Fikirkan pun dah kembang tekak, ini mula melihat sendiri depan mata. Kicap, mee dan kerisik antara bahan dalam masakan yang popular dalam masyarakat kita.
Baru-baru ini empat kilang masing-masing terbabit dalam pembuatan mee, kicap dan kerisik ditutup 14 hari kerana terlalu kotor.
Lebih menjijikkan, dalam bekas yang digunakan untuk penyimpanan kerisik bukan saja ada kulat, malah bangkai tikus! Kembang pulak tekak nak makan kerisik lepas ini.
Kerisik tikus buat kilang ditutup
Menurut laporan Harian Metro, pemeriksaan pihak berkuasa mendapati empat kilang itu tidak mengikut piawaian operasi yang ditetapkan malah ada yang sangat kotor.
Bukan saja tempat penyimpanan berkulat, ada bangkai tikus, lantai kotor malah anjing juga berkeliaran dalam kawasan kilang di Pulau Pinang itu. Memang amat menjijikkan!
Di kilang kicap pula, didapati ada bungkusan plastik yang sudah reput digunakan dalam bekas menyimpan kacang soya yang digunakan untuk membuat kicap sedangkan menurut pihak berkuasa penggunaan plastik tidak dibenarkan dalam proses pengampaian.
Bagaimanapun, tiga daripada empat kilang yang ditutup mempunyai sijil halal yang sah.
3 tips buat kerisik dengan mudah
Kerisik kelapa adalah bahan masakan tradisional yang berasal dari kelapa parut. Kerisik kelapa atau hanya dipanggil sebagai kerisik merupakan antara rencah makanan yang popular dan lazim di kalangan masyarakat Melayu.
Banyak masakan orang Melayu yang menggunakan kerisik sebagai rencahnya. Contohnya ialah masakan rendang, serunding, kerabu dan pajeri nenas.
Zaman teknologi kini, pelbagai cara boleh digunakan untuk membuat kerisik. Jika dulu, lamanya nak sediakan kerisik kerana cara pembuatannya yang remeh. Kelapa perlu digoreng sehingga perang hingga lenguh tangan dibuatnya.
Tak cukup dengan itu, kelapa perlu ditumbuk hingga keluarkan minyak pula. Rumitkan. Tetapi dengan adanya pelbagai gajet masakan, membuat kerisik jadi lebih mudah, malah tak perlu lenguh-lenguh tangan lagi.
#1. Guna oven
Boleh guna oven saja ibu. Tak perlu sangai dalam kuali dah, tengan tak lenguh, masa pun boleh jimat banyak! Tips yang dikongsikan Puan Hana Rahman di laman sosial Facebook ini harus anda cuba.
Menerusi perkongsiannya, beliau hanya bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 140. Hanya tinggalkan begitu saja dan tidak perlu adjust api atau kacau dengan sudip seperti sangai di atas dapur. Jimat masa kan?
Katanya, hasil kerisik juga cantik, masa sekata, garing, berbau harum dan bila dikisar ia pecah minyak dengan sangat cantik.
Beliau juga berikan tips untuk elak kerisik lemau atau tengik, kisar kering semua kerisik dan simpan dalam peti sejuk.
Ternyata oven yang anda ingat hanya boleh buat kek saja tu, kini boleh digunakan untuk pelbagai lagi masakan atau untuk penyediaan bahan masakan. Gunakan sepenuhnya gajet yang anda ada. Jika tak tahu, boleh Google saja kan? Maklumat di hujung jari saja sekarang ini!
#2. Guna air fryer
Gajet memasak ini agak popular di pasaran ketika ini. Boleh kata ia idaman mak-mak zaman sekarang. Apa tidaknya, selain boleh menggoreng tanpa minyak ia juga boleh digunakan untuk membuat kek! Selain buat kek, ada juga menggunakan air fryer untuk kegunaan lain seperti ikan bakar dan sebagainya kerana fungsinya yang pelbagai.
Orang yang sedang diet pun menggoreng gunakan air fryer. Jadi sekarang boleh manfaatkan air fryer anda untuk membuat kerisik pula!
#3. Guna blender
Tak perlu tumbuk sampai lenguh tangan. Lepas dan masak kerisik dalam oven atau air fryer, kisar saja kerisik anda dalam blender. Kini ada pelbagai jenis blender, ada juga yang memanggilknya food processor. Guna saja apa yang anda ada janji tak perlu lenguh tangan lagi. Barulah enjoy untuk memasakkan.
Jadi dah ada cara mudah, tak perlulah beli kerisik lagi jika anda sempat membuatnya menggunakan cara mudah yang dikongsi ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: hmetro
Baca juga: