi hati suami sendiri?
Percayalah ia tidak pernah jadi milik kita, ia milik Allah swt sebenarnya, dialah yang maha mengetahui hati suami kita setia ke tidak setia ke, dan Dia boleh jadikannya bagaimana yang Dia mahu. Jadi jangan sesekali berpendapat suami anda HAK mutlak anda.
Jadi wanita semua, bersedialah sebelum datangnya ujian dan badai melanda. Sekarang mungkin hidup anda setenang air di lautan, tapi bila datang badai janganlah terkapai-kapai.
“Alahhh lelakikan ada?” Kalau badai tu adalah laki anda sendiri macam mana? Kumpul harta supaya hari esok tidak merana.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Biarlah Suami Tidak Kaya Harta Tapi Kaya Dengan Hati Yang Besar
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!