Boleh Rawat Kesihatan Wanita Dengan Kacip Fatimah? Ini Rupanya Khasiat Kacip Fatimah Yang Kita Tidak Tahu
Kacip Fatimah dikatakan hadir dengan pelbagai manfaat dan amat bagus untuk diamalkan oleh para wanita. Sejauh mana khasiat kacip fatimah ini? Ini penjelasan lebih lanjut.
Kami pasti anda pernah dengar tentang kacip fatimah dan pelbagai kegunaannya dalam kesihatan khususnya buat para wanita. Antara khasiat kacip fatimah adalah ia amat bagus bagi merawat keadaan kesihatan wanita yang mengalami masalah sistem pembiakan (reproduktif), masalah seksual, tekanan dan sembelit dan biasanya didapati dalam bentuk kapsul, serbuk dan minuman.
Kacip fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumila adalah tumbuhan berbunga di keluarga Primulaceae yang berasal dari Malaysia. Ia adalah tumbuhan kecil, berkayu dan berdaun dengan daun 20 cm (7.9 in) panjang, dan tumbuh secara meluas di bawah naungan lantai hutan tropika.
Tumbuhan ini digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Indonesia, di mana ia dipercayai mengandungi manfaat yang berkaitan dengan kesihatan wanita.
Nama lain bagi kacip fatimah adalah “Selusoh Fatimah”, “pokok pinggang”, “rumput palis”, “tadah matahari”, “mata pelanduk rimba”, “bunga belungkas hutan”, “remoyan batu” dan Sangkoh.
Kepelbagaian Khasiat Kacip Fatimah Dalam Sektor Kesihatan
Menurut Prof. Madya Dr. Hawa ZE Jaafar, daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), lebih banyak kajian diperlukan bagi memperkukuhkan penemuan sebelumnya,
“Sama seperti penemuan saintis lain, kajian kami juga mendapati khasiat Kacip Fatimah bersifat anti-kanser, anti-kulat dan anti-radang, di samping khasiatnya yang merangsang estrogen.”
Kini, beliau giat menjalankan kajian terhadap keupayaan Kacip Fatimah untuk melindungi sel semasa rawatan kemoterapi, atau mengurangkan kesan kemo-ketoksinan ketika pesakit barah menjalani rawatan.
Beliau mendapati keberkesanan bagi tujuan perubatan ada pada tiga jenis Labisia pumila Benth, yang mempunyai kandungan fitokimia seperti phenolic dan sebatian flavonoid.
Baca juga: Rasai Nikmat Minum Segelas Jus Oren Setiap Hari, Ini Manfaat Yang Anda Perlu Tahu
7 Khasiat Kacip Fatimah Kepada Wanita
Walau bagaimanapun, umum mengetahui khasiat kacip fatimah khususnya menjurus kepada kesihatan wanita. Berikut merupakan beberapa khasiat kacip fatimah terhadap wanita:
#1 Khasiat kacip fatimah: Menguatkan dan Mengetatkan Faraj
Fitoestrogen (phytoestrogen) pada Kacip Fatimah menyembuhkan saluran pembiakan, dinding faraj dan tisu faraj. Ia menjadikannya lebih kuat dan mengetatkan seperti anak dara semula!
#2 Khasiat kacip fatimah: Melegakan Otot Faraj
Bagi wanita selepas bersalin, ekstrak kacip fatimah boleh membantu menyembuhkan tisu faraj semula. Wanita biasanya akan mengalami kesakitan dan dinding faraj lebih luas selepas melahirkan anak.
Jadi, Kacip Fatimah membantu menyempitkan dinding faraj selepas bersalin, menyembuhkan otot perut dan menguatkan saluran faraj.
Selain itu, kacip fatimah boleh menyebabkan fungsi seksual dengan menaikkan testosteron dan tahap libido wanita. Ini sekaligus boleh meningkatkan keinginanan seks wanita secara semulajadi.
#3 Khasiat kacip fatimah: Hormon Lebih Seimbang
Ketidakseimbangan hormon adalah penting bagi sistem pembiakan wanita yang lebih sihat. Ini kerana hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan perubahan mood, kekeringan faraj, perimenopaus dan masalah menopaus akibat kekurangan estrogen.
Estrogen adalah hormon seks wanita yang mana menyumbang kepada mengekalkan kitaran haid, mengelakkan masalah menopaus dan gejala menopaus.
#4 Merendahkan Kolestrol
Kacip Fatimah mengurangkan tahap kolesterol tambahan dalam badan dan lemak yang disimpan di dalam arteri. Ia mengurangkan trigliserida yang merupakan bahan lemak dalam tubuh dan melindungi daripada penyakit jantung.
#5 Meningkatkan Sistem Imun
Antioksidan yang tinggi dalam kacip fatimah membantu merangsang tindakbalas imun dalam tubuh, dan dapat melindungi tubuh dari penyakit.
Kacip Fatimah juga adalah herba anti radang yang menyebabkan tumor dan membunuh sel-sel tumor yang menghalang jangkitan dan membunuh bakteria faraj.
#6 Merawat Kulit Dan Rambut
Kacip Fatimah mempunyai keupayaan untuk mengembalikan kekuatan dan mencegah kerosakan rambut.
Teh Kacip Fatimah dengan syampu pencuci rambut adalah penyelesaian untuk rambut yang rosak dan krim kulit Kacip Fatimah pula melindungi daripada alergi, ruam dan jerawat.
#7 Mencegah Kemurungan
Kacip Fatimah digunakan sebagai makanan tambahan tekanan untuk mengelakkan simptom menopaus seperti kekeringan faraj, perubahan mood, rangsangan seks yang rendah dan kemurungan. Peningkatan rembesan hormon estrogen membantu mencegah penyakit reproduktif wanita dan kemurungan.
Banyak khasiat kacip fatimah ini ya? Selepas ini bolehlah anda dapatkan produk yang mengandungi kacip fatimah bagi merawat masalah anda!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tongkat Ali Untuk Wanita, Adakah Benar Ia Meningkatkan Peluang Untuk Hamil?