X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Tanda Yang Menunjukkan Kesuburan Wanita

4 min bacaan
5 Tanda Yang Menunjukkan Kesuburan Wanita

Walaupun kita tidak boleh meramal kesuburan seseorang, terdapat beberapa tanda-tanda yang boleh memberi petunjuk yang ibu itu subur. Berikut adalah beberapa ciri-ciri dan simptom kesihatan fizikal yang menunjukan ibu itu senang hamil.

Ramai selalu berpendapat bahawa kalau ibu menggunakan kontraseptif atau kaedah pencegah hamil, ini boleh memudaratkan kesuburan seorang ibu.

Untuk pasangan suami isteri tertentu, mereka hanya perlu cuba sekali sahaja untuk mendapatkan cahaya mata.

Tetapi kes ini tidak sama untuk pasangan lain yang berusaha bertahun-tahun untuk mendapatkan anak.

Baca sini untuk mengetahui tentang program IVFKasih kos rendah di Malaysia untuk pasangan yang ingin hamil.

Sebab mengapa seorang wanita lebih subur daripada yang lain

Jadi, apa yang menyebabkan seorang wanita lebih subur daripada yang lain?

“Sudah tentu genetik mempunyai banyak kaitan dengan diagnosis seperti Premature Ovarian Insufficiency, Polycystic Ovarian Syndrome, Endometriosis, and Hyperprolactinemia,” kata pakar kesihatan dan kesuburan wanita integratif Debra Gerson, apabila ditanya mengenai penyakit yang boleh menjejaskan kesuburan.

“Bagaimanapun, kami perhatikan bahawa gaya hidup dan pengaruh alam sekitar juga boleh menjejaskan kesuburan … [seperti] gaya hidup yang kurang baik, rehat dan tidur yang tidak cukup, serta pengambilan kafein yang terlalu banyak.”

Kekurangan nutrisi juga penyumbang besar, serta penyakit kelamin (jika ada).

Chlamydia, contohnya, boleh menyebabkan tiub fallopio tersumbat dan menyukarkan persenyawaan semula jadi.

Jika anda ingin mempunyai anak tetapi menghadapi masalah untuk hamil, ia adalah penting untuk berjumpa dengan pakar untuk menilai kesuburan pasangan suami isteri.

“Walaupun seorang wanita nampak normal dan subur, kami mengesyorkan penilaian selepas setahun melakukan hubungan seks tanpa kontraseptif untuk wanita di bawah umur 35 tahun, dan 6 bulan untuk wanita berusia lebih dari 35 tahun,” kata Gerson.

Walaupun kita tidak boleh meramal kesuburan seseorang, terdapat beberapa tanda-tanda yang boleh memberi indikasi ibu itu subur.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri dan simptom kesihatan fizikal yang menunjukan ibu itu senang hamil.

1. Kitaran Haid Yang Konsisten
5 Tanda Yang Menunjukkan Kesuburan Wanita

Applikasi period tracker. Sumber gambar: Wanista

Jika haid anda datang setiap 25 hingga 35 hari (haid yang tidak dikawal oleh pil pencegah hamil), ini boleh bermakna badan anda subur lagi.

“Haid yang konsisten biasanya menunjukkan bahawa wanita itu masih mengovum setiap bulan,” kata pakar obstetrik / pakar wanita Dr Wendy Chang Pusat Reproduktif Southern California, dalam e-melnya kepada Bustle.

Kitaran yang lebih panjang juga boleh bermakna anda mempunyai ovum yang banyak.

2. Mengalami simptom haid (PMS)
5 Tanda Yang Menunjukkan Kesuburan Wanita

Sakit perut semasa datang bulan. Sumber gambar: The Root of Science

Walaupun simptom haid atau PMS bukan sesuatu yang menyeronokkan – contohnya sakit perut atau sakit belakang, ini sebenarnya tanda yang baik.

“Jika anda mempunyai kitaran haid yang lancar dan mengalami simptom haid seperti payu dara sakit, perut kembung, dan sakit perut, semua ini menunjukkan anda masih mempunyai kitaran ovulasi,” kata Dr. Adeeti Gupta pakar obstetrik dari New York. 

3. Lelehan faraj yang jernih dan banyak

Wanita paling subur semasa pertengahan kitaran mereka. Pada masa ini, anda mungkin akan melihat lelehan faraj atau keputihan yang jernih, tidak berbau dan lebih banyak.

“Fungsi lelehan mukus ini adalah untuk memudahkan perjalanan sperma melalui serviks sebelum persenyawaan,” Chang telah menerangkan.

“Keputihan yang banyak menunjukkan pengeluaran estrogen dan fungsi kelenjar pangkal rahim yang baik.” 

5 Tanda Yang Menunjukkan Kesuburan Wanita

Pakej pad dan pantiliner kain. Sumber: Snowdrop

4. Jumlah aliran darah haid yang normal

Pengalaman wanita datang bulan semuanya berbeza. Ada yang mungkin mengalami aliran darah yang lebih banyak untuk tempoh yang lebih lama, dan ada yang sedikit sahaja.

Mempunyai aliran yang sangat sedikit tidak bermakna anda tidak mampu untuk mendapatkan anak.

Walau bagaimanapun, aliran yang normal dan sederhana banyak adalah lebih baik apabila cuba untuk hamil.

Chang berkata, “Dengan pelepasan aliran darah haid yang normal, ini adalah tanda-tanda yang meyakinkan bahawa lapisan yang baik telah dihasilkan dalam rahim dan dikeluarkan setiap bulan.”

Stories Rakan Kongsi
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Happiness And Success: Finding The Right Balance Between Hard Work And Enjoying Life
Happiness And Success: Finding The Right Balance Between Hard Work And Enjoying Life
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!
5. Hormon anda normal

Hormon memainkan peranan yang besar dalam kesuburan, jadi perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan hormon yang tidak stabil.

“Pijar (Hot flashes) serta berpeluh malam boleh bermakna fungsi ovari yang menyusut atau hormon/sistem badan yang tidak normal dan perlu dinilai oleh doktor,” kata Chang.

“Wanita dengan pengeluaran hormon yang baik jarang mengalami gejala-gejala ini.” Jadi jika hormon anda normal, anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk hamil.

Sumber: Bustle, Nona

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Cubaan untuk hamil
  • /
  • 5 Tanda Yang Menunjukkan Kesuburan Wanita
Kongsikan:
  • Adakah Tanpa Sedar Bahan Kimia Ini Sedang Jejaskan Kesuburan Anda?

    Adakah Tanpa Sedar Bahan Kimia Ini Sedang Jejaskan Kesuburan Anda?

  • 5 Punca Wanita Tidak Subur Yang Menjejaskan Peluang Untuk Hamil, #3 Ramai Buat Silap!

    5 Punca Wanita Tidak Subur Yang Menjejaskan Peluang Untuk Hamil, #3 Ramai Buat Silap!

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Adakah Tanpa Sedar Bahan Kimia Ini Sedang Jejaskan Kesuburan Anda?

    Adakah Tanpa Sedar Bahan Kimia Ini Sedang Jejaskan Kesuburan Anda?

  • 5 Punca Wanita Tidak Subur Yang Menjejaskan Peluang Untuk Hamil, #3 Ramai Buat Silap!

    5 Punca Wanita Tidak Subur Yang Menjejaskan Peluang Untuk Hamil, #3 Ramai Buat Silap!

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.