Masuk Kidzania Dan Bayar Dengan E-Wallet, Mendidik Anak Belajar Membayar Tanpa Wang Tunai!

Kelebihan sistem pembayaran tanpa tunai kepada anak-anak di mana ia mampu mendidik mereka untuk lebih berjimat cermat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejajar dengan agenda untuk mempercepatkan penghijrahan negara kepada pembayaran elektronik, KidZania Kuala Lumpur yang berpangkalan di Damansara baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Touch N’ Go Digital Sdn Bhd ke arah pemikiran yang ke hadapan bagi mendidik anak-anak tentang ekonomi tanpa tunai. 

Dengan jalinan kerjasama ini, pembayaran melalui aplikasi Touch N Go eWallet akan mula diterima di KidZania Kuala Lumpur dan ia juga menjadi aplikasi pertama di francais KidZania. 

Kelebihan e-Wallet di KidZania Kuala Lumpur 

Kredit gambar: Utusan

Dengan pembayaran melalui applikasi tanpa tunai ini, ia dapat memudahkan anak-anak menyemak baki mereka dalam talian sekaligus mengajar mereka tentang penjimatan dan mengawal pengunaan wang dengan lebih bijak. 

Apa yang pasti, kanak-kanak yang berkunjung ke sini mudah membuat pembayaran pada terminal di bandar KidZania dan boleh menyemak baki kidzos secara online. 

Manakala itu, TNG juga bersedia untuk membuat urus niaga tanpa tunai dengan aplikasi yang lebih mudah, lancar dan selamat untuk rakyat Malaysia. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan langkah ini juga dapat menanam tingkah laku tanpa tunai dari usia muda dan memberi peluang untuk memupuk tabiat tanpa tunai kepada masyarakat. 

Dengan pengunaan Touch N Go KidZania eWallet, kanak-kanak akan turut didedahkan dengan kebaikan dan keburukan sistem pembayaran Touch N Go eWallet.

Bagi memupuk kesedaran pembayaran elektronik dalam kalangan kanak-kanak, KidZania Kuala Lumpur telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan TNG Digital Sdn Bhd. 

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengurus Besar KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG Digital Sdn Bhd, Syahrunizam Samsudin. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sistem e-Wallet dijangka dapat digunakan dalam masa beberapa bulan lagi. 

KidZania Kuala Lumpur,  Apa itu eWallet? 

eWallet atau eDompet pada asasnya adalah versi digital dompet yang dapat menyimpan maklumat pengguna. 

Antaranya identiti pengguna, emel, alamat rumah, kad kredit, nombor akaun dan sebagainya serta ia selamat digunakan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam pada itu, Bank Negara Malaysia telah mengambil langkah dalam meningkatkan platform tersebut supaya dapat menggerakkan masyarakat ke arah pembayaran tanpa tunai. 

Kelebihan eWallet 

#1. Menjimatkan ruang dalam dompet 

Sebahagian daripada kita mempunyai lebih dari satu kad kredit dan ia tentunya memberatkan dompet untuk dibawa setiap hari. Tetapi, dengan eWallet ini anda hanya menggunakan aplikasi pintar saja untuk melakukan transaksi.

#2. Keselamatan lebih terjamin dengan eDompet 

Dengan penggunaan eDompet ini, pengguna tidak perlu lagi membawa wang tunai yang banyak seterusnya mengundang risiko kehilangan wang.

Maklumat eWallet seperti kata laluan, ID eWallet dan nombor akaun bank juga selamat. Segala maklumat sensitif ini dijaga bagi membolehkan maklumat ini disimpan dalam peranti.

Maklumat hanya boleh diakses oleh pengguna sahaja. 

#3. Pembayaran lebih cepat dan mudah 

Dengan eWallet setiap pembayaran yang ingin dibuat menjadi lebih cepat dan mudah.

Pengguna hanya memerlukan peranti, masukkan maklumat pembayaran, membuat pengesahan dan urusan selesai. Jadi tidak perlu lagi menunggu masa yang lama di kaunter pembayaran. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Insentif dan promosi

Jika pengguna menggunakan eWallet dengan lebih kerap, mereka akan dapat ganjaran seperti diskaun atau  voucer tertentu jika membuat pembayaran ini sesebuah premis. Menarik, bukan? 

*****

Fakta menarik tentang KidZania Kuala Lumpur, Malaysia

  • KidZania Kuala Lumpur adalah pusat pembelajaran bertemakan keluarga yang telah memenangi banyak anugerah. 
  • Di sini, ia menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman bermain yang sangat bagus untuk kanak-kanak. 
  • Bayangkan, sebuah bandar yang besar dikendalikan dan ditadbir oleh mereka yang masih di usia kanak-kanak. 
  • Mewujudkan komuniti yang dapat menyokong cita-cita positif di kalangan anak-anak secara kolektif dalam sebuah negara yang unik. 
  • Jika anak-anak ingin tahu tentang kerjaya sebagai ahli bomba, doktor, juruterbang dan sebagainya mereka boleh tahu lebih mendalam tentangnya di sini. 
  • Kanak-kanak dalam usia 4 ke 14 tahun akan mengalami pengalaman hidup sebenar dalam persekitaran pembelajaran yang sangat menarik dan menyeronokkan. 
  • Lebih-lebih lagi mereka dapat belajar untu berdikari, bekerja dalam pasukan, mengembangkan kemahiran dan penggunaan wang yang lebih cemerlang. 

Apa tunggu lagi mari bawa anak-anak berkunjung ke KidZania sekarang!!! 

Jangan lupa  follow Facebook page kami theAsianparent Malaysia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Deenamik 

Baca juga:
 
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan