Khitan Bayi Perempuan, Mudah & Cepat Rupanya! Bayi Pun Tak Menangis

Berkhatan, bersunat atau berkhitan bayi perempuan, adalah amalan biasa bagi masyarakat Melayu Islam di negara ini. Ia membabitkan prosedur yang selamat, tidak menyakitkan serta tidak menjejaskan perkembangan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu bapa yang baru menyambut kelahiran bayi perempuan mesti tertanya-tanya mengenai khitan bayi perempuan bukan?

Antara yang sering diutarakan adalah usia sesuai khitan bayi, bagaimana proses ini dilakukan, penyembuhan dan paling penting adakah ia menyakitkan bayi?

Kaedah khitan bayi perempuan

Berkhatan, bersunat atau berkhitan bayi perempuan, adalah amalan biasa bagi masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Sama ada ia dilakukan secara tradisional oleh bidan terdahulu atau secara moden oleh pegawai perubatan namun, ia membabitkan prosedur yang selamat, tidak menyakitkan serta tidak menjejaskan perkembangan bayi.

Kaedah yang betul adalah hanya dengan membuang prepuce atau lebihan kulit pada bahagian klitoris saja dan tiada jahitan dilakukan pada kemaluan, malah prosesnya juga sangat ringkas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang perlu difahami oleh ibu bapa berkhitan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki. Ini kerana prosesnya lebih mudah dan cepat hanya membabitkan pemotongan sebahagian kecil selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris.

Sama ada proses berkhatan ini sesuai ketika bayi atau tidak, bergantung kepada pengamal perubatan yang biasa melakukannya.

Limitasi umur sehingga dua tahun juga bergantung kepada mereka dan keadaan anak terbabit kerana ia dipengaruhi faktor fizikal anak perempuan itu.

Bila umur sesuai untuk khitan bayi perempuan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai sunat bayi perempuan. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.

Menurut Pegawai Perubatan Poliklinik MyNur, Dr Phia Mujer bayi selepas dilahirkan sehingga berusia dua tahun adalah tempoh paling sesuai dikhatankan. Ada juga pendapat mengatakan ia sesuai dilakukan selepas bayi berusia tiga bulan.

Ini kerana, lebih kecil anak, cara penjagaannya adalah lebih mudah. Tambahan pula, mereka hanya minum susu ibu dan masih belum makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, tak perlu nak fikirkan tentang makanan yang perlu ‘pantang’ dan sebagainya. Sebaliknya, apabila anak semakin besar, mereka sudah semakin aktif dan mungkin perlu lebih perhatian untuk menjaga lukanya.

Sebaliknya, jika anak perempuan sudah besar tentulah mereka akan mula berasa malu untuk menjalani prosedur ini.

Maka, jika belum disunatkan pada usia yang meningkat remaja, anda bolehlah berbincang dengan doktor sama ada ianya sesuai dilakukan. Jika dibimbangi mendatangkan kecederaan, maka tidaklah ia diberatkan terhadapnya.

Hukum khitan bayi perempuan dalam Islam

Terdapat beberapa pendapat utama dalam hukum sunat bayi perempuan yang dibahaskan dalam konteks Malaysia dan Mazhab Syafie – iaitu wajib, sunat, dan ada juga yang mengatakan ianya harus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, ia tidak diberatkan sekiranya terdapat halangan mahupun kemudaratan bagi anak tersebut.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation) bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib.

Namun, sekiranya ia boleh membawa kemudaratan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

Persediaan ibu bapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pastikan si kecil dalam keadaa sihat dan bebas daripada sebarang jangkitan seperti demam, respiratori atau gastrousus juga jangkitan setempat iaitu di kawasan genital.
  • Dapatkan nasihat doktor terlebih dulu terutama berkaitan kesesuaian umur dan keadaan kesihatan semasanya. Sebaiknya, carilah doktor berpengalaman dan mahir mengendalikan proses ini.
  • Pakaikan lampin baru sebelum memulakan proses. Untuk lebih mudah bolehlah menukar lampin di rumah sebelum bertolak ke klinik bagi memastikan kebersihan si kecil terjaga.

Kesimpulannya, walaupun dari sudut perubatan tradisional mungkin ada yang menyatakan kebaikan berkhitan namun tiada kajian menunjukkan khitan perempuan memberikan manfaat kesihatan atau daripada sudut perubatan.

Sumber: Sirap Limau,  hmetro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

3 kesalahan ibu bapa ketika jaga kebersihan kulit khatan bayi lelaki